Saturday, July 17, 2010

Kucing British Short hair

AsalUsul
kucing ini dibawa masuk ke utara eropah oleh askar Roman untuk mengawal tikus 2000 tahun dahulu.Ianya menjadi kucing jalanan di merata utara eropah dan ketika itu dikenali sebagai "European Shorthair".Selepas sekurun lamanya, ianya hidup memenuhi sekitar England, akhirnya Harrison Wier berminat memulakan pembakaan "breeding" untuk kucing ini kerana keunikkan kucing ini dari segi fizikalnya bersama Mr.Jung(orang pertama menjdi hakim untuk pertandingan kucing).Kemudiannya dinamakan sebagai British Short hair.
                                           British short hair saya berumur 1 tahun
Bentuk kepala
Kepalanya adalah besar dan bulat bersertakan mempunyai leher yang besar tetapi pendek.Dahi berbulat dan mendatar pada bahagian atas kepalanya.Hidungnya bersais sederhana dan berkedudukan kedalam sedikit manakala dagunya kecil dan selari dengan hidungnya.
Mata & Telinga
Saiz telinga agak besar dan bulat di bahagian atas telinganya.Matanya besar,terbuka luas dan warna matanya bergantung kepada warna bulunya.Mata oren untuk yang berbulu putih,tabby dan juga untuk yang berwarna dua.Warna biru juga bagi yang berbulu putih serta yang mempunyai tompokan warna bulu.Warna hijau didapati pada yang berbulu hitam/biru,silver.
Bulu
Pendek tetapi lebat & mampat dan mudah dibelai.Warna biru adalah yang paling banyak.Warna biru ini adalah warna campuran kelabu/biru atau dikenali sebagai Maltese.
Fakta keseluruhan:
Saiz badan : Sederhana -besar
Jagaan bulu:sederhana
Jangka hayat: 14-20 tahun
Pemakanan: Diet Tinggi

Pengambilan kucing British short hair:
Kucing ini selalu agak sukar untuk menyesuai kan diri dengan tuan barunya kerana bersifat mudah marah(garang),tidak suka bergantung pada orang lain,pemalu serta mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan dirinya.
Ianya suka duduk  diatas riba tuannya, suka mengekori selepas mengenali tuan barunya tetapi tidak hanya terikat pada satu tuannya sahaja tetapi keseluruhan ahli keluarga tuannya. 
Terbaik adalah mengambil anak kucing jenis ini berumur 3 bulan daripada yang berumur dewasa.

 

7 comments:

Anonymous said...

saya dah order kucing british shorthair, mungkin lagi seminggu dua, baru saya ambil, kitten tu umur 3 bulan, saya risau kalau ciri2 dia mcm yg k.u cakapkan tu, mcm mana ye.......

Anonymous said...

Saya baru bela kucing bsh ni dlm 2 bulan, masa saya ambil umur 2 bulan, sgt aktif, suka main tp ganas sedikit. Tak pandai simpan kuku masa main ngan kami, calar balar jugak lah kami dibuatnya, tp sgt cute n manja.......nama dia DJ

Anonymous said...

berapa RM seekor ye bg baka BSH ni?sangat berminat nak ade sekor..

Anonymous said...

Haii . Sy bru je pick up BSH mlm td . Age 5months male. Alhamdulillah manja sgt2 .. ikut je mana kita pegi . And xnk dduk jauh dr kita . �� Tp dia xnk mkn .. nape ekkk. Mkn sikit je mlm td . Siang ni xmkn pun lg ..

Kucing Utara said...

ini disebabkan perubahan tempat tinggal/kebiasaannya dan keadaan sebegini tak da masalah lagipun ianya masih mahu makan walaupun sikit..keserasian tempatbaru perlu masa baginya...

Unknown said...

Sy br amik bsh smlm, dia mcm takut2, sy kurung dlm bilik air, litter box, water n foods, letak skali, so far Dr mlm td dia mkn n poo, tp dia m tk tido, byk kali dgr dia mengeow, ktrg pn tk bole nk tido risaukan dia yg takut kn kmai bila pegi dekat dia lari😩

Unknown said...

Mana beli bsh tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...