Geng Meow

Sunday, July 18, 2010

Kalori diet diperlukan kucing

1) Asas kepada kucing yang sihat adalah makanan yang berkhasiat dan disebabkan kucing adalah haiwan karnivor ,makanan yang hanya berasaskan kepada daging semata-mata bukannya diet yang sesuai untuknya.
2) Ini kerana di alam luar ianya memakan tikus(herbivor) secara keseluruhannya termasuk daging,tulang,organ dalaman dan sebagainya dan secara tidak langsung ianya mendapat sumber berasaskan tumbuhan dari perut tikus yang belum hadam.


3)Makanan kucing dalam pasaran adalah makanan seimbang yang sudah tersedia berdasarkan keperluan diet kucing dan ianya lebih murah berbanding persediaan sendiri.Ini amat penting untuk keseimbangan tahap kesihatan dan tumbesarannya.
4) Secara purata seekor kucing dewasa memerlukan 50 kalori per 450 gram dari berat badannya sehari.Tetapi kucing yang aktif memerlukan pada kadar yang lebih dan begitu juga sebaliknya bagi kucing yang tinggal di dalam rumah agak kurang kalori yang diperlukan.
5) Kucing dewasa selalunya akan mencari makanannya sendiri sekiranya lapar di tempat makanannya tanpa perlu memaksanya makan diluar waktu makannya.
6) Protein adalah sumber makanan yang penting baginya ,ianya hanya memerlukan 30-40% protein sehari dalam pemakanannya tetapi hanya 25% bagi kucing yang dimandulkan.


7) Makanan kucing yang mahal tidak semestinya yang terbaik untuk kucing ,tetapi terdapat juga makanan yang sederhana harganya yang boleh diberikan kepadanya.Pentingnya adalah makanan itu mempunyai nutritional profile yang sesuai untuk kucing.

Fakta Menarik: Makanan anjing tidak sesuai untuk kucing kerana ianya kurang Taurine dan boleh menyebabkan kucing buta.Taurine adalah sumber penting untuk mata kucing dan juga untuk jantungnya.

8) Makanan ekonomi agak kurang sesuai kerana ianya dihasilkan dari sumber yang murah serta kurang berkhasiat malah kurang kandungan proteinnya.Jumlah pemberian makanan ini akan menjadi lebih kerap berbanding makanan yang kualiti tinggi.

Tip Membeli Makanan Kucing: Periksa label sumber protein yang tertera dan ianya semesti  tertulis "chicken" atau "Beef" atau "Fish" dan bukannya "Meat by Products" yang bermaksud ianya disediakan dari keseluruhan sumber protein termasuk daging,tulang,kulit,bulu dan segalanya.Kadar protein yang dihasilkan adalah kurang berdasarkan berat makanan tersebut.

6 comments:

Anonymous said...

kalau yg tulis 'chicken by product' tu mcmmana???

Cat4U said...

sama maksudnya sperti Meat by product yg ditulis dlm blog diatas

shahrizan zainal said...

Sy izan. Kalau macam tu,ada ke produk yg disarankan? Ada sy dgr yg jenama royal canin x baik utk kesihatan kucing,then mahal,yg kt supermarket mcm smartheart,friekies lak,murah dan masin,boleh kena batu karang,so, any idea yg sesuai utk kucing? Murah then berbaloi...plz share....
Tq ya...

shahrizan4195@yahoo.com

K.U. said...

Selagi mknn kucing jenis DRYFOOD ni tak kira apa brand pun ,jika kucing mkn PERLU minum air bnyk ,jika kucing minum air bnyk XDA masalah..RC pula kucing sya mkn yg ni..yg paling tua umurnya sudh mncapai 12 tahun xda masalah pun

Anonymous said...

Saya nak tanya kitten saya 2mth tak mahu makan cuma minum susu je.. Ada cara ke macamana hendak buat dia makan.. TQ

Anonymous said...

klau mknn kucing yg dry food yg bese2 2 ly bwat kucing kene batu karang..kucing saye mkn "baby cot" sbb dy nk kucing lg...dlm umur 3 bulan,,,mmg gemuk mkn mknn 2..yg pntg bg dy mkn kene prepare air,,,better bg air minuman kte eg mineral or air tapis or air msk,,,its better than air paip sbb chlorine air paip tggi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...