Thursday, July 22, 2010

Pilihan DRYFOOD atau WETFOOD

Di dalam pasaran terdapat pelbagai jenis makanan kucing yang tersedia di dalam bentuk kering (dryfood), makanan dalam tin(canned food) dan juga makanan separa basah.

DRYFOOD ataupun DRY KIBBLE
1) Makanan kering "dryfood" adalah yang terbaik dari segi harganya jika dilihat pada kuantitinya berbanding makanan dalam tin serta tahan lama malahan mudah untuk disediakan.
2) Makanan dryfood amat sesuai untuk anak kucing yang baru mengenali makanan pejal kerana kekerapannya mencari makanan dalam jangkamasa tertentu.
3) Hidangan ini juga dapat menguatkan daya kunyahan serta menguatkan pada gigi serta otot rahangnya dan dianggap kesan sampingan untuk latihan pada rahangnya.
4) Kunyahan yang kerap/berulang bagi makanan yang keras bagi setetengah dryfood ini juga dapat mengurangkan pembentukan tartar giginya.
5) Makanan ini hanya mempunyai 30-40% kandungan air dan dengan ini ia memerlukan jumlah air yang banyak diperlukan oleh kucing semasa memakannya.
                                          JOJO-TurkishVan menjilat vitaminnya

Makanan dalam tin (Canned food)
1) Makanan dalam tin mengandungi 80 % air  di dalamnya dan kucing tidak perlukan sangat air ketika memakannya.
2) Makanan ini mudah rosak/basi jika tidak dimakan olehnya serta merta dan agaksukar untuk mengawal keadaan ini.
3) kucing mudah kenyang dengan kuantiti yang disediakan kepadanya dan sebarang saki-baki makanannya (left-over) harus dibuang kerana akan dijangkiti kulat serta bekas makanannya perlu dicuci selepas makan.
4) Baki makanan dalam tin yang tinggal haruslah disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya dan juga mengelakannya rosak.
Tips penting: Setetengah makanan manusia tidak sesuai untuk diberikan kepada kucing dan boleh meracuninya(toxic) .Jangan berikan kucing anda memakan coklat,bawang putih, kuning telur, ubi kentang mentah,anggur,buah kismis serta makanan anjing.
                                    
Pemberian vitamin ataupun supplement kepada kucing tidak diperlukan sekiranya kucing anda sudah mendapat makanan yang berkualiti tinggi ,namun boleh diberikan kepadanya pada kadar yang kurang sebagai makanan sampingan selagi ianya masih suka pada makanan utamanya.

8 comments:

Anonymous said...

kenapa tak leh mkn kentang mentah? kalau kentang rebus bleh tak??

Kucing Utara said...

Kentang termasuk dlm kategori"root vegetable" yg mmpunyai bahan racun " glycoside Solanine" boleh menggngu usus kucing..
baca entri..dlm blog ini bertajuk"Makanan bertoksik kepada kucing"

family of fur said...

saya mntk izin copy info ni ye??
ni blog sya.
http://heartbywinter.blogspot.com.

tq..

Kucing Utara said...

ok...

Unknown said...

Jd mknan dlm tin bila dah buka kna msuk dlm peti sejuk ke ? Tp tk berbau ke dlm peti sejuk tuh nnt dgn bau tunanya la ??

Kucing Utara said...

perkara asas la yg ni..jika disimpan dlm petisejuk perlu di tudungknnya..gunakn plastic wrapping dll utk tutupknnya sama seprti kita letakkn makann dlm petisejuk..

Noor said...

Betul ke jika kucing banyak makan makanan
Basah sepenuhnya akan menyebabkan cacing dalam perut.

Kucing Utara said...

ini boleh berlaku jika makanan etfood yg tercemar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...