Thursday, August 19, 2010

August 2010

Beberapa ekor kucing datang "bercuti" di Homestay Kucing Utara.
Kesemuanya mereka ini tidak banyak komplen serta baik-baik belaka dan agak selesa menginap di sini.

 1) Kucing parsi betina(AJ namanya) bersama-sama dengan anaknya 2 ekor bertandang untuk 3 hari 2 malam.Ini adalah kali kedua dia bersama-sama anaknya menginap disini.
AJ baru menjalani pembedahan dan pemberian ubat untuknya diperlukan.Namun begitu agak sukar juga memberi kucing makan ubat pil ni.

2) Mimi berasal dari Seberang Jaya dan kali pertama bertandang ke sini.Ianya lebih gemar berada diluar daripada menghabiskan masa dalam ""bilik"nya.
Kucing agak comel dan unik kerana tompokan warna oren di sebelah mukanya.


3) Sepasang kucing parsi dari Simpang 4 tasik...sangat gebu dan montel dan juga pertama kali bertandang ke homestay kucing utara untuk satu malam.
Kedua-duanya juga lebih gemar berada diluar biliknya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...