Thursday, August 5, 2010

Kutu,Sengkenit & Hama Kucing

Parasit jenis ini akaan tinggal di bahagian luar kucing seperti di telinga dan di dalam bulunya.
parasit ini terdiri daripada hama telinga, hama bulu, kutu(fleas) dan sengkenit (tick).

Kutu-Fleas:
Adalah parasit yang kecil dan selalunya menghisap darah dari tempatnya menumpang serta meninggalkan kesan kurang keselesaan pada kucing.
Sekiranya tertelan oleh kucing ketika menjilat bulunya, besar kemungkinan tertelan bersama tapeworm yang sudah menjangkiti kutu itu.
Kucing akan kerap mengaru pada bahagian yang gatal,ianya mudah dikesan dengan mata kasar seperti bintik hitam di bulu/kulitnya.
Setetengah kucing adalah alergik kepada gigitan kutu yang dikenali sebagai dermatitis (radang kulit) serta boleh menyebabkan keadaan bulu/kulitnya rosak.
Sengkenit-Tick:
Sengkenit hanya akan menghinggap kucing yang selalu keluar rumah dan selalunya akan melekat pada bahagian leher ataupun di telinganya.Keadaan ini akan menyebabkan ianya akan terasa sakit akibat tusukan sengkenit ini.
Jangan sesekali mencabut sengkenit ini kerana jarum sengkenit akan tertanggal dari badannya serta masih tertusuk di badan kucing.Ini akan menyebabkannya akan menderita lebih teruk.
Terdapat produk yang boleh membantu menghapuskan parasit jenis ini di pasaran.
Hama telinga-Ear Mites:
Parasit ini akan tinggal di dalam lubang telinganya menyebabkan kucing selalu mengaru telinganya ataupun mengeleng-gelengkan kepalanya.
Hama ini akan menghisap cecair dari tisu telinga kucing dan tandanya adalah seperti cecair pekat terhasil di bahagian telinganya.
Hama Bulu-FurMites:
Menjangkiti dibahagian bulunya serta kulitnya menyebabkannya terasa gatal.Ianya juga boleh merebak kepada manusia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...