Thursday, August 19, 2010

Penyakit yang bahayakan kucing

Dengupan jantung (Heart murmur):
Terjadi kerana ketidakstabilan pada injap jantungnya menyebabkan tidak sekata aliran darah ke jantung dan terhasil dengkuran yang kuat ketika bernafas.
Anak kucing selalunya menunjukan tanda sebegini namun akan berubah menjadi normal ketika membesar.
Terdapat juga kucing yang mengalaminya tetapi masih hidup dengan sihat sepanjang hayatnya.Risikonya rendah baginya untuk mendapat penyakit jantung.
IBD (Inflammatory Bowel Desease)
Dikenali sebagai radang usus dan penyakit ini menyebabkan muntah yang kerap,cirit yang berterusan.
Disebabkan alergik pada makanan,jangkitan bakteria serta kelemahan daya imunisasinya.
Virus FIV:
Virus ini dianggap seperti AIDS untuk kucing dan merebak melalui pengaulan dengan kucing yang dijangkiti samada ketika bermain,bergaduh dan sebagainya.
Virus ini boleh membawa maut kerana ianya menyerang imun sistem kucing namun begitu tidak merebak kepada manusia.
Kucing yang dijangkiti akan berhingus,muntah,cirit dan demam yang teruk dan perlu diasingkan dari kucing yang lain.
FIA Feline Infectous Anaemia
Disebabkan oleh parasit mikro yang akan menyerang sel darah merah dan mengaibatkannya kekurangan sel darah merah didalam badan kucing.
Barah:
Pelbagai jenis barah boleh dijangkiti kucing seperti barah kulit,darah,barah tulang,barah rahim dan sebagainya.
Tandanya yang ketara adalah bahagian alat sulitnya sentiasa berdarah dan juga boleh dikesan melalui sebarang ketumbuhan di badannya.
Kebanyakan barah dapat diubati jika dikesan dan rawat pada peringkat awal dan kucing yang tua terdedah pada penyakit ini.
Rabies:
Penyakit ini sama seperti penyakit anjing gila dan ianya akan melumpuhkan sistem saraf serta boleh membawa maut kerana tiada ubat khas untuk rawatan penyakit  ini.
Tandanya adalah perubahan sikap,sukar menelan,pengeluaran air ludah yang berlebihan,depress serta keadaan kebingungan.Ianya merebak melalui air liur dari yang dijangkiti kerana gigitannya ataupun luka yang terdedah.
Vaksinisasi adalah cara yang terbaik untuk mengelakkannya.
Sakit buah pinggang:
Selaluya terjadi pada kucing yang sudah tua dan tandanya adalah selalu dahaga yang keterlaluan,kerap kencing,muntah-muntah,hilang selera makan serta lesu dan banyak tidur.
Pneumonia:
Disebabkan bakteria ataupun virus dan tandanya seperti batuk yang kasar,darah pekat keluar melalui hidung ,nafas yang kuat serta demam.
Antibiotik secara umumnya untuk rawatan bersertakan terapi.
Chamydia:
Penyakit ini sangat mudah merebak termasuk kepada manusia,tandanya adalah kepedihan dimata dan hidungnya bersertakan bersin,beringus,mata berair, selalu mengeluarkan air liur serta batuk.
Cystitis Batu Karang:
Gangguan di pundi kencing samada terdapat batu karang ataupun jangkitan kuman.Ianya sangat menyakitkan.
Tandanya kerap kencing,kencing berdarah, selalu teran untuk membuang air,muntah serta kembung.

2 comments:

Anonymous said...

Comot dah seminggu melawan penyakit,dh 3 kali g vet tp makin truk,mula2 x nk mkn,padtu muntah2,ni dh berak drah....ntahlh nk buat mcm mna..mnum mkn pun x nk,tp msih kuat berjln.rumah pnuh dgn bau njis yg bdrah...nk solat pun dh was2...kurung die bsing..hidung ni bau drah comot jk..apa yg perlu sy lakukan???kmna perlu kmi hntar comot...x lrat rsnya....dh x ada kmampuan utk mnggung...siapa yg boleh bntu berikn cdgn????

Emelda said...

Meimei dah seminggu sakit muntah2 kuning dan tak lalu makan. Bila berak bau busuk yg amat.bdn jadi kurus.5 hr lps bawa pegi vet kena 3 cucuk,lps cucuk tu bw blk rmh bg mkn nasi byk dia mkn tp kepala meimei goyang2.2 hr lps meimei dimndikan bersihkan kotoran kat bdn dia sbab bau yg amat. Kondisi masih Lemah. Kelmarin meimei X bleh mkn dan berjalan. Minum makan dibagi gn straw.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...