Sunday, August 15, 2010

Masa Sesuai Vaksin Anak kucing

Semasa anak kucing sudah mencapai umur 8 minggu adalah masa yang sesuai baginya untuk mendapatkan vaksi pertamanya.
Vaksin ini adalah untuk Rhinotracheitis Virus (FVR),calicivirus(FCV) dan juga Panleukopenia (juga dikenali sebagai Feline infectious enteritis).
                                Anak kucing semi flatface berumur 5 minggu

Sebagai asasnya kita perlu ambiltahu terlebih dahulu mengenai kesan virus ini kepada kucing supaya dapat memberikan penjagaan yang terbaik untuk mereka.
Terdapat beberapa jenis virus serta penyakit yang menyerang sistem ketahanan kucing seperti gastritis,cardiomyopathy,dengupan jantung,pneumonia,chlamydia,IBD,keratitis(jangkitan mata),conjunctivitis(jangkitan mata),hyperthyroidism, hematoma telinga,cystitis(batu karang),Anal glands(gangguan dubur),FIV,FIA,FIP,cancer,FeLV,FLUTD,URI,sakit buah pinggang, kencing manis,rabbies.

Namun begitu virus dibawah ini yang perlu diambil perhatian kerana mudah menyerangnya serta boleh membawa maut.
Rhinotracheitis Virus (FVR)
FVR ini juga dikenali sebagai flu kucing dan ianya merebak ataupun menular melalui udara melalui saluran penafasan kucing.
Kesannya menyebabkan gangguan pada saluran penafasannya.
Kucing yang dijangkiti akan hilang selera makan,selalu bersin,demam serta mulut dan matanya berair lendir.
Risiko jangkitan agak tinggi bagi anak kucing serta kucing tua.

Calicivirus(FCV)
Ianya merebak ataupun menular melalui hubungan terus dari kucing yang dijangkiti.Kesannya juga menyebabkan gangguan pada saluran penafasannya.
Kucing yang dijangkiti akan selalunya bersin,demam serta kurang selera makan.

Dua jenis virus ini adalah yang amat popular untuk jangkitan penafasan dan vaksinisasi adalah yang terbaik untuknya. 

Panleukopenia (Feline infectious enteritis).
Virus ini mula dikesan menjangkiti kucing pada tahun 1964 dan ianya menyebabkan penyakit menyamai virus parvovirus yng menjakiti anjing.
Virus ini tersebar melalui hubungan terus kepada kucing yang dijangkiti.
Kesan jangkitannya menyebabkan kucing akan cirit dan sering muntah yang agak teruk selepas dijangkiti dalam masa 2 ke 10 hari.Juga kucing akan kekurangan air,lemah dan terketar-ketar serta hilang kestabilan.
Separuh dari kucing yang dijangkiti mempunyai risiko yang tinggi menyebabkan kematian akhirnya.
Kucing yang dijangkiti perlu mendapat rawatan rapi serta perlu diwadkan di klinik.


FeLV(Feline Leukaemia)
Virus ini merebakannya melalui air liur,airkencing, air mata serta juga susu.Keadaan jangkitan ini mungkin berlaku ketika hubungan terus seperti ketika bermain, bergaduh serta penyusuan dari yang dijangkiti.Tiada ubatan yang khusus untuk penyakit ini serta kucing yang dijangkiti boleh juga menjadi pembawa virus tanpa menunjukkan kesan jangkitan serta menjangkiti yang lain.
Kesan jangkitannya menyebabkan demam,kurus,kurang darah ataupun pucat serta boleh mendapat barah.
Tambahan Vaksinisasi untuk virus ini adalah yang terbaik bagi kucing yang mempunyai risiko tinggi seperti kucing yang berada di luar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...