Nufnang Ads

Followers

Wednesday, September 15, 2010

Bila Boleh mandikan Anak kucing?

Anak kucing yang sudah menjangkau umurnya 8 minggu baru boleh dimandikannya untuk buat kali pertamanya sekiranya perlu seperti kutu ,kurap dan sebagainya.
Tidak digalakkan dimandikan semasa umurnya terlalu muda iaitu kurang dari sebulan kerana ibu kucing akan sentiasa memandikan anaknya dengan menjilat seluruh bulu & badan anaknya dan ini boleh menyebabkannya dijangkiti selsema jika dimandikannya terlalu awal.
Kaedah jilatan dari ibunya ini dapat membantu:
a) Membuang bulu yang mati serta mengalakkan tumbuhan bulu peringkat ke 3
b) Air liur dari ibunya mempunyai banyak khasiat dalam penjagaan bulu serta kulitnya
c) Membersihkannya dari sisa dari kesan bersalin serta najis dari anaknya.



Sekiranya anak kucing sudah mulai pandai menjilat dirinya serta sudah mulai menggaru di bahagian lehernya kerana mungkin dijangkiti kutu ataupun hama kucing ,ini bermakna ianya sudah boleh dimandikan, namun yang terbaik adalah semasa berumur 8 minggu.

Cara yang terbaik memandikannya adalah :
1) Gunakan shampoo berubat(Flea) yang sesuai untuk anak kucing
2) Perlu pembantu ketika memandikannya untuk pertama kali kerana kucing tidak suka air.
3) Basah dan lembabkan seluruh bulu badannya dengan tuala basah.
4) Shampookannya dengan mengaru,menyikatnya untuk meratakan shampoo tadi.
5) Biarkannya untuk 3- 5minit tanpa bilas supaya shampoo tadi bertindak terhadap kutunya, perhatikannya agar ianya tidak menjilat badan.
    *jangkamasa ini bergantung kepada kelebatan bulunya ,lagi tebal lagi lama.
6) Selepas tempoh itu, baru dibilas dengan air sambil mengaru-garu badannya serta cuci juga bahagian punggungnya.
   *Kutu akan mulai jatuh dari badannya sekiranya terdapat kutu menghuni di bulunya.
7) Keringkan bulunya samada secara manual (dengan tuala) ataupun hairdryer(Ini agak menakutkan bagi kucing).
8) Sikat bulu-bulunya.


17 comments:

Mademoiselle Sophie said...

kalau anak kucing masih kecil tapi mak kucing sudah takde, macam mana nak bersihkan najis kucing tu? kalau lap2 sikit dengan air boleh ke?

Kucing Utara said...

ya betul2

Fionna Ray said...

bagi ibu kucing pula,masa yg sesuai untuk kita mandikan selepas beranak pula bila?

Kucing Utara said...

sebaiknya selepas 13mnggu..utk elakkn ibu mudah selsema dn shampoo mungkin memudaratkn anaknya melalui puting

NSR said...

Anak kucing baru sebulan tp mak dia mati kena langgar. Boleh ke mandikan dorang sbb dah comot Sgt.

Kucing Utara said...

sila lapkannya dgn tuala lembab utk bersihkannya..elakkan basah bahagian kepala kerana mereka mudah selsema

Rara 01 said...

Assalam . Klau ibu kucing lepas bersalin boleh bagi mandi tak? Sebab dia kotor sangat dan dia tak mau jilat bdn dia. Bila letak dkt anak nk bg mnyusu dia x mau. Dan susu dia mcm x bnyk. Lps tu, dia mau minum ja. Bg makan dia tak mau. Tu pon tadi paksa jugak bg dia mkn . Saya bagi dia makan makanan basah yang kitten pnya. Normal tak klau bdn dia mcm panas dan lesu. Ka dia demam? Mcm mna nk buad? Terima kasih.

Kucing Utara said...

wasalam..memnag ibu kucing berkedaan kotor selepas bersalin dan ianya ambilmasa utk membersihkan diri sepenuhnya kerana lebih utamakn penjagaan anak2nya terlebih dulu.Jilat badannya sendiri akn di buat selepas ank2nya puas minum dan tertidur..masalah inilah yg ada utknya membersihkan diri mencari makann dll

Nurul Naziri said...

hi. nk tanya, kucing umur 5 minggu yg dh reti jilat bulu dia boleh x mandi dgn syampoo kutu? sebab dia ada kutu yg sgt byk n asyik tergaru2. sy kesian tgk dia. tq:)

Kucing Utara said...

gunakan ubat titis ataupun spray..sbb mandikan diawal umur akn sebabknnya selsema

Muhd Amiruddin said...

Waktu yang sesuai bagi Mandi kucing pada waktu pagi or waktu petang?? Tq_

Kucing Utara said...

sebaiknya petang sebab panas petang memudahkannya cepat kering

mapieceofart said...

Salam. Anak kucing umur 1 bulan+ dah boleh guna ubat titis kutu ke? Saya belum berani mandikannya, tapi saya ada baca ubat kutu tu racunnya kuat. Anak kucing boleh mati. So, apa saya patut buat? Huhu..

Kucing Utara said...

salam..boleh sebb dititiskan beberapa titis sja di belakang lehernya...

Mohd Roslan Rosli said...

Hai Kucing Utara, still soalan yang sama. Anak kucing saya baru berusia 1 bulan 2 minggu. Ibu dah x nak susukan malah bersihkan cara menjilat. So keadaan anak kucing still aktif tapi berbau busuk . Ada any cara ka selain MEMANDIKAN .maybe ada produk yang sekadar SPRAY bagi harum bau dia.

Jasa baik tuan puan untuk balas komen saya amatlah saya hargai

Mohd Roslan Rosli said...

Mohon KUCING UTARA reply comment saya tadi ya

Kucing Utara said...

Boleh dimandikannya secara mengelapkan badannya dengan tuala lembab dan perlu dikeringkan bulu badan dengan bantuan hairdryer ini kerana Anak kucing awalumur mudah terkena selesema jika terdedah kepada air..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...