Wednesday, September 1, 2010

Kucing mengandung olok-olok

Kucing mengandung dalam masa 63 ke 66 hari ataupun untuk mudahkan ingatan pada kita ianya mengandung untuk 9 minggu berbanding manusia 9 bulan.
Walaubagaimanapun terdapat kucing yang mengandung melebihi masa tersebut seperti kucing baka siamese.
Kucing yang mengandung tidak menunjukkan sebarang fizikal perubahan sehingga 6 minggu dan cara yang paling mudah untuk mengenalpastikannya mengandung adalah ketika 3 ke 4 minggu , puting tetek mulai timbul dan serta nampak lebih jelas.

Pemakanan juga perlu dititikberatkan semasa ianya mengandung terutama sekali ketika 3 minggu terakhirnya.
Ianya lebih suka memakan makanannya lebih kerap dan kadar yang sedikit berbanding pada masa tidak mengandung.Ini adalah kerana perutnya mengecil dan tersempit kerana pembesaran kandungannya.
Sekiranya kucing tiada selera makan ataupun tidak makan dan nampak tidak begitu sihat perlu di beri rawatan segera untuk mengenalpastikan puncanya kurang selera.
Jangan berikannya lebihan vitamin dan mencukupi dengan hanya memberikannya makanan yang berkualiti.
Digalakkan juga memberi makanan tambahan seperti minyak ikan serta sedikit susu untuk kucing dalam pemakanannya tetapi jangan terlalu kerap. 
Kandungannya agak sukar dipastikan berapa ekor anaknya, selalunya kucing mengandungkan anaknya di antara seekor ke 8 ekor tetapi bergantung kepada saiz anaknya.
Secara puratanya kucing mengandungkan 5 ke 6 ekor anak.
Anak pertama kelahirannya adalah lebih kecil berbanding yang berikutnya ikut turutan bersalin.
Sekiranya semasa kucing mengandung terdapat pendarahan padanya, ini berkemungkinan kucing akan mengalami guguran dan perlu di beri rawatan segera kerana ini boleh membawa maut.

Fakta Menarik: Kucing juga menunjuk tingkah laku seolah-olah ianya mengandung seperti tambahan berat badan,menghasilkan susu (putingnya menonjol) serta mula membuat sarang "port" tempat bersalin tetapi akhirnya tidak mengandung ataupun tidak melahirkan anak.Fenomena ini dikenali sebagai "False Pregancies".
Perlu dihantar ke klinik untuk mengeluarkan susu yang terhasil sekiranya susu yang dihasilkan itu terlalu banyak.Ubatan dapat membantu mengeringkan susu darinya.

1 comment:

Unknown said...

ada gak eyh kucing ngandung olok2. . .terasa tertipu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...