Thursday, September 23, 2010

Pemakanan Anak Kucing-Cara Memberi Makan

Makanan yang sesuai untuk diberikan kepada kucing seharusnya adalah makanan seimbang yang diperlukan oleh mereka untuk pembentukan otot terutamanya pada bahagian kakinya.

Anak Kucing:
Anak kucing yang berumur 4 minggu sudah mulai memakan makanan pejal perlu dititikberatkan pengambilan makanannya untuk membantu tumbesarannya.
Makanan yang paling baik & mudah adalah makanan "dryfood for kitten" yang terdapat dipasaran kerana pengeluar mengadun makanan ini berdasarkan kepada keperluan zat makanan yang diperlukan oleh anak kucing.
Cara yang terbaik adalah diberikan makanan kepadanya 4-5 kali sehari tetapi dengan jumlah yang sedikit.Ini dilakukan sehingga ianya mencapai umur 5-6 bulan.Secara beransur-ansur, perlulah mengurangkan kekerapan pemberian makanan sehingga akhirnya hanya mencapai 3 kali sehari.Ini adalah cara yang terbaik membantu tumbesarannya secara sihat serta mendapat makanan seimbang.



Daging mentah:
Kucing memerlukan protein dari diet hariannya pada kadar 30% dari keseluruhannya,elakan memberi daging mentah kepadanya kerana daging mentah mengambil masa untuk dihadamkan.Daging yang sudah masak dapat membantunya menghadamkan makanan dengan lebih mudah.
Elakkan memberikannya lebihan dari sisa daging dari dapur seperti tulang ayam/ikan/daging,kepala ayam,kulit ayam dan sebagainya, kerana makanan ini agak sukar baginya untuk dihadamkan.

Baki makanan dari meja makan:
Makanan jenis ini juga tidak sesuai untuk kucing walaupun selalunya kita dapat lihat di warung yang mana pelangan akan melemparkan baki makanan(selalunya tulang ayam dengan sedikit lebihan daging ataupun tulang ikan) kepada kucing yang berkeliaran disitu.
Namun jenis makanan ini tidak sesuai kerana ianya hanya mengambil makanan yang tidak seimbang untuk dirinya (Lebih protein dari sumber lain).Ini mungkin dapat dilihat dari pembentukan fizikalnya yang tidak seimbang(kurus ataupun terlalu gemuk)

***Pemberian baki makanan kepada anak kucing boleh membuatnya lebih cenderung kepada baki makanan dan sentiasa menunggu hambuan pada setiap kali kita makan di meja makan serta ianya akan kurang berminat pada makanan yang disediakan kepadanya sehinggalah ianya menjadi dewasa dan ini boleh membantutkan tumbesarannya.****
 Dryfood:
Untuk kucing yang hanya mengambil makanan dryfood ianya perlu meminum air sebanyak 200 ke 300ml sehari dan ini adalah penting untuknya dalam penghadam makanannya serta mengelakkan kekeringan "dehydrat".

Makan sebelum tidur:
Elakan memberinya makan yang berasaskan protein sebelum tidur kerana daging agak sukar dihadamkan ketika tidur dan daging mudah dihadamkan ketika ianya aktif.
Ini juga boleh menyebabkannya sakit perut kerana gangguan hadaman di keesokan harinya.
Berinya makan 1-2 jam sebelum masa tidur.

13 comments:

miaumeow said...

tapi kucing saye suke tido tiap kali lepas makan. caner?

Kucing Utara said...

biasala...kucing pun mcm kita jgak..lpas makan tu ngntuk..mksud disini adalah jika kita beri dia makn daging tu..masalah la hadamannya sbb perut dia kena proses..tpi mknnan dryfood tu..simple sja utk hadamkan..yg pnting dia miunm air bnyak

fadli said...

salam... kucing saya makan dryfood, tapi masalahnya mereka masih mahu makanan yang 'basah', seolah2 tak kenyang dgn dryfood.

satu lagi soalan, makanan bertin seperti whiskas, bagus ke?

terima kasih.

Kucing Utara said...

Wetfood adalah terbaik utk kucing..sbb ianya watery & lebih fresh berbnding dryfood...tpi kosnya agak mahal jika mkn yg ni sja..apa yg terbaik adlah beri mkn dryfood setiap hari dan wetfood semnggu skali..
wetfood yg terbaik adalah TUNA sja sbb kaya dngn protein..brand xpenting

myria... said...

salam..anak kucing sy baru 2bln..sy bg mkn friskies kitten..1minggu 2kali ada bg mkn wetfood whiskas...tapi anak kucing sy kurang minum air..lps mkn dryfood dia tak nak minum air pun..air kencing dia warna kuning...ni normal ke tak..?

terima kash...

Kucing Utara said...

sebaiknya perlu minum air selpas mkn dryfood tmbahn prduk ni ada bhan awet & pewrna & utk jgnkamasa panjang boleh mudaratkan kidney nya..tpi dia mkn juga wetfood yg ada air tu sbb tu krng minum air kerana wetfood ada air...Terbaik beri la yg premium catfood

myria... said...

sy pun x tahu macm mana nak bagi dia minum air ni..risau jugak...wetfood di pasaran kebanyakan utk kucing dewasa...boleh sy tahu premium catfood ni mcmmana?? tapi kucing sy ni kucing kampung biasa tu ja....
terima kash....

Tun Teja said...

anak kucing saya makan dryfood je. Dia tak makan wetfood pun. boleh ke? lagi satu die macam tak minat nak minum air je.

alis ishak said...

Mkanan ape yg sesuai tuk ank kucing yg dah tak.menyusu sbb ibunya dh taknk.menyusukan..

Kucing Utara said...

kitten catfood

Unknown said...

Boleh tak bagi makanan kucing parsi kepada kucing kampung... :)

Kucing Utara said...

xda masalah dn ni yg terbaik sbb mknn ni lebih baik dri kndungn nutrient

Unknown said...

Camna nk tukar wetfood ke dryfood?anakbulus
sy x suka mkn dryfood...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...