Sunday, October 10, 2010

Tingkahlaku Kucing Betina Galak

Masa galak iaitu selalunya disebut oleh para pembela & pembaka kucing sebagai "HEAT time".
--> Ianya agak mudah mengesan yang kucing kita dalam keadaan "heat" kerana ianya menunjukan beberapa tanda.

Tanda Kucing Galak:
1) Kucing akan mengesel-geselkan badannya(iaitu punggung & kepalanya) kepada objek seperti perabut serta juga kepada kucing lain malah kepada tuannya.
2) "Calling"menjerit , meraung sekuat hatinya untuk menarik perhatian kucing jantan.

3) Selalu menundukkan kepalanya dengan meninggikan bahagian punggungnya serta ekornya mencacak ke atas.
4) Ianya juga menandakan tempat dengan air kencingnya pada dinding,pintu serta perabut dan air kencing berbau lebih tengit serta hancing dari biasa.



Sepasang kucing sedang mengawan selepas kedua-duanya menerima antara sesama sendiri.




Kucing betina akan menguling-gulingkan badannya selepas mengawan serta akan menjilat/membersihkan "punggung"nya.Proses mengawan ini akan berulang lagi untuk beberapa sesi.

***Hanya dengan pemandulan/spay saja dalam menghalangnya dari jadi galak ataupun Heat ,jika tidak kenalah kahwinkannya***


4 comments:

az said...

anak kucing saya (6 bulan) sedang on heat buat pertama kalinya. semalam kami sekeluarga sampai xdapat tido sbb dia asyik menjerit2. kesian sangat kat dia sebab dia 100% indoor. mmg kami tak lepaskan ke luar melainkan hujung mingggu adalah lepaskan dalam 1/2 jam, itupun dibawah pengawasan, sebab depan rumah tu jalanraya keluar masuk taman.

minggu lepas masa bawak dia gi vet utk vaksinkan, ada juga tanya kat doktor boleh tak kalau nak spay terus. tapi dia kata, kalau kucing tgh in heat, x boleh. kena tunggu sampai dia habis dulu.

so, macammana patut saya buat skrg? tak sampai hati tgk dia tak tentu arah berlari sana sini, menjerit2. nak lepaskan takut pulak nanti termengandung. sedihlah. :(

Kucing Utara said...

Tiada apa yg boleh buat semsa dlm "heat" kerana bertindakblas dri hormonnya sendiri...biarkknnya begitu dn awk perlu bersabar la dgn keadaannya..jika dilepaskn dia akn mengwan dn ini pula boleh mngundang risiko sbb terlalu muda...

Anonymous said...

Kucing saya saiznya kecil je tip dye ada menunjukkan tanda2 dye mengandung. Adakah kucing saya akan mengandung dengan saiz bdnnya yg kecil?

Kucing Utara said...

jika begitu..mngkin mngndung..xda masalah dgn saiz bdn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...