Nufnang Ads

Followers

Wednesday, October 6, 2010

Dicakar Kucing

Jika kita dicakar oleh kucing adakah ianya akan memudaratkan kita?
Tentunya kita akan menjawab TIDAK..kerana tidak pernah kita dengari bila dicakar kucing, kita akan jatuh sakit.Namun begitu, baca dan nilailah sendiri fakta dibawah:

Mari kita lihat faktanya:
1) Penyakit
Terdapat sejenis penyakit yang dikenali sebagai CSD(Cat Scratch Disease) yang berpunca dari cakaran ataupun gigitan kucing.Jangkitan ini berlaku sekiranya kucing tersebut membawa sejenis bakteria "Bartonella Hensela".
2) Siapa yang terdedah
Sesiapa saja terdedah kepada penyakit ini jika dicakar kucing yang berbakteria ini , tetapi kanak-kanak berumur dari 2 hingga 14 tahun lebih berisiko tinggi.

3) Simptomnya:
Kesannya dapat dilihat selepas 2 hingga 30 hari dan selalunya dalam masa seminggu selepas dicakar kucing terhasil bintik-bintik seperti jerawat serta bengkak ditempat calar yang dicakarnya dan ini selalunya berterusan selama 4 minggu.
Kita juga mungkin akan mengalami demam (tak semuanya akan mengalaminya)dan selalunya kita akan sembuh sendirinya tanpa perlu bantuan ubatan.
***Risiko tinggi bagi yang mengalami "AutoImmune Disorder"***
4) Parut calar:
Selalunya parut ini akan hilang dan mengambil masa selama setahun untuk pemulihan kulit kita sepenuhnya ,namun bergantung kepada tahap kesihatan.

Tindakan yang perlu diambil selepas dicakar:
1) Basuh dengan segera kawasan yang dicakar dibawah air yang mengalir(seperti air paip) dan cucikan dengan sabun berubat.
2) Lapkan sehingga kering dan sapukan minyak ointment (seperti minyak gamat) tetapi jangan sesekali menggunakan minyak yang berasaskan alkohol kerana ini boleh memedihkannya.
3) Jika demam, dapatkan rawatan dari klinik sebagai langkah berjaga-jaga.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...