Nufnang Ads

Friday, October 22, 2010

Diet Kucing untuk Bulu & Kulit

Sudah pastinya setiap pemilik kucing mahukan kucing kesayangannya berbulu lebat serta sihat.
Apa yang perlu diketahui adalah apakah sumber yang membentuk bulu serta kulit kucing dahulu..

Bulu & kulit, kedua-duanya adalah penting dan berhubungkait satu sama lain untuk mendapatkan bulu "coat" yang sihat.Jika kulit tidak elok ianya akan merosak juga bulunya.

 Protein Membentuk Bulu:
Boleh dikatakan hampir semuanya bulunya terbentuk dari protein dan jika diet kucing kurang protein yang berkualiti, bulunya akan kering,pecah,mudah luruh dan lambat penggantian bulu yang baru.
Fat & Protein Membentuk Kulit:
Fat(lemak) & protein membentuk membrane kulit dan jika kurang 2 sumber ini kulitnya mudah dijangkiti/diserang bakteria.
Sumber Protein:
Kucing memerlukan Protein adalah dari sumber daging yang membekalkannya asid amino untuk tahap kesihatan yang terbaik dan bukannya dari protein sayuran(hanya sedikit saja asid amino yang boleh didapati dari sayur).
Sumber Lemak(Fat):
Sumber lemak boleh didapati dari daging dan sayuran.
Ianya akan digunakan untuk kulit serta bulunya sebagai "Fatty Acid"yang dikenali sebagai Linoleic Acid yang merapikan,merawat serta menjaga bulu serta kulitnya.
Omega 3 & Omega 6:
Kedua-dua "fatty acid"ini adalah sangat penting untuk penjagaan serta mendapat bulu & kulit yang sihat serta lebat.
Omega 6 dari sumber lemak ayam,serta minyak sayuran dari sumber jagung & kacang soya.
Omega 3 dari sumber ikan dan Flax.
Tips:Untuk bulu kucing yang sihat serta cantik ,dietnya perlu mempunyai Omega 6 & Omega 3 pada nisbah 5 ke 1. Selalunya dalam produk makanan kucing sudah disediakan dengan Omega 6 pada kadar lebih.

Vitamin & Mineral:
Vitamin juga memainkan peranan yang penting untuk mendapat bulu & kulit yang sihat:

Vitamin A-penting untuk pembentukan serta baikpulih kulit yang rosak
Vitamin E-Melindungi kulit dari Oxidant
Vitamin C-Merawat luka kulit
Biotin-membantu dalam penggunaan protein
Riboflavin (B2)-untuk metabolisma lemak & protein
Zinc-untuk metabolisma lemak & protein
Copper-membantu proses pembentukan tissue kulit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...