Sunday, October 10, 2010

Doraemon Kucing Robot

Doraemon adalah seekor kucing robot hasil ciptaan Fujiko F Fujio di dalam komik(manga-bermaksud komik) ini diperkenalkan dalam tahun 1970 di Jepun.

Asal usul Doraemon

Nama:
Doraemon diambil dan diasaskan dari perkataan Jepun iaitu dari Dora Neko bermakna kucing liar (Dora=liar,Neko = Kucing) dan "emon" adalah nama orang Jepun zaman dahulu kala.
(Nama orang jepun adalah gabungan dari dua patah perkataan seperti Tanaka=Ta+naka>Ta bermakna ladang & Naka bermakna di dalam)
Berkemungkinan juga emon diambil dari perkataan english "Monster".Sama seperti gabungan membentuk nama "Doraemon" (ini juga boleh diperhatikan pada karekter kartun yang lain seperti Pokemon = Pocket+Monster ,Digimon = Digital + Monster)

Baka:
Ianya diciptakan sebagai kucing robot dalam abad ke-22

Binatang Yang Dibenci:
Tikus..agak pelik juga seekor kucing yang bencikan tikus.
Ini adalah kerana di dalam zamannya di masa hadapan di abad ke-22, tikus telah memusnahkan kedua-dua telinganya (asalnya mempunyai telinga)

Makanan kegemaran:
Dorayaki iaitu sejenis kek seperti pancake tetapi mempunyai dua kepingan berintikan kacang manis "Azuki" yang berwarna coklat.
Ada juga mempercayai nama makanan ini bersempenakan nama Doraemon

Kelebihan:
Poketnya mempunyai pelbagai alat(gadget) yang dibawanya dari masa hadapan yang boleh membantu sahabatnya Nobita.


Perkara yang tidak disenangi:
Tidak suka cuaca sejuk






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...