Nufnang Ads

Thursday, October 14, 2010

Kenapa Kucing Bersin

Kucing mengunakan hidungnya sebagai alat derianya yang utama untuk mengesan dalam menjelajah ke persekitarannya dan menyebut lebih udara.Ketika ini berisiko baginya untuk tersebut benda yang boleh menganggu saluran pernafasannya.
Bersin adalah satu cara untuk mengeluarkan sebarang benda asing yang tersedutnya melalui hidung seperti mana kita bersin.

Sekali-sekala ianya bersin tidak menjadi masalah tetapi jika ianya bersin terlalu kerap mungkin ianya dijangkiti sesuatu.Terdapat beberapa sebabnya bersin:

1) Jangkitan "Upper Respiratory"
Jika ianya bersin berterusan serta mempunyai tanda seperti:
1) Beringus (cecair keluar dari hidungnya)
2) Matanya berair
3) Batuk-batuk
Ini mungkin menunjukkannya berkemungkinan menghadapi jangkitan "upper respiratory" yang disebabkan oleh bakteria iaitu selalunya Adeno 2 & Bordatella.Rawatan lanjut dari vet adalah terbaik.

2) Feline Leukemia
Kucing yang mengalaminya adalah lemah sistem imunisasinya dan bersin adalah simptom yang kerap berlaku kerana ianya akan mendapat asthma serta jangkitan hidung.Rawatan lanjut dari vet adalah terbaik.

3) Gangguan lubang hidungnya
Ini terjadi jika terdapat gangguan di dalam lubang hidungnya dan ianya bersin untuk mengeluarkan benda asing ini.Ini berlaku hanya seketika sahaja.
Terdapat beberapa benda asing yang mungkin mengelikan hidungnya dan akan bersin:
1) Bau wangian
2) Asap rokok
3) Semburan racun serangga (ubat nyamuk)
4) Bahan pencuci
5) Bau kotak pasir yang kotor
Ianya bersin kerana alergik kepada bahan ini dan menyebabkannya bersin ,namun berbeza tindakbalasnya mengikut jenis kucing.

Keadaan ini masih boleh kita kawal dengan menjauhi dari sumber alergik serta kerap tukar pasirnya dan hentikannya merayau buat seketika.




4) Kerosakan giginya:
jangkitan kuman yang merosakkan giginya juga akan merebak ke saluran pernafasannya dan menyebabkannya bersin.
Periksa gigi untuk tanda-tanda gum gigi di mulutnya ataupun tanda yang mudah dikesan adalah kucing sukar mengunyah makanannya.

****Sekiranya kucing bersin terlalu kerap dalam beberapa hari, segera dapatkan rawatan dari Vet untuk memastikan penyakit yang di hidapi****


2 comments:

Asha said...

Can i know, upper respiratory also boleh menyebabkan keguguran? Dan boleh berjangkit pd kucing lain?

Kucing Utara said...

Ya mmng betul upper respiratory antara sebabnya keguguran & juga berjangkit pd kucing lain,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...