Geng Meow

Saturday, October 9, 2010

Kenapa Kucing Berak Cirit


Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kucing akan berak cirit dan mengenalpastikan puncanya adalah penting bagi merawatnya.

Antara Punca Cirit:
Makanan:
1) Alergik kepada makanan 
2) Tukar jenis makanan baru secara mendadak-Jenis makanan baru perlu diberikan secara sikit-sikit.
3) Sisa makanan manusia kerana makanan ini boleh menyebabkan sakit perut.
4) Makanan yang mengandungi jagung yang sentitif kepada sesetengah kucing.

 Cacing & kutu:
Cacing seperti tapeworm antara sebabnya cirit serta boleh mengakibatkan kucing akan kurus.
Pembersihan tandas"litter box" serta tempat tidur adalah perlu dilakukan sekerap yang mungkin semasa dalam rawatan dari ubatan cacing yang diberikan oleh doktor haiwan.


Pemberian antibiotik:  
Antibiotik antara punca utmanya cirit.
Pengambilan antibiotik boleh mengalakan terhasil kulat "Flora"di dalam perutnya dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem perutnya(usus & perut).
Ini kerana antibiotik akan membunuh semua bakteria di dalam perutnya termasuk "bakteria baik" yang membantu penghadaman.
Memberinya makan "yogurt" dalam membantu mengantikan bakteria baik yang terbunuh.

 Jangkitan kuman:
Parasit protozoa yang dikenali sebagai coccidiosis antara  penyebab cirit kepada kucing. Ianya mudah disebarkan antara kucing sesama sendiri. 
Risiko tinggi terhadap kucing veteran serta anak kucing keran imun sistem yang lemah.



Walaupun cirit bukannya menunjukan kesihatan kucing dalam keadan bahaya namun perlu mendapatkan rawatan sekiranya cirit berterusan melebihi 3 hari.
 

4 comments:

NISS said...

thanks 4 da info..selain bwk jupe vet ade tak care lain nak stopkan cirit

Cat4U said...

beri dia makan pumpkin pun boleh juga..Ada 2 entri dalam blog ni yg mungkin boleh refer:
1) Kebaikan Pumpnkin kepada kucing
2) Kucing sakit perut

Anonymous said...

yoghurt khas atau yoghurt kat kedai biasa tu?

Cat4U said...

yang biasa kita mkn tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...