Wednesday, October 6, 2010

Kenapa kucing gugur bulunya


Sebagai pencinta kucing seharusnya kita perlu menerima yang kucing akan menggugurkan bulunya secara bermusim dan ini dalah sebahagian daripada cara hidupnya.
Keguguran bulunya terjadi kerana penggantian bulunya yang rosak serta sentiasa dilindungi dengan bulunya yang baru.

Keguguran bulu semulajadi
Asalnya secara semulajadi kucing yang berbulu panjang mendiami di kawasan yang mengalami 4 musim dan akan mengalami keguguran bulu 2 kali setahun sebagai penyediaan dirinya terhadap cuaca & musim sekitar.
Pertama:Bila tiba musim bunga kucing akan menggugurkan bulunya yang tebal & lebat yang di"pakai"nya ketika musim sejuk dan tinggal bulu yang sederhana bagi menghadapi musim panas.
Kedua: Bila tiba di penghujung musim luruh bagi menambahkan bulunya yang nipis dengan bulu tebal dikenali sebagai proses "grow in" untuk menghadapi musim sejuk.

Kebingungan Kucing
Kucing akan mengalami fenomena kebingungan masa gugurnya sekiranya ianya berubah tempat ke kawasan yang panas sepanjang tahun seperti di tempat tropika.
Kesan cuaca tropika akan menyebabkan gangguan kepada sistem peka iklim kucing ini dan mengganggapkan ianya akan menghadapi musim panas setiap masa dan berterusan keguguran bulunya terjadi.
Kucing yang tinggal di dalam rumah semata-mata menggugurkan bulunya kurang berbanding kucing yang bebas keluar/masuk rumah kerana ia bertindak terhadap cuaca/suhu sekelilingnya.Lampu,penghawa dingin mempengaruhi keguguran bulunya.

Keguguran bulu & kesihatannya
Kucing yang menggugurkan bulunya adalah memberi petunjuk yang ianya sihat kerana kucing yang sakit tidak akan menggugurkan bulunya.Guguran bulunya adalah juga untuk penggantian kepada bulunya yang rosak/mati.

Pengaruh keguguran bulu
Faktor yang mempengaruhi keguguran bulunya adalah masa terdedah pada cahaya ,dikenali sebagai"PhotoPeriod".Semakin lama ianya terdedah pada cahaya semakin banyak bulunya akan gugur.


2 baka kucing yang tidak gugur bulu
1-Cornish Rex & Devon Rex-mengugurkan bulunya secara minima kerana kerinting.
2-Sphynx-tiada bulu


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...