Nufnang Ads

Followers

Tuesday, October 5, 2010

Kucing bernafas kencang

Kucing akan bernafas kencang iaitu dengan menjelir lidahnya keluar seperti anjing bernafas.
Keadaan ini berlaku kerana beberapa sebab seperti di bawah:

1) Selepas bermain dan terlalu aktif semasa bermain selalunya selepas 15-20 minit bermain secara agresif.
2) Suhu persekitarannya yang terlalu panas serta berhumidity tinggi.
3) Ketika menaiki kereta (bagi sesetengah kucing) untuk menenangkan dirinya.

Keadaan seperti ini adalah normal untuk sebab-sebab di atas kerana kucing dalam kepenatan dari bermain serta perlu menyejukkan badannya kerana ianya tidak boleh berpeluh serta pengambilan oksigen.
Namun begitu, sekiranya ianya bernafas kencang tanpa sebab-sebab ini serta sudah menjadi kebiasaan padanya, besar kemungkinan ianya mendapat asthma dan perlu dipastikan dengan pemeriksaan lanjut dari doktor haiwan.

                               Anak kucing parsi bernafas menjelir lidahnya selepas bermain 15 minit.
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...