Sunday, October 10, 2010

Kucing Kampung

Kucing kampung ini selalunya digelarkan kepada kucing yang bergerak bebas hidup sendiri ataupun kucing yang dibela oleh sesetengah pembela kucing.
Panggilan lain yang biasa kita dengar adalah:
Kucing kampung
Kucing siam (kerana ekornya kembang) ini bukan baka siamese.
Kucing terbiar

Kucing-kucing ini boleh didapati bergerak bebas di kawasan perumahan terutamanya di lorong belakang rumah,kedai makan ataupun warung,pasar basah serta juga di kampung.


Hidup mereka ini lebih banyak kepada "kais pagi makan pagi" dan bersaing sesama sendiri untuk makanan,tempat teduh serta sebagai pasangan mengawan.
Ianya akan memakan apa saja makanan berasaskan sumber daging dari sisa makanan terbuang serta juga menangkap tikus.
Faktor ini pemakanannya dari sisa makanan terbuang yang kurang dari segi sumber diet yang diperlukannya akan membawa kesan pada jangka umurnya dan secara puratanya mereka akan hidup hanya 5-7 tahun sahaja.Di samping daya tahandiri mereka tidak begitu kuat ataupun terdedah kepada serangan penyajit dan jangkitan.


1 comment:

Anonymous said...

post tentang american curl boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...