Nufnang Ads

Monday, October 25, 2010

Kucing mengeselkan kepala ke kaki kita

Sudah tentu antara kita, pernah alami kucing akan mengesel-geselkan kepalanya ke kaki kita ketika berdiri.
Kenapa kucing berbuat demikian?Mestilah ada sebab-sebabnya..

Latarbelakang tingkahlaku:
Kucing memiliki sejenis kelenjar istimewa yang dikenali sebagai "Scent Glands" bermaksud "kelenjar bau".
Kedudukan kelenjar bau ini terletak di atas kedua-dua matanya di bahagian sisi dahi.
Ini dapat diperhatikan yang kucing akan mengesel-geselkan bahagian sisi/tepi kepalanya ke kaki kita.
Kelenjar bau ini akan mengeluarkan serta meninggalkan baunya ke objek yang digeselkannya serta menjadikan kita berbau kucing dan bau ini hanya boleh dihidu oleh kucing serta juga anjing.
 Kenapa?
Ini adalah satu cara ianya mengunakan bahasa isyarat "body language" untuk berkomunikasi dan terdapat beberapa sebab ianya berbuat demikian dan antaranya adalah:
1) Menandakan kawasannya-
Jika ia mengeselkan ke kaki kita bermakna kita sudah dipunyainya.Sekiranya kucing lain yang datang selepas itu, ianya sudah tahu yang kita sudah di"booked" oleh kucing tadi.Namun begitu kucing ini juga boleh me"reset"kan bau tadi dengan mengesel kepalanya pula untuk tandaan bau baru.Ini selalunya berlaku bagi pemilik kucing yang mempunyai beberapa ekor kucing peliharaannya.
2) Memerlukan perhatian belaian-
Ini juga bermaksud yang kucing juga mengharapkan kita membalas belaiannya iaitu dengan mengusap-usapkan kepala dan badannya.Ini membantu menaikkan "mood'nya kerana kucing ni emosional sikit perangainya.
3) Sifat kawan-
Friendly, ianya memberi pesanan yang ianya menerima kehadiran kita dan bersedia untuk menjadi kawan.Keadaan sebegini untuk kucing yang pertama kali kita bertemu.Ini juga dapat dilihat geselan kepala sesama mereka.
4) Lapar-
Memberi isyarat yang ianya mahu makan terutama sekali ketika kita berada di dapur contohnya ketika kita sedang memotong daging ataupun ikan.

Hal lain:Jika kucing juga mengesel-geselkan badannya ke objek seperti perabut , dinding , pintu dan sebagainya.Ini adalah tandaan kawasannya.

5 comments:

AROL DSHW said...

ha'ah. kucing-kucing arol pun selalu gesel-gesel kat kaki.
kadang-kadang dorang saje jek nak menggatal/menggedik dgn kita.
hehehe. :D

*rindu pulak kucing-kucing kat dlm sangkar.

Kucing Utara said...

biasalah...kucing memang manja & mengada-gada..macam siapa ya???

Enna Banana said...

ohh patutlah!
good info :)

Kucing Utara said...

kucing ni unik skit tingkahlakunya..mcm2 cara dia "cakap" dgn kita..tapi jgn plak kita ikut mcm dia..gesel sana gesel sini...

E Ja said...

patut la kucg kenal sgt sape tuan dia...ni lah rahsianya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...