Nufnang Ads

Followers

Thursday, October 7, 2010

Kucing Peliharaan Rasullullah

Rasullullah SAW juga menyayangi kucing malah baginda memilik seekor kucing yang dinamakannya Mueeza.
Rasullullah selalu mendukung  kucing kesayangan Mueeza dan diletakkan serta diribakan dipahanya.
Nabi juga berpesan supaya kita menyayangi kucing peliharaan seperti mana kita menyayangi keluarga kita sendiri.Amat kejam sekiranya kita memukulnya walaupun untuk mengajarnya.


Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasullullah sukainya adalah :
Mueeza selalu mengeow ketika mendengar azan, seolah-olah menuruti lafaz suara adzan

Ada satu ketika Rasullullah hendak mengambil jubahnya,tetapi kucing kesayangan Muezza tertidur diatasnya.Lalu baginda pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya,tanpa disedari kucingnya.

Apabila rasullullah pulang ke rumah, Muezza akan terus bangun serta mengeser-geserkan badan kepada baginda. Sebagai balasan, rasullullah pula akan mengusap-usapkan dengan lembut ke badan kucingnya  menyatakan kasih sayangnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...