Tuesday, October 19, 2010

Kucing Maine Coon

Maine coon adalah kucing yang berbulu panjang serta bersaiz besar...Digelarkan sebagai "The Boss Cat".

Asal usul:
Berasal dari Benua America Utara dan buat pertama kalinya muncul dalam "show cat" pada tahun 1878 di Boston.
Lagenda mengenainya,kucing jenis ini yang diseludup masuk ke Amerika oleh seorang Kapten kapal bernama Clough untuk mengawal tikus di dalam kapal.Namun kucing(betina) ini telah terlepas keluar dari jagaannya dan menjadi kucing liar di Amerika.Dipercayai oleh kebanyakan pembaka yang kucing ini bercampur dengan DLH(domestic Long haired) tempatan dan menghasilkan campuran baka "Mein Coon".

Asal Nama Baka:
Kucing ini diistiharkan sebagai "kucing negeri"untuk salah satu negeri di US iaitu Maine dan salah satu mitosnya adalah hasil campuran dengan Racoon.Bersempena inilah ianya dikenali sebagai Maine Coon. 
Fizikal Kucing:
Saiz: dikategorikan antara sederhana ke besar
Jangkahayat: 16++ tahun
Bulu: Jenis panjang dan perlu dirapi selalu.
Bentuk badan: Separa-longhair
Makanan: Sederhana
Berat badan: Jantan (5-8kg) & Betina (4.5-6kg)

Hubungan dengan Manusia:
Mein Coon kebanyakan tidak begitu suka didukung dan ianya lebih bersifat berdikari.
Lebih suka lepak di atas sofa sendirian ataupun bersebelahan dengan kita  tetapi agak sukar baginya untuk diribakan.
Mengambil masa untuk mengenali ataupun mendekati orang luar sebagai kawan.

***Kucing Maine Coon" tidak suka memanjat pokok ataupun ke tempat yang tinggi kerana secara semulajadinya, ianya hanya memburu di tanah saja****

6 comments:

Fatin Husna said...

sy suke kucen manje..

Kucing Utara said...

Kucing yang paling manja adalah Persian....

niena haris said...

owh... baru tahu nape my cat tom sgt x peramah n garang.... rupe2nye memang baka ni sikap die mcam ni..

Kucing Utara said...

yela...dh jadi "boss" memang mcm tu..

Unknown said...

Macam kucing saye minimum

Unknown said...

Nak Tanya..kitten main coon mmg makan kerap ka..saya bgi dry food dgn weat food(ayam rebus)..tpi nmpak dia cenderung nk mkn weat food..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...