Wednesday, October 6, 2010

Maneki Neko

Maneki Neko adalah nama yang diberikan pada patung kucing yang diletakkan di kaunter kedai-kedai di negara Jepun.Ini adalah adat mereka sebagai pelaris perniagaan.
Boleh juga didapati di sesetengah kedai di Malaysia yang mungkin berhubung kait dengan produk ataupun perkhidmatannya dengan negara matahari terbit ini.
Gambar ini menunjukkan Maneki Neko dengan "tangan kiri"nya melambai ataupun seolah-olah memanggil sesiapa saja memasuki kedainya.
Maneki Neko diterjemahkan sebagai Kucing Bertuah ataupun Lucky Cat.

Asal usulnya:
Legenda Maneki Neko berlaku di abad ke17th,di mana terdapat sebuah kuil di Tokyo yang terlalu daif dan penuh dengan kesempitan serta serba kekurangan.Keadan ini memaksakan seorang sami kuil yang menjaga kuil ini berkongsi makanannya dengan seekor kucing peliharaan bernama Tama.
Di suatu hari,seorang kaya melalui di kawasan kuil ini dan tiba-tiba ribut yang kencang melanda di kawasan itu dan menyebabkannya bertumpang teduh serta berlindung di bawah sepohon pokok besar di hadapan kuil itu.
Semasa ianya menunggu ribut reda, ianya terpandang ke arah kuil dan ternampak Tama (kucing) seolah-olah melambai-lambainya supaya datang ke kuil.Dengan penuh kehairan dengan tindakan kucing itu, ianya menghampiri pintu dan memasuki ke dalam kuil.
Tiba-tiba kilat menyambar pokok besar tadi dan membuatkan siorang kaya terpegun serta terkejut dengan apa yang berlaku kepada pokok besar tempatnya berteduh tadi.Sebagai balasan jasa Tama, ianya menyumbangkan wang yang banyak untuk membantu pebelanjaan kewangan kuil.Semenjak itulah, sami dan kucingnya Tama tidak kelaparan lagi.
 Tama disemadikan di Goutokuji Temple tanah perkuburan kucing dan digelar Maneki Neko sebagai penghormatan kepadanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...