Geng Meow

Friday, October 8, 2010

Masalah Kucing Sembelit

Secara umumnya tanpa mengira bakanya kucing akan membuang air besar (berak) sehari sekali samada kucing yang dibela ataupun kucing liar.
Namun kucing juga boleh mengalami sembelit iaitu hanya berak setiap 2 ke 3 hari sekali dan tahinya adalah keras & kering.Ini berlaku kerana bahan kumbuhan ini terperap di dalam perutnya agak lama berbanding bila keadaan normal dan airnya terserap di perutnya.


Antara Puncanya sembelit:
1) Gangguan fizikal seperti masalah neurologi, kecederaan pelvik(tulang punggung), Tersekat benda asing (bulu,rambut,tulang, dan benda yang tidak dihadamkan)
2) Penyakit Inflammatory Bowel Disease (IBD).
3) Keadaan tandasnya:Kucing tidak akan gunakan tandasnya yang busuk ,kotor ataupun "poo" yang lama masih ada di situ.Ini menyebabkannya sanggup tidak menggunakannya sehingga dibersihkan dan sanggup bertahan berhari-hari.
Cara atasi sembelit kucing:
  • Pemakanan: Menukarkan jenis pemakanannya.Memberikannya makanan bersumberkan fiber dapat membantu masalah ini sebagai permulaan kerana fiber boleh melincirkan usus & perutnya.
  • Tambahan Minyak Zaitun dalam makanannya:
      Berikan kucing 1/2 to 1 sudu besar minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanannya 2 kali sehari.
***Minyak zaitun akan bertindak sebagai bahan pelincir di dalam ususnya dan melancarkan pengkumuhan*****

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...