Wednesday, October 13, 2010

Memilih kotak pasir kucing

Kotak pasir kucing adalah penting untuk setiap kucing yang dibela di dalam runah serta dapat  melatihnya menggunakan "tandas" secara sempurna.

Terdapat pelbagai rekabentuk untuk kotak pasir serta ada juga yang begitu canggih serta "fancy" walaupun hanya berfungsi sebagai tandas saja.
Harus diambil kira adalah samada kotak pasir tersebut boleh memberi kepuasan kepada kucing ataupun tidak kerana kucing tidak tengok designnya tapi yang penting keselesaan.Kucing tidak akan menggunakan tandasnya yang busuk & kotor serta penuh dengan "poo" serta kencingnya.

Kotak pasir tertutup:


Kotak pasir yang berbumbung serta tertutup direka untuk lebihkan privasi kepada kucing kerana kucing juga malu serta mahukan privasi semasa menggunakannya.
Kebaikannya:
1) Privasi
2) Pasir yang dicakarnya tidak tumpah serta berselerak
3) Baunya dapat dikurangkan keluar ke ruang rumah.
4) Boleh letak dimana-mana kerana ianya tertutup dan kucing tak segan silu gunakannya.
Keburukannya:
1) Baunya terperangkap di dalam kotak dan kucing tidak akan menggunakannya.
2) Perlu di cuci atau ditukarkan pasirnya lebih kerap.
3) Lebih cost kerana perlu menukar filter penyerap bau.
4) Sukar untuk menentukan masanya perlu di cuci
5) Perlu dibasuh keseluruhan kotak ini unutk menghilangkan baunya.

Kotak pasir terbuka:

Ini yang paling mudah dan ringkas dan ianya berbentuk seperti talam bersegi empat yang terbuka serta harganya memang murah.
Kebaikannya:
1) Mudah di cuci serta boleh nampak "poo"nya
2) Baunya kurang serta mudah dikawal dengan jenis pasir yang digunakan
3) Kucing mudah tertarik menggunakannya kerana kucing ini pantang jumpa pasir ,seronok la...
4) Kotak pasir bersama pasir yang digunakan boleh dijemur(terdapat pasir yang boleh dijemur dan diguna semula)
Keburukannya:
1) Bila kucing cakar pasir akan tertumpah
2) Perlu letak di sudut rumah serta tersorok sikit (Privasi)

****Bagi kucing saya , kotak pasir terbuka adalah bersesuaian dengan mereka serta lebih mudah kendalikannya******

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...