Sunday, October 10, 2010

Penjagaan Gigi Kucing

Pelik kan? Kucing pun kita perlu jaga giginya kerana ini boleh mengundang beberapa masalah yang melibatkan gigi dan mulutnya.

Antara masalah mulut kucing:
1) Tartar gigi
2) Gusi
3) Nafas berbau
4) Gigi rosak (tercabut serta patah giginya)

Sebabnya:
kekurangan sumber kalsium dan phosphorus di dalam dietnya.
Perlu pastikan makanan yang diberikan mempunyai sumber ini serta mencukupi.

Penjagaan:
Mudah tapi pelik ...iaitu berus giginya selalu seperti kita memberus gigi setiap hari.
Memberus giginya selalu dapat mencegah pembentukan tartar di giginya.
Terdapat di pasaran ubat gigi untuk kucing yang berperisa tuna.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...