Thursday, November 4, 2010

Kenapa Kucing timbus najisnya


Di dunia kucing, najisnya(kecil & besar) digunakannya sebagai alat berkomunikasi sesama mereka seperti kita gunakan alarm sistem,pensempadan kawasan ataupun SMS kepada kucing yang lain.
Kita tentu percaya yang setiap kucing akan menanam ‘poo” ataupun najisnya selepas selesai menggunakan tandasnya.
Percaya ataupun tidak,sebenarnya tidak semua kucing akan menimbuskan “poo’nya.
Sifat semulajadi kucing liar:
Kucing sebenarnya dalam hidupan semulajadi akan hidup di dalam satu koloni yang mempunyai lebih kurang 8-10 ekor.
Di dalam sebuah “koloni” ataupun kumpulan masyarakat kucing akan terlantik seekor kucing sebagai ketua seperti ketua kampung dan yang lainnya sebagai ahli biasa di masyarakat kucing dalam kumpulan tersebut.
Sebagai ketua koloni ataupun ketua kampung,ianya tidak akan menimbuskan najisnya pada tempat tertentu untuk menandakan kawasan serta mempamerkan kekuasaan serta statusnya dan ahli biasa pula akan menimbus/menanam najisnya sebagai tanda patuh kepada ketua.
Di alam semulajadi,saingan hidup serta melindungi diri dari musuh adalah faktor penting untuk “survivor” ataupun terus hidup.
Bagi kucing yang rasa dirinya lemah akan menimbuskan najisnya kerana bau najisnya akan menarik perhatian kepada pemangsanya ataupun pesaingnya.
Ini dapat dilihat pada anak-anak kucing yang akan menimbuskan najisnya dengan sendirinya tanpa perlu belajar dari ibunya kerana di hidupan liar ibu kucing tidak akan membuang najis di sarangnya(tempat anak-anaknya membesar) tetapi akan melepaskannya jauh dari tempat sarangnya.
Kucing yang dibela:
 Kucing yang kita bela akan menanam “poo” nya sendiri di dalam kotak pasir yang disediakan kerana menganggapkan kita sebagai ketuanya.Ini adalah kerana kita adalah sumber yang memberinya makan.
Jika kita membela beberapa ekor kucing,mungkin juga terjadi yang salah seekor darinya kadang-kadang tidak akan menanam najisnya kerana masih dirinya sebagai ketua serta ingin menunjukkan statusnya.
Anak kucing mempunyai naluri’Instint” yang kuat untuk menimbuskan najisnya sebaik saja ia sudah tahu membuang air besar sendiri dan tidak perlu diajar.Walaupun ianya sudah berpisah terus dari ibunya.
Apa yang perlu dibuat adalah hanya sediakan kotak pasir, sudah tentu ia akan menggunakannya.
Kucing liar/kucing kampung:
Mungkin kita pernah terpijak “poo” najis kucing semasa di kampung terutamanya di laman rumah yang luas dan busuknya ..usah cakaplah habis satu kereta berbau…
Kucing kampung adalah bebas bergerak serta hidup dalam kumpulannya dan ianya masih mengguna-pakai  “system hierarchy” nya dalam kumpulan mereka.Sebab itulah “ketua”nya tidak akan menanam najisnya.
***Susah juga kita dengar orang terpijak najis kucing di taman perumahan kerana kucing liar ini banyak menghabiskan masanya di lorong belakang rumah serta di sinilah kawasannya***

10 comments:

Namie Amir said...

the grey cats macam Yuyu!!

Gee said...

sharp dan lawo gambo2 kat sini.. mesti guna dslr ni..

Gee said...

sharp dan lawo2 gambo kat sini. mesti guna dslr kan?

nnZa said...

wow ! so unique ! baru tauu in4 ni . thanx 4 sharing ^_^

Kucing Utara said...

Thanks..semua sbb beri comments.hehe
Gambar ambik guna compact camera lumix je...

Anonymous said...

kucing saya kucing rumah n die je seekor kucing saya...tapi bila die dah berak...die tak nak pun tanam najis die...tpksa sy gak y tanamkan najis die..
kenape ekk??

Kucing Utara said...

sbb dia tunjukkan kuasanya...sbb tu xtanam..kuasanya bukan hanya utk kucing sja..tetpi termasuk kita dn makhluk lain

Anonymous said...

patut pun...huhu....btw thanks ekk~~.. :)

Unknown said...

jadi mcm mana nak ajar supaya dia tanam najis nya ek....balaso die ker?? XD

Anonymous said...

Saya pun ada kucing yg gemar berak tak timbus lps tu rotan dia.. 2-3 hri lpsdia buat blik.. Adakah aya perlu buang dia terus.. ikut umur dh dia 8.bulan lbh.. Saya,bela dua,ekor.. Yg seekor dh bsr unur setahun 5 bulan yg lg satu muda umur 7.bulan.. Yg 7.bln ni dia gemar berak luar rumah dan bila berak di pasir dia,biarkan je tahi dlm kotak pasir..dia... Aya rotan kn je dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...