Monday, November 8, 2010

Kucing mengalami Stress

Seperti kita, kucing juga boleh mengalami stress sebagaimana kita alami...
Mengikut kajian boleh dikatakan hampir 80% daripada populasi kucing akan mengalami stress ataupun tertekan kerana kucing adalah haiwan yang begitu sensitif kepada persekitarannya..
                                "Pak Abu" bermain-main di laman
Punca-punca Stress:
Ini adalah beberapa punca yang mungkin menyebabkannya mengalami tekanan "Stress"
1) Kucing yang baru menjadi "ahli keluarga"nya - bila kita mengambil kucing baru untuk dibela
2) Sesak kerana terlalu banyak kucing di dalam sesebuah rumah
3) Berpindah ke rumah baru
4) Dalam rawatan ataupun sakit
5) Tetamu kita
6) Rasa terkurung seperti kucing yang dibela-kurung dalam sangkar kerana kurang bermain serta terhad pergerakannya.
7) Tidak dapat mengawan ataupun mencari pasangan
8) Travel ataupun mengikuti kita dalam perjalanan yang jauh
9) Dalam "cat show" kerana terlalu banyak orang yang tidak dikenalinya

Tanda-tanda Stress:
1) Masalah membuang najisnya bukan di tempatnya-ini adalah yang paling mudah ditunjukan oleh kucing
2) Bising -mengiau secara berlebihan 
3) Terlalu takut & malu serta suka sembunyikan dirinya
4) Kurang makan
5) Garang mudah mencakar kita bersifat aggresif
6) Mulai menanda kawasannya dengan kencing walaupun sudah tinggal lama dengan kita
7) Bulunya gugur
8) Terlalu menjilat badannya secara berlebihan
Cara atasi Stress dirumah:
1) Urutan- mengusap serta membelainya hari-hari dapat mengelakkannya tertekan.
2) Masa bebas dan rileks sendirian- lepaskannya bersendirian di dalam bilik dan yang terbaik adalah bilik tidur kita serta membiarkan jendela tingkap terbuka supaya ia dapat melihat dunia luar.
3) Terapi sentuhan- buat sentuhan/urutan dengan jari kita secara usapan membulat di badannya dan ianya akan tertidur bermakna terapi ini membantunya.
4) Vitamin B group-ini terbukti boleh mengurangkan stress.
5) Aromatheraphy- wangian dari bau Lavender juga dapat membantunya kita boleh gunakan "dapur" pewangi lavender yang digunakan untuk mewangikan rumah.

****Terdapat juga produk di pasaran yang dapat menenangkan kucing "Calming Pet" ,namun agak mahal sikit***

6 comments:

m.q said...

hmm..kucing aku pun tgh stress
sbb bulu dia gugur..kt bontot lak tu..

Kucing Utara said...

kesian kucing tu..buatla sesuatu bgi dia happy....

Hana Soffelia said...

Owh.. ada eh "Calming pet"?? macam nk g cari je before angkut Arjun balik kg utk raya haji nanti. Mau meraung Arjun, 6 jam dalam kete.

tq for the info.

Kucing Utara said...

cari dipetshop ataupun ada juga jual di Jusco..ianya dalam cecair botol warna coklat..tertera pada labelnya "pet calm"

m.q said...

sbb aku dok flat. kucing aku bela dlm bilik. kira lepas bebas dlm bilik la. tht is why aku penuhkan bilik tu dgn cat toys dan cat tree.
kesian dia....aku tak bleh bagi keluar sbb bahaya kan..

Unknown said...

sya jumpa anak kucing tapi sya x jumpa ibunya sya bawa balik tapi asyik mengiau saja mcm mana uer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...