Nufnang Ads

Saturday, November 6, 2010

Kucing mengiau "Meow"

Kucing mengiau yang berbunyi meow adalah berkomunikasi secara vokal kepada kita tetapi jika sesama mereka kucing akan mengeluarkan suara vokal yang lain seperti "hisss","heeass" dan sebagainya..

Di antara sebabnya yang kita perlu ambil perhatian adalah:
1) Lapar: 
Selalunya kucimg akan mengiau apabila tiba waktu makannya kerana tiada makanan di dalam mangkuk makanannya.Kebanyakan kucing akan mengiau sebaik saja kita memasuki dapur kerana ia hendak sedikit makanan.
2) Mengucap salam:
Kucing adalah satu haiwan yang sangat unik perangainya dan ia akan mengiau sebaik saja kita pulang ke rumah sebagai ucapan salam "greeting" kepada kita.Ini dapat di lihat kucing akan tunggu di pintu utama sebaik saja kita membuka pintu masuk.
 3) Mahukan perhatian:
Kucing juga akan mengiau apabila mahukan perhatian dari kita bila tiba masanya ia hendak bermain dengan kita serta juga mahukan kita "petting"nya iaitu membelainya,memegangnya dan juga bercaakap dengannya.
4) Tekanan"Stress":
Kucing akan lebih banyak bersuara ketika ianya dalam keadaan tertekan terutamanya kepada anak-anak kucing, kucing yang baru berpindah ke rumah baru serta juga bila kehilangan yang disayanginya (seperti anaknya juga tuannya).
5) Kesunyian:
Kucing sangat beremosi serta moodnya perlu dijaga selalu dan ia akan mengiau sekiranya terasa sunyi.Ini terjadi sekiranya kita tidak membelai untuk jangkawaktu yang agak lama "keseorangan" kerana kucing suka bersosial.
6) Sakit:
Ini sudah pasti ia akan mengiau kerana kesakitan kerana beberpa jenis disease/penyakit akan menyebabkannya terasa dahaga,lapar serta juga sakit.Ini dapat dilihat dari kucing yang baru menjalani pembedahan dan mengiau agak lama juga sehingga 2 - 3minggu.
7) Kucing Veteran:
Kucing juga menunjukan sikap nyanyuk seperti kita bila sudah tua kerana ianya keliru dan ia akan berbunyi tanpa sebab terutamanya di waktu malam.Kucing tua yang mengalami masalah "thyroid",buah pinggang akan bersuara kerana kesakitannya.
***Adalah penting untuk kita mengenalpasti punca kucing mengiau "meow" supaya kita dapat mengatasinya dengan baik...Kucing Happy , Kita pun Happy***

34 comments:

Mya Amira said...

uwaa.. tak suka kucing..
takot! :(

Kucing Utara said...

Sayangnya...tak suka benda comey...hehehehe

mumumeow said...

wah..thnks 4 d info...

::debby:: said...

hehe

comeeellllnyee kucing anda!! :D

WANDA_ISMAIL said...

haha..kucin saya kalo masuk umah ja, mesti dia mengiau sampai jumpa saya...kekdg 2 saja ja sy sembunyi, biar dia mengiau lebih2..hahaha..mmg dia akan cari la...unik kan sifat kucing2 nih...

Anonymous said...

ptotlah kucing i bising..dy bwu 2 ari pndah uma i.huhu

Sumayyah Nadhirah said...

kucing maya suke miow smbil pandang atas mcm nk lompat ke atas atau tmpat lg tinggi... normal ke?

Cat4U said...

kucing mmng suka duduk tmpat tinggi sprti atas almari..sbb rasa selamt..ianya meow tu minta awk tolongkannya kerana dirinya masih ragu2 lgi...cuba tenangknnya

Anonymous said...

kucing saya mengandung tp asyik berbunyi mcm nak 'berkawen' je huhu...saya pulak yang confius. Kenapa agaknya eh...

Cat4U said...

kucing mengandung jika mengiau-giau tu adalah kerana dia perlukn bantuan/perhatian sebb mngkin masih takut2, masih xdapat lagi tempat sesuai utknya nk bersalin nnti dll

Anonymous said...

Kucing betina sy umur 6-7 bln asyik mengiau n cuba nkkeluar rumah..adakah dia sedang mencari pasangan?confius ni..pertama kali bela kucing..

K.U. said...

berkemngkinn tu tunjukkn galak

Anonymous said...

Tunjukkan galak?mcm mana tu ye?skrg ni 24 jam duk mengiau..tgh mlm pun sama..malu gak ngn jiran2..n dia selalu duk bguling2..xtau nk ape..

nurul afeeqa yusri said...

kucing saya malam2 time saya nk tido mengiau..nyaring bunyinya..mcm ganggu pun ada..kdg2 saya marah, xtahu apa yg dia nak..nak kata lapa dah dibagi makan, dah dibelai n diberi mainan..tp still mengiau..masih kurg perhatian ke?dah cek xde sakit pun huhu

Kucing Utara said...

salahsatu sbbnya dia nk mgnwan/khwin

Inya Anak Anchai said...

Salam K.U,

Saya ada kemusykilan ni berkenaan 'suara' kucing. Saya baru saja adopt seekor anak kucing kacukan parsi.Saya anggarkan kira-kira 3-4 bulan usia dia ni.Tapi..kenapa dia tak bunyi"ngiau2." macam selalu kebanyakkan kucing.Dia bunyi pelik macam bunyi anjing keletihan yg .kdg kala berdecit bila kena kacau kucing siam saya.kecing parsi memang bunyi macam tu ker??Bila saya bagi mandi dia bunyi yg saya ckp tadi tu,..macam bunyi kita hembus nafas tu.tak meow2..mohon pencerahan K.U. Adakah kucing saya tu berpenyakit berkaitan pita suara ke ape sebab tak pernah pelihara kucing jenis kacukan parsi ni..

Inya Anak Anchai said...

Salam K.U,

Saya baru saja adopt seekor anak kucing kacukan parsi berusia kira-kira 3-4 bulan,yang saya pelik kenapa kucing saya tu tak berbunyi m'meow2.." macam kebanyakkan kucing?Dia mendesis macam bunyi kita hembus nafas bila minta makan..excited..bila bagi mandi pun bunyi memberontak macam tu.dia tak mengiau macam kucing siam saya tu.pelik pulak saya dengar,Adakah bunyi dia memmang macam tu sebab saya tak pernah pelihara kucing kacukan parsi ni..atau kucing saya tu berpenyakit berkaitan pita suara???please K.U bagi pencerahan

Inya Anak Anchai said...

Salam K.U,

Saya baru saja adopt seekor anak kucing kacukan parsi berusia kira-kira 3-4 bulan,yang saya pelik kenapa kucing saya tu tak berbunyi m'meow2.." macam kebanyakkan kucing?Dia mendesis macam bunyi kita hembus nafas bila minta makan..excited..bila bagi mandi pun bunyi memberontak macam tu.dia tak mengiau macam kucing siam saya tu.pelik pulak saya dengar,Adakah bunyi dia memmang macam tu sebab saya tak pernah pelihara kucing kacukan parsi ni..atau kucing saya tu berpenyakit berkaitan pita suara???please K.U bagi pencerahan

Kucing Utara said...

rasanya tiada masalah sbb kucing "Giau" utk communicate dgn kita ..Hissing iaitu bunyi mcm nafas tu bilamana mereka bertembung dgn haiwan lain samada kucing dll yg belum dikenalinya

Inya Anak Anchai said...

Apa yg memusykilkan saya bukan kerana kucing berbunyi 'meow' tetapi kerana kucing saya tu TIDAK mengiau...dia cuma mendesis mcm bunyi anjing baru habis berlari bila excited cthnya masa kita tengah nak hidang makanan kat dia..sampai sekarang tak ada bunyi2 dia mengiau.pelik pulak saya rasa sebab saya tak ada pengalaman langsung pasal kucing parsi ni

Kucing Utara said...

Tiada masalah sbb kucing ada jenis yg vocalise ataupun tidak.

NAZRISAFWAN zainal said...

Saya ada membawa pulang seekor anak kucing,sejak dari hari pertama sehingga sekarang,dia tak henti2 mengiau jer,lebih lebih lagi waktu malam,nk kata lapar,makanan always tersedia,adakah ini disebabkn ank kucing itu,rindukn induknye?
Klu betul dia rindukan induknya,apa harus saya buat,?sbb induknya di banting,sy di kjg..

NAZRISAFWAN zainal said...

Saya ada membawa pulang seekor anak kucing,sejak dari hari pertama sehingga sekarang,dia tak henti2 mengiau jer,lebih lebih lagi waktu malam,nk kata lapar,makanan always tersedia,adakah ini disebabkn ank kucing itu,rindukn induknye?
Klu betul dia rindukan induknya,apa harus saya buat,?sbb induknya di banting,sy di kjg..

Syira Sulaiman said...

Kucing saya asik mengiau selepas pulang dari boarding house.. Tempat boarding tu memang bnyk anjing tapi dia di dlm private room sendiri... Adaka dia trauma? Semalaman dia tidur tk.nyenyak.. Mcm mimpi ngeri ngiau kuat... Lepas tu dia akan terjaga dan cuba tidur lagi dan akan megiau lagi..ape masaalah nye ye? Dia duduk di boarding house tu selama 5 hari...

amirah ismail said...

Kucing saya selama ni dari kecil sampai dh setahun lebih camtuh xpernah bersuara..lapar pun diam..semualah diam..kenapa baru2 ni dia mula bersuara..?? Takut pula sebab sekarang pun ia mngalami bulu luruh yg sangat byk n dia rajin mnjilat bulunya terlampau banyak. Apakah pnyakit yg dialami ya.

Belang Tarung said...

Mengiau saje takpe siap jilat dan gigit gigit lg haha..apekah petanda semua ini hahah

Naswah Shafie said...

Kucing sy sblom ni ok, cma lpas anta petshop 9ari sbb balik cuti raya, dia asyk bnyi aje siang mlm.. xtaw apa punca.. runsing sy.... bnyi pastu asyk cabut bulu sendiri.. dah knpa..

Aqyla Latif said...

Assalamualaikum, K.U

Saya baru je adopt 2 ekor anak kucing yang dibuang depan rumah saya, both masih dalam lingkungan 10 hari rasenye sbb mata n telinga dh berfungsi. Masalah utama sekarang, mereka ni kerap la menngiau, walaupun lepas minum, dan diletak dalam kotak yang disediakn. Saya takut kittens ni sakit je, mana la tau sakit perut sbb dorg x buang air besar pun, kencing je... susu yang diberi susu tepung.

Kucing Utara said...

wasalam...mengiau tu sbb tiada ibu dan sila rujuk cara menjaga anak kucing dlm blog ni

Xeli@ said...

Saya ada sepasang kucing. Sejak kebelakangan ni kucing jantan saya suka mengiau tak tentu masa.saya ingatkan dia nak mengawan tapi dia tak pulak mengawan dengan kucing betina saya. Agak2nya kenapa ya?

Kucing Utara said...

ya ,,kucing jantan mengiau/meraung tu disebbkan rangsangan mengawan tetapi kucing betina belum bersedia iaitu belum masuk waktu suburnya..kucing betina tidak akan mengawan diluar waktu subur...

Nabilah Musa said...

pertama kali adopt kitten..half persian...letak dalam sangkar mesti "meow"..boleh ka bawak tidur sekali?n dia xnk mkn mknan kucing yg kering tu..nk wet food ja...bingung...

Kucing Utara said...

meowing tu sebab tempat baru dan lama kelamaan akan biasakan dirinya..hal maknan tu wetfood lebih disukai kucing

ExpanDroiders said...

Sy baru adopt anak kucing.. Bila letak dalam sangkar mesti mengiaw tanpa henti.. hahah.. agaknya dia stress la tu ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...