Nufnang Ads

Sunday, November 14, 2010

Kuku Kucing

Apa-apapun kita perlu memahami struktur biologi mengenai kuku-kuku kucing yang kita pelihara.
Tertanya-tanya bagi sesetengah penyayang kucing tentang bagaimana hendak memotong kuku kucingnya sendiri tanpa perlu dihantarkan kepada petshop.
Struktur Kuku Kucing:
Kuku kucing adalah berbeza daripada kuku kita kerana mempunyai "Quick" saluran darah saraf di dalam kukunya.
Gambar diatas menunjukkan kedudukan "QUICK"nya di dalam kuku kucing dan ini terdapat di kesemua kukunya.
"Quick" berfungsi untuk kucing mengawal pergerakan kuku-kukunya iaitu menegangkannya bagi mengeluarkan kuku-kukunya dan mengendurkannya bagi menyembunyikan kuku-kukunya.
Bagi mengesan kedudukan"Quick" ini sangat mudah ,perhatikan warna merah di dalam kukunya seperti gambar diatas sebelum memotong kukunya.

Tip ketika memotong kukunya:
~Gunakan pemotong kuku khas untuk kuku yang berbentuk gunting bukannya pengepit kuku kita kerana gunting kuku ini diciptakan untuk kuku kucing yang berbentuk bulat.
~Pengepit kuku kita pula diciptakan untuk kuku yang leper dan boleh merosakkan kukunya.
~Potong kukunya semasa kucing tenang seperti selepas bangun dari tidur dan bukannya selepas bermain kerana ia akan bertindak aggresif.
~Jika terpotong "Quick" ini selalunya pendarahan akan berhenti sendirinya dalam 3~ 5 minit.
~Untuk mempercepatkan pendarahan berhenti boleh gunakan "styptic pencil" yang digunakan dalam kosmetic produk seperti di saloon kecantikan...

2 comments:

NoRHaNa CorNER said...

saya tak berani nk potong kuku kucing sbb risau diorg xleh defend diiri diorg nnti sbb kbykn kucing2 sy outdoor n mlm2 br kurung dlm rumah diorg

Cat4U said...

>Kuku kucing juga akan mati dn perlu ditrimkan utk tumbuhan kuku baru dan sbb itulah Kucing akn cakar2 pokok ,perabut dll...
>jika kita tolong potngknnya ..ianya akn krng cakar2..
>Xtolong pun xpa sbb kucing tahu bila ianya perlu buat sendiri utk buangkan kuku mati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...