Geng Meow

Saturday, November 27, 2010

Petua rawat kucing kembung perut

Apabila kucing terutamanya anak kucing yng mengalami kembung perut"Colic" ini akan berasa tidak selesa terutamanya di bahagian perutnya seperti kita ketika mengalami "senak perut"ataupun ketika terkena gastrik..
Kucing yang mengalami kembung perut akan menunjukkan tanda-tandanya seperti:
1) Perut mengembung
2) Tiada selera makan
3) Tidak sihat dan nampak letih
4) Sakit di bahagian perutnya
Rawatan di rumah:
Untuk membantunya sebelum mendapat rawatan selanjut disarankan kita:
1) Disebabkan kita tidak pasti apa yang dimakannya (mungkin telah memakan benda basi,kotor,tercemar,baki sampah dan sebagainya), perlulah berhenti memberinya makan selama sehari.
Ini dapat memulihkan perutnya kembali kepada normal.
2) Sediakan air bersih yang ditukarkan selalu kepadanya dan pastikannya minum banyak air kerana air dapat mempercepat-alirkan keluar sisa kumuhan dari perutnya .
3) Selepas sehari beri makan padanya makanan berkualiti tinggi (premium catfood) tanpa bahan awet,perisa dan artificial warna.
***Untuk mendapat makanan sebegitu agak sukar, masak makanan untuknya adalah terbaik iaitu rebusan ayam & nasi untuk memulihkannya***

Sekiranya kucing masih lagi tidak berubah dan tidak bertenaga/bermaya ,rawatan segera dari Vet diperlukan.

9 comments:

NISS said...

kawan saya ade kucing parsi.die ade masalah kurap kat telinge..dah bagi ubat dalam proses sembuh..tapi badan die sangat panas..tapi masih boleh bermain..die sakit ke??

Cat4U said...

Niss..& kwn Niss,
Suhu badan kucing lebih panas dri suhu badan kita dn kita kan merasa kepanasannya skit bila pegangnya...
Normal suhukucing: 38 ~ 39 celcius
Normal suhu bdn kita: 36~37 celcius
Sya..rasa check dulu suhu bdannya utk pastikannya..tapi klau aktif tu rasanya normal la

weengurl said...

sori..nak tanya. Anak kucing saya pun kembung perut sebab dia kuat makan dan sangat aktif. Masalahnya, dia selalu cirit. Selalunya saya bagi dia makan ikan rebut and sometimes bagi dia makanan dalam tin like whiskes. Kadang2 saya bagi dia minum susu khas utk kucing. Kenapa ye?dan bole tak kalau saya bagi ubat cirit for human kat dia??

Cat4U said...

Cirit- selalu ciritke?tiap kali "poo" mesti cirit..kalau ini begini..makanannya tu yg buat di cirit kerana makanan yg dberikan terlalu "watery"(makanan tin(takut dah expired) & ikan rebus tu)..
Susu-susu ini yg mungkin sbb utama beri dia cirit & kembung perut..
Ini cadangan sya
1)STOP beri dia mnum susu.(penybab cirit & kembung)
2)Beri mkn dryfood sja utk permulaan.
observe perubahannya...kalau ok..boleh beri mkn dryfood daily & canned food/ikan rebus seminggu sekali.
Kalau X ok..mungkin masalah cacing..
JGN BERI UBAT CIRIT KITA >>BOLEH JADI RACUN KPDANYA

***dh dewormed ke kitten ni???****

weengurl said...

dewormed?kena amik suntikan ke?oo..tapi kalau macam makanan kering tu, dia taknak makan. Sangat demand kitten ni..

Cat4U said...

Deworming ni ubat cacing utk kucing...elok kalau beri utk anak2 kucing....
kalau dia suka mkanan wetfood tu okla..cuma mahal berbnding dryfood..

Yullchunk.Photo Gallery said...

HAI,
Anak kucing saya pon ada masalah kembung perut ni..da antar g vet tok dewormed n doc da bagi ubat cirit birit..sebelum g vet tu ok je perot die..lepas 2-3 hari perut die buncit..risau la..apa perlu buat? bdw thanks for tips,saya akan cube kaedah tu

Nor Muhamad Kamil said...

Kawan2 sekalian...anak kucing saya pernah kembung perut dan xmakan.kelihatan letih...sya telah ubati dia simple ja...saya bg minum air susu pekat(yg kita dok guna bancuh air tu)...campur susu tu ngn air..pastu bg dia minum...kalo dia xmau minum anda paksa dia.sya guna straw..straw.bg byk xpa..sya bg byk..jgn la byk sgt..hehe...nnt dia akan berak.pastu kembali sihat..insyaAllah..selamat mencuba..kalo xbaik bawak gi vet

haziq hakimi hussain said...

Mngapa kucing saya perut dia mnjadi besar dan bila dia lari je dia cpt letih?? Knpe ehh??adakah ini sbb kmbung perut jgk??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...