Tuesday, November 2, 2010

Risiko Penyakit dari kucing liar

Kucing liar,kucing jalanan,kucing terbiar adalah berisiko tinggi terhadap penyakit.
Ini kerana beberapa faktor di dalam hidupan sehariannya iaitu:
1) Terdedah kepada pergaduhan semasa mereka dan boleh tercedera
2) Terdedah kepada jangkitan dari kucing yang berpenyakit serta jangkitan dari pemakanan tikus
3) Kemalangan
4) Lemah imunisasi melawan penyakit : faktor pemakanan
Risiko terhadap manusia
1) Kurap kucing"Ringworm" adalah penyakit yang biasa dihidapi oleh kebanyakan kucing liar.Kurap kucing ini mudah merebak kepada manusia.
2) Gigitan kucing liar mungkin juga boleh memudaratkan kita sekiranya kucing ini mempunyai penyakit "rabies"seperti penyakit anjing gila ,namun peratusnya agak kecil iaitu kurang dari 0.5%.
3) Dicakar kucing liar juga boleh menyebabkan kita mendapat "Cat scratch Fever" iaitu demam.
4) Berpenyakit "salmonella"kerana memakan daging mentah,telur mentah yang menyebabkan kucing liar mudah cirit-birit.Jika kita mengalami simptom cirit-birit selepas memegangnya,perlu dapatkan rawatan segera.
5) Membawa virus "toxoplasmosis" kerana memakan tikus dan boleh memudaratkan kita terutamanya wanita mengandung melalui najisnya.
6) Kucing liar berisiko mengidap radang membrane mata iaitu mata berair dikenali "Chlamydiosis" dan boleh menjangkiti kita.
 

Risiko terhadap kucing kita
1) Kutu,sengkenit,hama telinga adalah parasit yang biasanya terdapat pada kucing liar dan boleh merebak kepada kucing yang dibela di rumah.
2) Jangkitan cacing seperti  roundworm,hookworm serta juga tapeworm yang boleh merebak melalui najisnya.
3)  Kurap kucing"Ringworm" juga boleh menjangkiti kucing kita.

****Walaupun kucing liar membawa pelbagai penyakit namun secara faktanya amat jarang sekali menjangkiti kita kerana imunisasi badan kita dapat menghalangnya.Langkah terbaik adalah tidak menyentuh kucing liar dan segera membasuh tangan selepas memegangnya terutama kanak-kanak****

.

2 comments:

Unknown said...

Kucing liar kerap dtg mintak makan, so kesian bagi la makan.masalahnya dia berak pulak kat rumah jiran saya.jiran nampak mcm bengang dah dgn saya.mcm mana saya nak buat.nak halau tak sampai hati.

Kucing Utara said...

tmpat yg dia berak tu,,selepas buang tahinya siramkn cuka ataupun gunakn spray NODOR penghapus bau (ada dlm fb kucingutara)..dgn ni kucing xingat lgi tmpat tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...