Geng Meow

Thursday, December 2, 2010

Makanan bertoksik kepada Kucing

Ini adalah senarai jenis-jenis makanan yang mungkin beracun dan toksik kepada kucing jika dimakannya.

1) Buah-buahan
~Buah apricot, buah cherry,biji buah peach dan biji buah epal - kesemuanya mengandungi "cyanogenic glycosides" yang boleh menyebabkan kucing sesak nafas kerana darahnya akan tepu dengan oksigen.
~Buah anggur & Raisin(anggur kering)-boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang kucing dan tandanya adalah muntah,cirit,lesu ,sakit perut & tiada selera makan.
2) Sayuran
~Buah tomato(termasuk daunnya)-boleh mengganggu sistem penghadaman,sistem saraf dan sistem pengkumuhan kencingnya.
~Kentang(termasuk daunnya)-mengandungi "solanine glycoside" dan menyebabkan kucing muntah,cirit berdarah,kemurungan,mengeletar,ganguan sistem saraf dan lumpuh.

3) Kacang
~Macadamia nut(iaitu sejenis kacang dari Australia) boleh menyebabkannya muntah,lesu,kesejukan dan sakit sendi tulang(sukar berjalan)
~Walnut-menyebabkan gastrik kepada kucing dan selalunya akan muntah dan cirit serta gangguan pernafasannya seperti selalu bersin, batuk dan sukar bernafas.
4) Cendawan-Cendawan memang terkenal dengan keracunannya.Tindakbalas kucing terhadapnya mungkin berbeza dan antaranya cirit,sakit perut & muntah,kerosakan hati & buah pinggang,lelehan airmata,kencing kerap,kurus,kemurungan dan selalunya membawa maut.

5) Gula-gula-yang mengandungi pemanis "Xylitol" adalah merbahaya kepada kucing kerana merosakan hatinya dan membawa maut.
6) Yis- merbahaya kerana gas yang terhasil akan mengembang serta mengembungkan perutnya dan boleh memecahkan perut serta ususnya.
7) Minuman alkohol-semua minuman alkohol berbahaya kepada kucing kerana boleh menyebabkannya koma.
8) Vitamin untuk manusia yang mengandungi zat besi-boleh merosakan sistem penghadamannya serta merosakan hati & buah pinggang.

9) Garam-kuantiti yang banyak boleh menyebabkan tidak seimbang elektrolisis dalam badannya.
10) Hati- memakan hati dalam jumlah sedikit tidak memudaratkan kucing ,jika diambil banyak & kerap boleh mengundang keracunan Vitamin A(terlalu banyak Vitamin A di dalam badan), kesannya pudar warna bulu,tiada selera makan,kemurungan dan sukar berjalan"forelimb lameness"

4 comments:

Cikgu Yus said...

nasib baik kucing2 saya x suka semua2 di atas nie. kucing mak mentua, suka mkn kulit pumpkin..mcm lak tu? :)

Cat4U said...

Kucing boleh mkn pumpkin & baik utknya sebagai sumber vege fibre..sama seperti kucing kekadang mkn rumput tu...

Cikgu Yus said...

oo..ya ka..hurm,,nmknya, kucing lg knowledgable dr tuannya nie..hehehe..

habsahharun said...

kucing sy suka makan durian & aiskrim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...