Geng Meow

Friday, July 30, 2010

Kucing Turkish Van

Kucing baka turkish van berasal dari wilayah Van, Turki yang terletak berhampiran tasik.Bersifat unik iaitu ianya pandai & gemar berenang kerana tempat tinggal asalnya berdekatan tasik dan dikenali sebagai Swimming Cats oleh orang tempatan.Di Eropah ianya juga dikenali sebagai White Ringtail ataupun Russian Longhair.
Kucing ini mula diperkenalkan di  UK pada tahun 1950 dan 1982 di US.



                                 JoJo Turkish van berumur 2 tahun
Fakta Fizikal:
Saiznya di kategorikan berbadan besar dan berbentuk badan yang panjang.
Berbulu jenis semi-long hair.Bulunya panjang di bahagian bawah perutnya tetapi berbulu pendek di muka.
Berwarna campuran hitam/putih atau oren putih dan bercorak "2 spotting genes".
Seluruh badannya berwarna putih tetapi berwarna hitam atau oren pada ekornya serta di atas kepalanya.
Telinganya bersaiz besar serta oleh berpusing 180 degree.
Jangka umurnya sehingga 9 tahun +++

Sikapnya:
Suka memanjat dan memang pakar dalam bidang ini, selalunya mudah berada di tempat yang tinggi seperti di atas almari,langsir , tingkap dan sebagainya.
Amat gemar bermain bola dan boleh membuat lompatan pusing(somersault) ketika bermain.
Tidak suka diangkat tetapi suka keadaan bebas.
Suka menyondol kepalanya kepada sesiapa yang dikenali tetapi hati-hati kerana suka mengigit.

Pemakanan:
Perlu makanan yang berkualiti tinggi kerana ianya sangat aktif.



Thursday, July 22, 2010

Pilihan DRYFOOD atau WETFOOD

Di dalam pasaran terdapat pelbagai jenis makanan kucing yang tersedia di dalam bentuk kering (dryfood), makanan dalam tin(canned food) dan juga makanan separa basah.

DRYFOOD ataupun DRY KIBBLE
1) Makanan kering "dryfood" adalah yang terbaik dari segi harganya jika dilihat pada kuantitinya berbanding makanan dalam tin serta tahan lama malahan mudah untuk disediakan.
2) Makanan dryfood amat sesuai untuk anak kucing yang baru mengenali makanan pejal kerana kekerapannya mencari makanan dalam jangkamasa tertentu.
3) Hidangan ini juga dapat menguatkan daya kunyahan serta menguatkan pada gigi serta otot rahangnya dan dianggap kesan sampingan untuk latihan pada rahangnya.
4) Kunyahan yang kerap/berulang bagi makanan yang keras bagi setetengah dryfood ini juga dapat mengurangkan pembentukan tartar giginya.
5) Makanan ini hanya mempunyai 30-40% kandungan air dan dengan ini ia memerlukan jumlah air yang banyak diperlukan oleh kucing semasa memakannya.
                                          JOJO-TurkishVan menjilat vitaminnya

Makanan dalam tin (Canned food)
1) Makanan dalam tin mengandungi 80 % air  di dalamnya dan kucing tidak perlukan sangat air ketika memakannya.
2) Makanan ini mudah rosak/basi jika tidak dimakan olehnya serta merta dan agaksukar untuk mengawal keadaan ini.
3) kucing mudah kenyang dengan kuantiti yang disediakan kepadanya dan sebarang saki-baki makanannya (left-over) harus dibuang kerana akan dijangkiti kulat serta bekas makanannya perlu dicuci selepas makan.
4) Baki makanan dalam tin yang tinggal haruslah disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya dan juga mengelakannya rosak.
Tips penting: Setetengah makanan manusia tidak sesuai untuk diberikan kepada kucing dan boleh meracuninya(toxic) .Jangan berikan kucing anda memakan coklat,bawang putih, kuning telur, ubi kentang mentah,anggur,buah kismis serta makanan anjing.
                                    
Pemberian vitamin ataupun supplement kepada kucing tidak diperlukan sekiranya kucing anda sudah mendapat makanan yang berkualiti tinggi ,namun boleh diberikan kepadanya pada kadar yang kurang sebagai makanan sampingan selagi ianya masih suka pada makanan utamanya.

Monday, July 19, 2010

Penyediaan Air untuk kucing

 Sumber Air
1) Air adalah sumber yang penting untuk hidupan, begitu juga untuk kucing.Tetapi air yang berklorin seperti air paip tidak sesuai untuk kucing.Ini kerana ianya boleh merosakkan deria sensitif hidungnya.
2) Air paip perlu di simpan didalam bekas selama 24 jam sebelum diberikan padanya.
3) Bekas airnya perlu juga ditukarkan serta dibersihkan sekerap yang mungkin dan secara minima adalah sekali sehari dan lebih kerap lagi untuk kucing yang menyusui anaknya.


                               Kucing British Shorthair berumur 8 bulan.

 4) Bekas Air yang disediakan mudah tertarik kepada bakteria kerana kelembapannya terutamanya bekas air yang diperbuat daripada plastik ,bakteria akan menumpang hidup di mulut bekas air dan akan tersebar kepada kucing ketika ianya meminum air.
**Bekas air yang terbaik untuk menghalang bakteria menumpang di bekas air adalah jenis yang di perbuat daripada ceramik/tanahliat kerana kelicinan permukaannya***
5) Ketika kucing meminum air berkemungkinan bekas/sisa makananya aan terjatuh kedalam bekas airnya dan menjadi kotor samada keperangan (mngikut jenis makanan yang dimakannya).Ini juga faktor kehadiran bakteria.


6) Mencucikan bekas air adalah satu kerja rutin yang perlu dilakukan oelh kita untuk menghindarkannya dari dijangkiti bakteria terutamanya di bawah dagunya akan mudah basah.
7) Air Mineral adalah sumber air terbaik dalam penyediaan air minum baginya.
8) Untuk kucing yang bebas di dalam rumah adalah disarankan penyediaan beberapa bekas air minum di tempat yang berbeza.Ini untuk mengelakkannya meminum air dari tnadas yang terbuka kerana kucing sudah tahu ,,bilik air adalah sumber mudah untuk mendapatkan air.

***Letakkan beberapa kiub ais untuk menarik perhatiannya dan kaedah ini juga sanagt baik ketika di hari panas***


Sunday, July 18, 2010

Kalori diet diperlukan kucing

1) Asas kepada kucing yang sihat adalah makanan yang berkhasiat dan disebabkan kucing adalah haiwan karnivor ,makanan yang hanya berasaskan kepada daging semata-mata bukannya diet yang sesuai untuknya.
2) Ini kerana di alam luar ianya memakan tikus(herbivor) secara keseluruhannya termasuk daging,tulang,organ dalaman dan sebagainya dan secara tidak langsung ianya mendapat sumber berasaskan tumbuhan dari perut tikus yang belum hadam.


3)Makanan kucing dalam pasaran adalah makanan seimbang yang sudah tersedia berdasarkan keperluan diet kucing dan ianya lebih murah berbanding persediaan sendiri.Ini amat penting untuk keseimbangan tahap kesihatan dan tumbesarannya.
4) Secara purata seekor kucing dewasa memerlukan 50 kalori per 450 gram dari berat badannya sehari.Tetapi kucing yang aktif memerlukan pada kadar yang lebih dan begitu juga sebaliknya bagi kucing yang tinggal di dalam rumah agak kurang kalori yang diperlukan.
5) Kucing dewasa selalunya akan mencari makanannya sendiri sekiranya lapar di tempat makanannya tanpa perlu memaksanya makan diluar waktu makannya.
6) Protein adalah sumber makanan yang penting baginya ,ianya hanya memerlukan 30-40% protein sehari dalam pemakanannya tetapi hanya 25% bagi kucing yang dimandulkan.


7) Makanan kucing yang mahal tidak semestinya yang terbaik untuk kucing ,tetapi terdapat juga makanan yang sederhana harganya yang boleh diberikan kepadanya.Pentingnya adalah makanan itu mempunyai nutritional profile yang sesuai untuk kucing.

Fakta Menarik: Makanan anjing tidak sesuai untuk kucing kerana ianya kurang Taurine dan boleh menyebabkan kucing buta.Taurine adalah sumber penting untuk mata kucing dan juga untuk jantungnya.

8) Makanan ekonomi agak kurang sesuai kerana ianya dihasilkan dari sumber yang murah serta kurang berkhasiat malah kurang kandungan proteinnya.Jumlah pemberian makanan ini akan menjadi lebih kerap berbanding makanan yang kualiti tinggi.

Tip Membeli Makanan Kucing: Periksa label sumber protein yang tertera dan ianya semesti  tertulis "chicken" atau "Beef" atau "Fish" dan bukannya "Meat by Products" yang bermaksud ianya disediakan dari keseluruhan sumber protein termasuk daging,tulang,kulit,bulu dan segalanya.Kadar protein yang dihasilkan adalah kurang berdasarkan berat makanan tersebut.

Saturday, July 17, 2010

Kucing British Short hair

AsalUsul
kucing ini dibawa masuk ke utara eropah oleh askar Roman untuk mengawal tikus 2000 tahun dahulu.Ianya menjadi kucing jalanan di merata utara eropah dan ketika itu dikenali sebagai "European Shorthair".Selepas sekurun lamanya, ianya hidup memenuhi sekitar England, akhirnya Harrison Wier berminat memulakan pembakaan "breeding" untuk kucing ini kerana keunikkan kucing ini dari segi fizikalnya bersama Mr.Jung(orang pertama menjdi hakim untuk pertandingan kucing).Kemudiannya dinamakan sebagai British Short hair.
                                           British short hair saya berumur 1 tahun
Bentuk kepala
Kepalanya adalah besar dan bulat bersertakan mempunyai leher yang besar tetapi pendek.Dahi berbulat dan mendatar pada bahagian atas kepalanya.Hidungnya bersais sederhana dan berkedudukan kedalam sedikit manakala dagunya kecil dan selari dengan hidungnya.
Mata & Telinga
Saiz telinga agak besar dan bulat di bahagian atas telinganya.Matanya besar,terbuka luas dan warna matanya bergantung kepada warna bulunya.Mata oren untuk yang berbulu putih,tabby dan juga untuk yang berwarna dua.Warna biru juga bagi yang berbulu putih serta yang mempunyai tompokan warna bulu.Warna hijau didapati pada yang berbulu hitam/biru,silver.
Bulu
Pendek tetapi lebat & mampat dan mudah dibelai.Warna biru adalah yang paling banyak.Warna biru ini adalah warna campuran kelabu/biru atau dikenali sebagai Maltese.
Fakta keseluruhan:
Saiz badan : Sederhana -besar
Jagaan bulu:sederhana
Jangka hayat: 14-20 tahun
Pemakanan: Diet Tinggi

Pengambilan kucing British short hair:
Kucing ini selalu agak sukar untuk menyesuai kan diri dengan tuan barunya kerana bersifat mudah marah(garang),tidak suka bergantung pada orang lain,pemalu serta mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan dirinya.
Ianya suka duduk  diatas riba tuannya, suka mengekori selepas mengenali tuan barunya tetapi tidak hanya terikat pada satu tuannya sahaja tetapi keseluruhan ahli keluarga tuannya. 
Terbaik adalah mengambil anak kucing jenis ini berumur 3 bulan daripada yang berumur dewasa.

 

Anak Kucing Persian 12 hari-Penglihatan

1) Pada umurnya menjangkau 10 hari matanya sudah terbuka dan ada juga baka kucing yang sudah membuka matanya pada umur 2 hari.
2) Photo di bawah adalah anak kucing baka persian semi flat face yang berumur 12 hari.

3) Selalunya kita menganggap kucing boleh melihat di dalam gelap, sebenarnya tidak sesekali ianya boleh berbuat demikian tetapi boleh melihat walaupun punca cahaya yang sedikit (dim-samar).
4) Bentuk mata yang bulat dan besar serta mempunyai lebih banyak sell penerima(Receptor Cell)dan juga jumlah yang tinggi untuk neuron di otaknya, membolehkannya menerima cahaya yang lebih.

5) Kucing hanya melihat dengan pembentukan dan jenis warna yang kurang berbandingkan manusia supaya ianya dapat melihat pada tahap cahaya yang lemah.
6)Dengan ini ianya peka melihat bentuk dalam warna kelabu(secara keseluruhan ianya melihat dalam keadaan hitam putih untuk semua imej) kerana kebanyakan mangsanya berwarna sedemikian seperti tikus, burung.
7) Kucing sangat jarang berkelip matanya kerana matanya dilindungi satu selaput yang bertindak sebagai cecair pelincir matanya.selaput ini dikenali "Nictitating Membrane".
8) Keadaan ini menyebabkan kucing seperti flatface nose membentuk terlalu banyak tahi mata dan jagaannya perlu diberi perhatian.

Thursday, July 8, 2010

Kelahiran dan tumbesaran anak kucing

1) Anak kucing yang baru dilahirkan berupaya merangkak sendirinya dalam keadaan kurang stabil dengan matanya dan telinganya tertutup.Ianya menggunakan deria hidungnya untuk mencari puting ibunya dalam masa 1 -2 jam selepas dilahirkan.
2) Untuk beberapa hari yang pertama selepas dilahirkan ibunya akan berada bersama-sama anaknya dan menjilat-jilat keseluruhan bulu anaknya terutamanya membersihkan bahagian punggung anaknya dari najis.

Fakta Menarik:Anak anak kucing akan tidur berrtindan,bersilang antara satu sama lain untuk mengekalkan tahap suhu badan yang bersesuaian dan jangan sekali menganggu  atau mengubah kedudukannya.
                                         Anak-anak kucing parsi berumur 3 hari

3) Selepas seminggu,anak kucing sudah membuka matanya (tetapi bagi kucing baka Siamese,matanya terbuka selepas beberapa hari dilahirkan) dan beratnya akan menjadi 2 kali ganda.
4) Masa ini juga akan terjatuh/tertanggal tali pusatnya tetapi masih kurang stabil ketika merangkak.


5) Semasa berumur 2 minggu matanya akan terbuka sepenuhnya dan telinganya sudah mula terbuka serta menegak ke atas menandakan daya pendengaran sudah berfungsi.
6) Semasa berumur 3 minggu giginya akan mula tumbuh tetapi masih lagi kurang stabil ketika merangkak dan masa ini juga adalah sesuai untuk putus susu sekiranya badannya bersaiz terlalu besar serta anda ingin menjagai sendiri.
 7) Semasa berumur 6 minggu, ianya sudah mulai berlari,memanjat, bermain serta jejalahi kawasan sekitarnya serta mulai menerima kehadiran manusia ataupun binatang yang lain dan juga sudah pandai membersihkan diriya serta memakan makan pejal.

Monday, July 5, 2010

Bagaimana kucing bersalin

Kucing mempunyai kebolehan semulajadi untuk beranak bersendirian tanpa bantuan dari kaumnya mahupun manusia.Campurtangan manusia boleh mengundang bahaya kerana ibu kucing akan merasa tertekan.

1) Seminggu sebelum bersalin,kucing mulai menunjuk tanda-tanda suka pada tempat bersembunyi yang sunyi serta terlindung dan mula mencari-cari tempat yang sesuai untuk bersalin selalunya dibawah katil.
2) 2- 3 hari sebelum bersalin kelihatan bahagian perutnya "terjatuh" berbentuk seperti buah pear ini adalah besar kemungkinan susu sudah mulai meresap masuk ke teteknya.
3) Dalam masa 24 jam sebelum bersalin ianya mula mundar mandir tanpa tentuan arah tanpa henti, seperti kata bidalan "macam kucing nak beranak" dan juga hilang selera makan.
4)Proses teran (strain)pun dilakukannya dan dalam masa 1 jam akan muncul kepala anaknya dan keluar sepenuhnya.Serta merta ibunya akan menjilat anaknya untuk menyucikan segala cecair yang menutupi hidungnya untuk penafasan dan juga memecahkan selaput karung sekiranya belum pecah .Proses in sangat penting untuk mengelakkannya dari mati lemas.
                                 Mimi menyusui anaknya selepas bersalin(5 jam) :05 july 2010
Tip :sekiranya ibu kucing tidak pedulikan anaknya setelah bersalin, kita perlu membantu untuk menyucikannya dibahagian penafasannya.

5) Kemudian ianya akan mengulangi proses teran dan menyuci anaknya untuk yang berikutnya sehingga selesai kesemuanya.
Jauhi dari berdekatan dengannya ketika bersalin dan  buat pemerhatian dari jarak jauh.


6) Proses bersalin kucing mengambil masa yang agak lama,selalunya dalam ulangan 40-60minit untuk setiap anaknya,kekadang terjadi juga anaknya hanya keluar separuh badannya sahaja pada satu ketika yang lama dan kita tidak boleh memaksanya keluar.
7) Selalunya anak kucing akan mula mengiau dan bergerak selepas bersalin kerana penafasannya sudah sempurna, sekiranya terdapat yang masih belum bergerak ,ini petunjuk pembersihan tak dilakukan oleh ibunya.
Tip:sekiranya selepas proses teran melebihi 1 jam tanpa ada anak yang keluar, ibu kucing ini mungkin mengalami komplikasi beranak dan perlu dapatkan rawatan veterinar dengan segera!!! Selalunya  berdasarkan kepada sejarah bersalinnya sendiri.
*Selalunya kucing akan bersalin pada jangkamasa setiap jam, ada juga yang selang sehari tapi sangat jarang  untuk kes ini.

                                          Tahniah!! Mimi selepas berjaya bersalin

8) Anak-anak kucing akan mula menghisap susu ibunya di samping ibunya membersihkan dirinya dan ibunya perlu meminum air sekerap yang mungkin.

Fakta menarik: Ibu kucing boleh mengandung 3 kali setahun tetapi ini akan juga memudaratkannya dan yang terbaik adalah setahun sekali.

Sunday, July 4, 2010

Anak kucing tumbesaran

Secara purata jangka hayat seekor kucing rumah(indoor) adalah dalam linkungan 15-19 tahun dan ada juga yang menjangkau umur 20 - 30 tahun tetapi untuk kucing liar hanya dalam lingkungan 2 -5 tahun sahaja.

1) Anak kucing yang baru dilahirkan adalah di dalam keadaan buta (matanya masih belum buka), pekak(telinga belum berfungsi) serta dalam keadaan yang terlalu bergantung sepenuhnya pada ibunya.
2) Ianya tidur tanpa henti hampir setiap hari dan berkeadaan pasif, ini adalah kerana sifatnya untuk kehidupan semulajadi yang mana dapat mengelakkan dari di serang oleh pemusuhnya.
3) Masa jaganya  hanyalah untuk penyusuan dari ibunya dan berada di sebelah ibunya untuk pemanasan diri.Ianya bergantung terus kepada ibunya untuk beberapa minggu pertama.
Anak kucing Persian berumur 2 bulan
4) Selalunya anak kucing akan membuka matanya semasa berumur 10 hari.
5) Semasa berumur 3-4 minggu sudah mula boleh memakan makanan pejal dan mulai mencerai susu dari ibuya (weaning),selalunya cerai susu sepenuhnya ketika berumur 6 ke 8 minggu.
6) Semasa berumur antara 2 minggu ke 7 minggu tumbesarannya adalah sangat cepat  dan pada tahap akhir minggu umur,ianya mula membentuk kestabilan imbangan diri,kekuatannya, bermain dengan anak kucing yang lain serta juga beranikan diri untuk menjelajah kawasan sekitar.
7) Anak kucing yang sudah cerai susu adalah lebih matang dan berdikari dari yang sebaya dengannya yang masih disusui.
8) Mula belajar membersihkan dirinya sendirinya ,main buru,serang hendap dengan anak kucing yang lain dibantu dan tunjuk ajar dari ibunya.

Fakta Menarik: Sepasang kucing boleh melahirkan anak sebanyak 420,000 ekor dalam tempoh masa 7 tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...