Geng Meow

Tuesday, November 30, 2010

Suhu normal kucing

Kekadang tertanya-tanya juga penyayang kucing kerana rasakan panas pada badan kucing bila disentuh.Terfikirkan pula yang kucingnya ini "demam" ...Hmm apapun kita perlu pastikannya betul-betul demam baru la berubat ,jika bawa jumpa vet ...membazirkan wang saja.
Suhu Normal Badan Kucing:
Kucing dewasa antara suhu : 38 ~ 39 celcius
Anak kucing bawah 10 hari : 36 ~ 38 celcius(suhu badannya lebih rendah kerana anak kucing tidak berupaya mengimbangi suhu lagi)
***Suhu normal badan kita adalah antara 36.5 ~ 37 celcius & sudah tentu kita akan rasa panas sedikit bila menyentuh badan kucing***


Suhu yang dianggap tinggi:
Jika suhu badannya mencecah 40 celcius besar kemungkinan ianya mengalami demam"fever" kerana badannya melawan virus yang menyerangnya.Ketika ini perlulah datang rawatan dari Vet.
Bagaimana mengambil suhu badan kucing:
1) Gunakan thermometer yang digital supaya mudah membaca bacaannya serta berbentuk seperti pen dan boleh didapati di kedai farmasi.
2) Sapukan sedikit Vaseline lotion di hujung tip thermometer sebagai pelincir ketika mengambil suhunya.
3) Untuk mengambil suhu badan kucing adalah yang terbaik di bahagian punggungnya kerana dapat memberi bacaan yang tepat bukannya di bawah ketiaknya...


4) Masukkan thermometer ke dalam punggungnya selama lebih kurang 1 ~ 2minit ,thermometer digital akan bunyikan "Bippp" sebagai alat penggera bila cukup masanya (Perlu dibuat dengan pembantu kerana agak sukar mengawalnya).
***Telinga juga salah satu tempat mengambil suhunya tetapi thermometer khas untuk telinga terlalu mahal***
Tips:Jangan sesekali memberi kucing Aspirin yang kita ambil ketika demam kepada kucing kerana toksik kepadanya.Ini disebabkan kucing tidak mempunyai enzim "Elucuronyl Transferas"untuk menguraikan serta nyah-toksikkan asipirin.

Sunday, November 28, 2010

Anak kucing mati selepas dilahirkan

Anak kucing yang baru dilahirkan berisiko tinggi menghadapi kematian kerana mereka ini dilahirkan dalam keadaan tidak berupaya langsung,lemah,buta,pekak dan dianggapkan masih lagi seperti dalam "kandungan" ibunya walaupun sudah pun keluar di dunia nyata.Peranan ibunya amat penting untuk menjaga "kandungan luar" ini.
Dianggarkan hampir 40% anak kucing akan menghadapi maut sebelum berumur 12 minggu dan  dikategorikan sebagai FKS(Fading Kitten Syndrome).
Puncanya mati selepas dilahirkan:
1)Virus & Parasit
~ Jangkitan virus semasa dalam kandungan ibunya:sudah dijangkiti virus seperti "feline Leukemia virus & FIP"Feline Infectious Peritonitis".Jangkitan FIP adalah pembunuh utama anak kucing dan dianggarkan 90% anak kucing yang dijangkitinya akan mati.
~Parasit -Cacing:Jangkitan cacing seperti roundworm,tapeworm dan hookworm dari ibunya semasa dalam kandungan juga boleh menyebabkannya kematian selepas dilahirkan kerana antibodi & immune sistemnya terlalu lemah.
2) Keadaan kesihatan ibunya
~Ibunya sakit ketika mengandung ataupun ketika menyusui boleh merebakkan penyakit yang dihidapinya kepada anak kucing samada semasa di dalam rahimnya ataupun melalui susunya.
3) Keadaan anak kucing
~ Hypothermia:Anak kucing yang baru dilahirkan tidak berupaya langsung mengawal suhu badannya sendiri tetapi bergantung terus dari ibunya untuk mencapai suhu badan yang optimum.Ianya akan mati sekiranya ibu kucing tidak memanas-badan anak-anaknya.
***Ini dapat dilihat,anak kucing akan sentiasa berada di sekeliling badan ibunya,kekadang tertindih di bawah ibunya.Jangan ubahkannya***.
~Dehydrate: Kekeringan air iaitu anak-anak kucing yang kurang minum susu boleh membawa maut dan terutama sekali jika ia kurang minum serta cirit kerana air dalam badannya tidak mencukupi.
4) Sikap Ibunya sendiri
~Instinct Naluri Ibu: Ibu kucing mempunyai naluri yang tinggi terhadap keadaan anak-anaknya dan tidak akan melayan serta terus membiarkan anaknya yang sakit kerana sudah meramalkannya tidak akan selamat lagi.
***Campur tangan manusia diawal kelahiran anaknya juga boleh menyebabkan ibu kucing akan membiarkan serta tidak akan layan anak-anaknya ini kerana rasa kita sudah mengambil-angkatkan anaknya***
~Ibu dara: Kekadang terjadi juga diantara ibu kucing ygan pertama kali melahirkan anak dan tidak berpengalaman untuk menjaga mereka tetapi asyik tertarik kepada kucing jantan.."Heat"nya bermula kembali.
~Kegemukan: Kucing gemuk berisiko tinggi menghidapi diabetes dan boleh menyebabkannya kesukaran beranak.

Saturday, November 27, 2010

Petua rawat kucing kembung perut

Apabila kucing terutamanya anak kucing yng mengalami kembung perut"Colic" ini akan berasa tidak selesa terutamanya di bahagian perutnya seperti kita ketika mengalami "senak perut"ataupun ketika terkena gastrik..
Kucing yang mengalami kembung perut akan menunjukkan tanda-tandanya seperti:
1) Perut mengembung
2) Tiada selera makan
3) Tidak sihat dan nampak letih
4) Sakit di bahagian perutnya
Rawatan di rumah:
Untuk membantunya sebelum mendapat rawatan selanjut disarankan kita:
1) Disebabkan kita tidak pasti apa yang dimakannya (mungkin telah memakan benda basi,kotor,tercemar,baki sampah dan sebagainya), perlulah berhenti memberinya makan selama sehari.
Ini dapat memulihkan perutnya kembali kepada normal.
2) Sediakan air bersih yang ditukarkan selalu kepadanya dan pastikannya minum banyak air kerana air dapat mempercepat-alirkan keluar sisa kumuhan dari perutnya .
3) Selepas sehari beri makan padanya makanan berkualiti tinggi (premium catfood) tanpa bahan awet,perisa dan artificial warna.
***Untuk mendapat makanan sebegitu agak sukar, masak makanan untuknya adalah terbaik iaitu rebusan ayam & nasi untuk memulihkannya***

Sekiranya kucing masih lagi tidak berubah dan tidak bertenaga/bermaya ,rawatan segera dari Vet diperlukan.

Thursday, November 25, 2010

Kucing perut kembung

Perut kembung adalah perkara yang boleh dihidapi oleh kucing,anjing, kuda ,kambing dan sebagainya.
Perut kembung ataupun dikenali sebagai "colic" adalah disebabkan pengembangan perut disebabkan gas yang terhasil berlebihan serta terperangkap di dalamnya dan ini menyebabkannya sakit di perutnya.
Semua peringkat umur kucing boleh mengalami perut kembung tetapi lebih berisiko kepada anak-anak kucing yang lebih mudah terkena perut kembung ini akibat pemakanan.
Apakah puncanya kucing mengalami perut kembung?
1) Makanan yang dimakannya-
  ~Terlalu banyak bahan awet makanan,perwarna serta tambahan perisa makanan di dalam makanannya.Ini lebih cenderung kepada makanan kucing yang murah.
~Sisa makanan basi terutamanya dari tong sampah
~Makan berlebihan -"Overfeeding" jangan terlalu ghairah beri anak kucing makan kerana kucing pun makan ikut jadual macam kita juga.
2) Jangkitan & penyakit
Disebabkan jangkitan bakteria,parasit serta juga mengalami penyakit hati,buah pinggang ,ulcer dan sebagainya.
3) Susu ibu
~Sesetengah anak kucing tidak dapat menerima susu ibunya sendiri kerana susu terlalu kuat dari segi kandungannya dan tidak dapat menghadamkannya.
~Susu yang dibancuh juga kekadang tidak sesuai untuknya kerana mungkin terlalu kuat ataupun tersalah bancuh dari segi campurannya.
Tanda-tandanya:
~Perutnya mengembung secara fizikal
~Kucing akan merasa sakit di bahagian perutnya
~Kurang & tiada selera makan
~Kucing akan menguling-gulingkan badannya
~Kelesuan & tidak bermaya...lembik
~Yang paling teruk ia akan pengsan

***Puncanya perut kembung disebabkan makanannya adalah tertinggi, jadi perlu berhati-hati dalam aturcara memberinya makan termasuk makanan,masa makan***

Wednesday, November 24, 2010

Tanda-Tanda Kucing Bersalin ikut minggu terakhir

Tertanya-tanya antara penyayang kucing, bila masanya kucing akan bersalin...Ini antara petunjuk-petunjuk kucing akan bersalin:
4 minggu sebelum bersalin:
Kucing akan makan lebih banyak dari biasa, selalunya 2 kali ganda jumlah yang dimakannya sebelum ini.Makanan premium penting ketika ini kerana kucing akan berpuasa sebelum bersalin.
3 Minggu sebelum bersalin:
Perangainya berubah dan lebih banyak berhati-hati ketika bergerak/berjalan serta tidak mengeliat "stretch" badannya.Jika kucing yang bebas keluar pula ia akan banyak duduk di rumah dan tidak akan keluar lagi.
2 Minggu sebelum bersalin:
Mulai tumjuk sikap yang pelik seperti mengulingkan badannya dan mencari-cari tempat yang sesuai untuknya bersalin seperti tempat yang tersembunyi,selamat serta sunyi.Ketika ini perlu dikurung dalam rumah kerana ia akan membuat "bilik labor"nya diluar jika masih biarkannya bebas.
Minggu terakhir:
~ Kurang makan dan kemudiannya tidak makan langsung
~Bergerak mundar-mandir serta nampak cemas "nervous".
~Mulai dan kerap menjilat/membersihkan "anus"nya sebagai persediaan untuk bersalin
~Masih berkeadaan resah,cemas selalunya akan keluar masuk ke tempat bersalinnya seperti kata bidalan "seperti kucing nak beranak"

Tuesday, November 23, 2010

Masalah Diabetes Kucing

Sesiapa saja yang menyukai ataupun memiliki kucing sudah tentu mahukan kucingnya gemuk kerana menampakkan lebih comel & gebu.Tetapi keadaan ini boleh memudaratkan kucing itu sendiri seperti kita juga yang mengalami obesity kerana gemuk tidak menjaminnya sihat....
Antara sebab Diabetes yang mungkin dihidapi kucing:
Persekitaran:
Diabetes ini kebanyakannya lebih cenderung dihidapi kucing "indoor"kerana kurangnya activiti yang boleh membakar kalorinya & mengalakkan kegemukan kepadanya.
Penyakit kronik yang dihidapinya seperti masalah gigi(dental) juga boleh mengundang diabetes terhadapnya.
Pengambilan ubatan dalam dose yang tinggi dari steroid seperti corticosteroid
Masalah Insulin:
Insulin digunakan untuk meleraikan gula glukose dalam darah sebelum diserapkan ke sel badan tetapi jika kandungan gula glukose yang tinggi dalam darah dan sistem badannya akan mengeluarkan insulin yang banyak bagi mengatasi gula glukose dinamakan"Insulin Resistance"
Sebab-sebab masalah insulin:
1) Obesity -gemuk
2) Jantinanya-Betina lebih tinggi risiko berbanding yang jantan walaupun tidak gemuk kerana kucing betina menghasilkan insulin pada kadar yang tinggi.
3) Makanan- Pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti makanan kucing yang murah diformulakan 50:50 Protein & korbohidrat.Lebihan karbohidrat meningkatkan kadar glukose.

***Kucing baka Burmese adalah kucing yang berisiko tinggi menghidapi diabetes berbanding kucing baka lain iaitu 3 kali ganda****

Monday, November 22, 2010

Kutu telinga kucing -Ear Mites

Ear mites ataupun hama telinga kucing adalah sejenis parasit yang berbentuk seperti ketam kecil dan ia akan mendiami di dalam lubang telinga kucing.
Ear mites ini akan mengambil cecair telinga"Earwax" sebagai makanan utamanya(Earwax-adalah cecair yang dikeluar telinga jika terdapat bendaasing seperti habuk memasuki corong telinga serta bertindak sebagai penghalang dan membentuk tahi telinga)..
Penjajahan "ear mites" menyebabkan telinga mengeluarkan "earwax" sebanyak yang mungkin kerana bertindak secara biologi.Secara umumnya hampir 50% kucing mengalami "ear mite".
Tanda-tanda dijangkiti "Ear Mites":
~Kucing akan kerap mengaru-garu telinganya serta suka mengeleng-gelengkan kepalanya.
~Cecair tahi telinga adalah pekat berwarna seperti biji kopi "coklat kehitaman"
Petua rawatan di rumah "Home Remedy":
1) Minyak jagung "Corn oil"-Gunakan putik kapas untuk menyucikan telinganya untuk membuang sebarang saki-baki tahi telinganya dan titisan beberapa titik minyak jagung ke corong telinganya dapat melemaskan "ear mites".
2) Cuka putih-Campuran pada ratio 1:2 cuka & air sebagai bahan pencuci ketika menyuci telinganya dan amat sesuai bagi telinga yang mempunyai kesan luka.
3) Mandian-dengan memandikannya bershampoo juga dapat membantu mengurangkan "ear mites".

***Perlu dilakukan selama beberapa hari ataupun seminggu untuk menyucikan telinganya****
Fakta:<Ear mites ini juga boleh dijangkiti kepada anjing ,arnab serta hamsters jika mereka adalah antara haiwan kesayangan belaan yang tinggal serumah , perlulah dijauhi dari yang dijangkiti kerana mudah merebak>

Sunday, November 21, 2010

Kucing Sakit gigi

Masalah kerosakan gigi juga boleh dihadapi oleh kucing dan dianggarkan 70% daripada kucing mengalami masalah gigi.Sakit gigi dan masalah gigi kucing tidak mengira umur dan semua kucing boleh mengalaminya.
"Gum disease" gusi adalah masalah utama yang dihadapi oleh kucing.
Bagaimana masalah gigi terjadi:
Plaque iaitu nama yang diberikan kepada lapisan bakteria akan menutupi permukaan gigi.
Jika dibiarkan lapisan ini akan bertambah & akan juga menyakiti/menjangkiti gusi dan ini dipanggil "gingivitis"
Jika "gingivitis"tidak dirawat segera ianya akan nenyakiti serta merosakkan gusi & gigi yang menyebabkan sesiapa saja terasa sangat sakit gigi ini dipanggil "periodontitis".
Semasa periodonititis ini gigi kucing akan rosak teruk dan gugur serta berasa teramat sakit.
PERIODONITITIS adalah masalah gigi yang paling banyak dihidapi kucing.
Tanda-tanda kucing sakitgigi:
~Kucing kurang makan & minum
~Kucing tergesa-gesa mahu makan tetapi bila diberikan kepadanya akan tinggalkan mangkuk makanan selepas "1st bite" suapan pertamanya.
~Kucing hanya memakan yang lembut saja dan tidak akan makan langsung dryfood yang disediakan
~Mulutnya berdarah dengan lelehan airliur bercampur darah
~Mulutnya berbau busuk kerana jika sakit"periodonititis akan mengeluarkan bau seperti daging busuk.

***Jika ada di antara ini,periksa dalam mulutnya untuk melihat keadaan gusinya yang mungkin dijangkiti***


Saturday, November 20, 2010

Perjalanan jauh bersama kucing

Cuti sekolah untuk tahun 2010 sudah pun bermula dan inilah cuti yang terlama untuk musim cuti akhir tahun sekolah.Sudah tentu peluang keemasan ini diambil untuk keluar bercuti bersama-sama keluarga tersayang.
Bagi kucing kesayangan pula, hendak ditinggalkan di "hotel kucing" agak mahal juga kerana masa penginapannya agak lama.Jadi dibawa sekali ataupun ditinggalkan di kampung dan masing-masing mempunyai cara tersendiri.
Tips perjalanan bersama kucing dengan kereta:
1) Pastikan kucing makan & minum sekurang-kurangnya 1 jam sebelum perjalanan dan jangan diberinya makan sebelum perjalanan kerana mungkin ia akan mengalami "mabuk kereta".
2) Gunakan kotak "travel box" yang dilapik dengan kertas suratkhabar untuk keselesaannya.
3) Letakkan mangkuk minuman bersama-samanya dan yang terbaik buatan ceramik kerana ianya lebih berat tidak akan tertumpah ketika perjalanan.
4) Tidak perlu disediakan makanan bersamanya kerana kucing tidak akan makan dan jika ia makan pun pastinya akan memuntah balik..
5) Tidak perlu "rushing"tergesa-gesa ketika dalam perjalanan dan perlu berhenti di R&R untuk memeriksa keadaannya.
6) Kereta perlulah ber-"aircond".
Perkara yang perlu dibuat semasa "pitstop" di R&R:
1) Keadaan kucing
Jika kucing menunjukkan tanda-tanda sebegini perlu diambil perhatian dengan segera dan kucing mengalami kepanasan badan:
~Air kencing yang banyak di dalam kotaknya
~Air liur meleleh di bibirnya seperti buih
~Kelihatan lesu
***Gunakan tuala yang dibasahkan air sejuk dengan banyaknya dan lapkan keseluruhan badannya untuk menurunkan suhu dan berikannya meminum air***
2) Bebaskannya seketika:
Kucing juga perlukan "fresh air" bebaskannya seketika untuk mendapat udara segar kerana agak lama terkurung di dalam kereta.
3) Bersihkan kotak "travel"nya sekiranya ada tumpahan air ,muntahnya dan sebagainya.
***Yang terbaik adalah kucing diribakan kita untuk memenangkannya semasa didalam kereta kerana terkurung di dalam kotak yang terletak di "bonet kereta" adalah masih bersuhu tinggi walaupun dipasangkan air-cond.Boleh juga dibiarkannya bebas di dalam kereta dan kucing akan mencari "port'nya sendiri dan kebanyakan akan duduk di bahagian cermin belakang serta tertidur di situ***

Friday, November 19, 2010

Kenapa Kucing Muntah

Kucing mengalami muntah-muntah adalah keadaan yang amat biasa dapat dilihat oleh para penyayang & pembela kucing bagi kucing-kucing mereka walaupun sihat.
Muntah adalah tanda-tanda ataupun simptom kepada penyakit yang di hadapinya dan bukannya penyakit.
Beberapa sebabnya muntah:
 Keadaan persekitaran
1) Makan terlalu cepat
2) Tukar mendadak jenis makanannya(tukar brand)..perlu ditukar secara sulam dengan makanan lamanya.
3) Makan makanan yang tidak sesuai baginya seperti makanan anjing
4) Makanan alergik baginya
5) Termakan makanan beracun seperti ubat penicilin,bunga lili,buah kismis dan sebagainya
6) Dijangkiti parasit
7) Masalah cacing di ususnya
8) Tertelan benda asing
9) Hairball
Beberapa sebab dari penyakit yang mungkin dihidapinya:
1) Diabetes-kencing manis
2) Gastrik -pedih perut
3) Hyperthyroidism
4) Ulcer
5) Salmonellosis
6) Pancreatitis
7) Liver disease
8) Intestinal -usus
9) coccidiosis
10) Giardia
11) Inflammatory Bowel Disease
12) Lymphosarcoma
13) Renal failure-Kegagalan ginjal
14) Ruptured bladder-masalah sistem kumuhan

Apa yang perlu dibuat:
Jika keadaan muntahnya seperti di bawah perlu dapat rawatan dari vet secepat mungkin
1) Muntah berterusan
2) Mengalami cicir birit
3) Muntahnya berbau busuk
4) Kucing jadi letih & lesu
5) Muntahnya berdarah
6) Perutnya membuncit
****Membawa sekali sampel muntahnya dapat membantu kenalpasti penyakitnya***

Thursday, November 18, 2010

Risiko Dicakar Tikus

Entri kali ini adalah mengenai "kawan baik" kucing yang memang menjadi kegemarannya iaitu sitikus..
Kucing yang bebas merayau di luar akan lebih banyak memburu tikus berbandingkan burung kecil kerana mudah baginya menyerang hendap berbanding burung.
Penyakit Weil's Disease
Tikus membawa sejenis organisma yang dikenali sebagai "Leptospira Ictero-Haemorrhagiae" di dalam air kencingnya.Dianggarkan 60% tikus mempunyai organisma ini di dalam air kencingnya.
Weil's Disease ataupun penyakit air kencing tikus memang boleh membahayakan kita.
Habitat tikus: 
Tikus memang suka tinggal di tempat yang lembab & basah yang banyaknya sumber air seperti longkang septik bawah tanah,tebing sungai dan sebagainya serta disitulah ia akan membuang najis(air kencing) ke kawasan berair.Organisma ini pula mudah membiak di kawasan lembab yang berair dan hanya akan mati di tempat panas & kering.Tidak boleh hidup membiak di air masin.
Bagaimana ia merebak:
Organisma ini boleh memasuki sistem badan kita melalui:
1) Melalui kulit kita yang luka ,lepur ataupun leceh kulit
2) saluran hidung ,kerongkong kita
Masa pengeraman telur-telur organisma ini di tempat yang dijangkitinya adalah 1 - 2 minggu.
Kawasan Berair:
Tempat yang berair seperti lata tempat mandian rekreasi air tawar adalah mempunyai risiko tinggi jika di kawasan itu adalah tempat habitat tikus.Organisma ini sangat aktif di dalam air dan akan menjangkiti kita semasa mandi-manda disitu terutama sekali bagi sesiapa yang mempunyai luka,leceh kulit.
Dicakar tikus:
Jika kita dicakar tikus pula dibimbangi kukunya sudah dikotori air kencingnya sendiri dan melalui luka ini ia akan merebak ke badan kita.

Kucing yang membawa balik tikus:
Ini juga berisiko , kerana mungkin kuku kucing juga dikotori air kencing tikus semasa memburunya kerana kucing suka bermain-main dengan hasil buruannya sebelum menikmatinya.Jika dicakar kucing mungkin berjangkit.
Tanda-tanda dijangkiti:
~Demam
~sakit otot & sendi
~Kurang selera makan
~Muntah-muntah
~Lebam-lebam
~Hidung berdarah
~sakit mata
~pucat-kekuningan
***Hanya dengan ujian darah dapat mengenalpasti jangkitan ini, dan selalunya disalah anggap sebagai demam biasa****

Lidah Kucing

Bila kita dijilat kucing tentunya terasa kasar seperti dikesat dengan kertas pasir ataupun rasa geli.
Ini kerana struktur lidah kucing mempunyai beberapa jejari halus yang dikenali sebagai "papillae" yang tercacak serta condong di permukaan lidahnya.
"Papillae" ini adalah sama seperti material/unsur yang membentuk kuku kita yang terhasil dari keratin.
Kedudukannya adalah mencondong ke dalam mulut serta berkedudukan seperti beberapa cakuk kecil dan terdapat ratusan jejari ini tercacak di permukaaan lidah kucing.
Fungsi jejari "papillae" & kedudukannya:
1) Berfungsi sebagai sikat ketika menjilat bulunya untuk membuang sebarang benda asing termasuk kutu.
2) Jejari ini juga membolehkan kucing menyiat daging dari tulang.
    ***Ini tidak dapat dilakukan kucing "indoor"yang hanya memakan dryfood tapi masih lagi berfungsi bagi kucing liar yang memakan daging***
3) Jejari akan memegang dan mencakuk dengan kukuh makanan yang dimakannnya seperti sedang mengongong tikus/burung yang masih meronta-ronta.
Photo kucing sedang menjilat bulunya dilihat dekat
***Jejari "pappilae" tiada pengesan rasa melainkan yang mempunyai bentuk seperti cendawan terletak di hujung,di tepi lidahnya & juga yang berbentuk seperti cawan terletak di bahagian dalam mulut***

Wednesday, November 17, 2010

Kucing Parsi-Penyakit yang mudah dihidapinya

Walaupun kebanyakan Kucing Parsi dibela di dalam rumah "indoor cat" namun ada beberapa penyakit yang berkemungkinan paling mudah dihidapinya kerana faktor baka/keturunannya dan juga faktor fizikal tubuh badannya adalah berkaitan jantung dan buah pinggang.
Masalah Jantung:keadaan hidungnya yang kecil mungkin penyebabnya
-->1)Hypertrophic cardiomyopathy iaitu sejenis penyakit jantung yang paling banyak dihidapi kucing parsi berbanding kucing baka lain.Keadaan otot jantung yang menebal & mengecil dan menyebabkan kurangnya darah yang dapat dipamkan sebaik mungkin.
Penyakit jantung ini lebih mudah dihidapi kucing persian jantan dan boleh dihidapi di semua lapisan umur tetapi kucing dewasa adalah yang paling banyak.
Kucing persian tidak menunjukkan sebarang tanda menghidapi penyakit ini,malah nampak begitu sihat tetapi diantara tandanya adalah keletihan,kurang selera makan dan muntah.
-->2)Dilated cardiomyopathy ini juga masalah jantung yang disebabkan otot jantung yang menebal serta mengecilkan saluran darah dan mengugat keberkesanan pam jantungnya.
Masalah ini kebanyakan dihidapi hanya oleh kucing parsi dewasa dan jarang sekali berlaku pada anak-anak kucing.
Pemberian makanan yang mengandungi asid amino yang tinggi dapat membantunya dan berisiko tinggi bagi kucing yang suka memakan baki makanan kita.
-->
Masalah buah pinggang"Kidney": disebabkan penyakit keturunan/bakanya.
-->
Polycystic Kidney Disease (PKD), iaitu masalah batu karang "cysts"buah pinggang yang dihidapi kucing kerana faktor keturunannya dan dalam tahun 1967 adalah yang pertama dikesan masalah ini pada kucing yang boleh dihidapi pada kucing parsi serta kucing kacukan parsi.
Walaupun anak kucing yang dilahirkan mempunyai masalah ini,ia tidak menunjukkan sebarang masalah kerana masih dalam pembesaran dan hanya meunujukkan kesannya ketika beumur 3-10 tahun.(selalunya 6 tahun keatas)

--> Jika anak kucing yang dilahirkan mengalami masalah yang serius buah pinggangnya,selalunya akan mati ketika berumur 2 bulan.
Kucing dewasa pula, jumlah batukarang "cysts"bertambah dan mengugat fungsi buah pinggang serta merosakkan tisu.
Tanda-tandanya:
  • Kencing kerap dan banyak
  • Banyak minum air
  • Tidak mahu makan "Anorexia"
  • Depression
  • Kurus
  • Bulunya tidak elok
***Yang terbaik adalah memberi kucing parsi memakan yang berkualiti tinggi ataupun "premium catfood" seperti Royal canin,Iams,Scienceplan yang lebih mementingkan diet seimbang untuk kucing bukannya yang biasa & murah kerana makanan ini lebih bergantung kepada jumlah karbohirat tinggi serta rendah protein kualitinya****

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hariraya Aidiladha 1431

Assallamualaikum semua...& selamat menyambut Hariraya AidilAdha...

Insyaallah, Esok kita semua akan menyambut hariraya korban....mulai malam ini pun sudah pun bergema takbir di seluruh masjid & surau...
Sepasang lagi kucing persian begitu "cute' sekali datang lagi beraya dengan kami tahun ini .......
Terpaksa berjauhan dengan tuannya buat seketika... yang pulang beraya..
Esok raya boleh makan biskut premium "RoyalCanin 32"....mesti suka punya.....

Kucing Parsi paling digemari

Kucing parsi ataupun persian adalah baka kucing ynag paling digemari oleh pencinta kucing di seluruh pelosok dunia dan tidak kurang juga popularinya di negara kita,Malaysia.
Mari kita lihat antara sebab-sebabnya kucing persian begitu popular malah digemari oleh manusia.
Kecantikan & keunikan mukanya:
Kucing persian memiliki bentuk unik di muka yang leper(kemek ke dalam) & lebar serta kedudukan matanya yang jauh antara satu sama lain dan berhidung kecil & pendek yang mendongak.Keadaan fizikal matanya akan terhasil kesan air matanya tersangkut di celah tepi hidungnya.
Keunikan rupa paras serta berbulu panjang dan berkaki agak pendek adalah antara sebabnya lebih unik dan tampak "cantik" lagi sebenarnya "hodoh".
Hubungan dengan manusia:
~Kucing persian adalah kucing yang paling mudah & cepat menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekitarnya yang baru dan amat mudah "menerima" kehadiran manusia.Kucing persian mudah menjadikan kita sebagai "teman baik"nya.
~Tidak malu-malu dengan kehadiran orang asing dan memang sukar baginya bersuara serta suka duduk diam bersikap tenang malah menunjukkan sifat manjanya serta suka dibelai ,didukungnya.

Mudah dilatih:
Kucing persian juga mudah dilatih dengan persekitaran yang baru dan cepat mempelajari seperti penggunaan kotak pasir dan sudah pasti cepat ia menggunakannya selepas dilatih.
Bertolakansur:
~Kucing persian tidak suka berlawan/bergaduh dengan kucing lain,selalunya mengalah serta berundur unutk elakkan pergaduhan dan lebih suka berkawan & membuat pemerhatian dengan tenang gelagat kucing lain.
~Sesuai bagi mereka yang memiliki banyak kucing kerana kucing persian tidak akan  mengugatkan kehadirannya kepada yang lain.
~Banyak mendiamkan dirinya dan tidak pedulikan sesiapa saja sekiranya kucing ini sedang "rileks"bersantai sendirian seperti duduk di sofa
***Kucing persian sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana sifatnya yang mudah menerima kehadiran kita serta tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjalin-hubungan dengan sesiapa saja tidak seperti baka yang lain memerlukan berbulan-bulan untuknya bermanja dengan kita***
TIPS Penting: Jangan biarkan anak-anak kita memukulnya ataupun apa-apapun yang menyakitinya kerana kucing ini akan putuskan tali-persahabatannya kerana takut.

Monday, November 15, 2010

Tiba-tiba kucing kesayangan menjadi aggresif

Kucing yang sudah menjadi kesayangan kita dan sudah begitu lama menjalin hubungan kekeluargaan dengannya serta dibelainya setiaphari ,makan & minumnya terjaga rapi tetapi tiba-tiba menjadi agresif dan menggigit tangan kita.
Ini agak membingungkan ssetengah dari kita yang sayangkan kucing...
Kenapa ini berlaku???
Kita duduk bersantai selesa di sofa sambil menonton rancangan kegemaran Tv dan kucing kesayangan pula berada diriba.Malah tangan kita pun mengusap-usapkan bulunya dengan lembut..tetiba kucing pula secara spontan mengigit ganas tangan kita...Hairan ya??
1)Mood kucing sentiasa berubah:
Keadaan ini berlaku kerana kucing ini bersifat "moody" iaitu mood nya boleh berubah dalam sekelip mata.Ini menunjukkan ianya sudah bosan dengan tindakan kita mengusap-usap bulunya.
2)"Body language"nya:
Ini juga bermaksud baginya "tolong berhenti sekarang ,jangan sentuh lagi" iaitu kucing mengambarkan komunikasinya dengan kita melalui tindakan ini.Selalunya kucing tidak suka dibelai terlalu lama dan yang terbaik 10-15 minit dan lepaskannya.
                           
3) "Privasi" saya
Tak sampai 5 minit pun pegangnya dah mula bertindak aggresif pula kerana besar kemungkinan kucing tidak suka kita menyentuh di sesetengah tempat badannya.Kucing mempunyai sifat privasi yang tinggi dan tidak suka berkongsi "privasi"nya dengan sesesiapa saja.
 4) Nafsu terangsang
Kucing yang diusap ,digosok bulunya di waktu yang agak lama boleh menyebabkan terangsang nafsu sexuallitinya dan akan bertindak aggresif seperti mengigit sepertimana ia bertindak kepada pasangannya.

***Mengenalpasti sebabnya bertindak aggresif adalah yang terbaik dan lepaskannya dari pegangan kita kerana waktu ini kucing mahu bersendirian dan Jangan sesekali memukulnya secara fizikal kerana kucing akan bertindak lebih aggresif serta mengingati peristiwa ini sepanjang hayatnya****

Sunday, November 14, 2010

Kucing Birman

Kucing berbaka Birman dipercayai berasal dari Burma , penghuni temple LoaTsun yang berbulu panjang berwarna putih serta bermata kekuningan.
Lagenda tempat asalnya masih menjadi misteri dan salah satu cerita lagenda adalah penjelajahannya melalui kapal dari Burma ke Perancis pada tahun 1919.Sepasang kucing Birman mengharungi pelayaran yang jauh ke Perancis, namun  hanya kucing Birman betina bernama "Sita" saja yang terselamat dalam pelayaran itu.
Bulu: Berbulu sederhana serta panjang dan mempunyai warna "pointed" di muka,hidung,telinga serta ekornya berwarna coklat.
penjagaan bulunya perlu diambil perhatain serta kucing Birman boleh mengalami "Hairball" dan memberus bulunya seminggu sekali dapat membantunya.
Saiz Badan: Memiliki rangka tubuh yang besar serta telapak kaki yang besar tetapi berkor sederhana panjang.
Kepala: Mempunyai kepala yang berbentuk bulat & lebar serta lebih rata di bahagian mukanya (berbeza dari kucing siamese yang lebih memuncung)
Jangkahayat: 15 tahun +++
Perangainya:
~Kucing Birman amat suka bersosial serta lebih suka berkawan dengan kita dan kucing ini lebih suka "meminta-minta" untuk bermain dengannya.Layanan yang lebih diperlukan jika mempunyai kucing Birman ini. 
~Kucing ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang sukakan pet kerana sifat sosialnya ini serta sangat manja dan ia tetap akan bermain walaupun sudah berusia ataupun sudah tua.
~Kucing ini akan mengerak-gerakkan ekornya sebagai tandanya sukakan kehadiran kita.
~Kerana sifatnya yang suka berkawan dari berlawan , kucing ini adalah lebih baik dibela di dalam rumah kerana agak bahaya baginya keluar di luar yang mungkin mudah dibuli serta dicederakan kucing lain.

***Makanan baginya adalah yang berformulakan pencegahan Hairball serta berkualiti tinggi kerana sangat suka bermain**

Kuku Kucing

Apa-apapun kita perlu memahami struktur biologi mengenai kuku-kuku kucing yang kita pelihara.
Tertanya-tanya bagi sesetengah penyayang kucing tentang bagaimana hendak memotong kuku kucingnya sendiri tanpa perlu dihantarkan kepada petshop.
Struktur Kuku Kucing:
Kuku kucing adalah berbeza daripada kuku kita kerana mempunyai "Quick" saluran darah saraf di dalam kukunya.
Gambar diatas menunjukkan kedudukan "QUICK"nya di dalam kuku kucing dan ini terdapat di kesemua kukunya.
"Quick" berfungsi untuk kucing mengawal pergerakan kuku-kukunya iaitu menegangkannya bagi mengeluarkan kuku-kukunya dan mengendurkannya bagi menyembunyikan kuku-kukunya.
Bagi mengesan kedudukan"Quick" ini sangat mudah ,perhatikan warna merah di dalam kukunya seperti gambar diatas sebelum memotong kukunya.

Tip ketika memotong kukunya:
~Gunakan pemotong kuku khas untuk kuku yang berbentuk gunting bukannya pengepit kuku kita kerana gunting kuku ini diciptakan untuk kuku kucing yang berbentuk bulat.
~Pengepit kuku kita pula diciptakan untuk kuku yang leper dan boleh merosakkan kukunya.
~Potong kukunya semasa kucing tenang seperti selepas bangun dari tidur dan bukannya selepas bermain kerana ia akan bertindak aggresif.
~Jika terpotong "Quick" ini selalunya pendarahan akan berhenti sendirinya dalam 3~ 5 minit.
~Untuk mempercepatkan pendarahan berhenti boleh gunakan "styptic pencil" yang digunakan dalam kosmetic produk seperti di saloon kecantikan...

Saturday, November 13, 2010

Kucing Siamese

Kucing baka Siamese adalah salah satu baka yang paling tua dan berasal dari Thailand yand dulu dikenali sebagai negara Siam.
Rujukan terawal yang ditulis adalah pada tahun 1884,iaitu kucing yang dipelihara oleh kakak kepada Consul General British di Thailand .3 ekor anak kucing ini pernah dipamerkan di London ,Crystal Palace pada tahun 1885.
Kucing Siamase pertama menjejak kakinya ke Amerika pada tahun 1878 yang dimiliki oleh Mrs Rutherford Hayes dan cerita lain pula mengatakan kucing ini dihadiahkan oleh Raja Siam kepada Amerika sebagai tanda persahabatan.
~Saiz Badan: Sederhana
~Bulu: Berbulu pendek serta rapat kedudukan bulunya
Jagaan bulu: Sederhana dan tidak perlu memandikan selalu dan yang terbaik adalah jika diperlukan saja kerana kekotoran ataupun jangkitan parasit sperti kutu, kulat.Ada pembela yang tidak pernah memandikan mereka.
Warna: Tompok hitam "pointed" di mukanya terutamanya hidung ,telinga serta berekor kehitaman/coklat.
Jangkahayat: 15 thn +++
Makanan: Memerlukan pemakanan yang premium iaitu berkualiti tinggi kerana kucing siamese berotot yang tegap serta sangat aktif.

Perangainya:
Kucing Siamese agak kurang suka dibelai serta agak sukar baginya untuk mengosok-gosokkan kepalanya ke kaki kita dan lebih bersifat "monologue" iaitu lebih suka bermain sendirinya.Kucing ini juga suka memanjat  serta tidak akan duduk diam.
Jika kucing sudah mulai terikat ataupun sukakan tuannya ianya akan lebih bergantung hidupnya kepada tuannya serta suka mengekori kita berjalan tetapi akan jadi agresif jika ditinggalkan dalam jangkamasa yang lama dan ini juga agak sukar diramalkan tindakannya. 

***Kucing siamese hanya sesuai kepada sesiapa yang suka memperhatikan gelagatnya semasa ia bermain bukan untuk dibela seperti Persian yang lebih manja serta suka dibelai/dipegang*** 

T-Shirt kucing

T-shirt ini agak menarik jugak kerana mencetakkan gambar 3 ekor kucing di bahagian depan dan belakang T-shirt ini...
Apa yang menarik , gambar kucing dicetakkan di T-shirt mengikut pandangan kedudukan kucing itu serta lukisan sangat cantik...
Pandangan hadapan T-shirt ,3 ekor kucing iaitu Siamese, Persian dan Tabby cat...
     Pandang belakang T-shirt , agak seksi punggung kucing-kucing ni...

Friday, November 12, 2010

Bulu Kucing Gugur - Psychogenic Alopecia

Kucing yang dibela tidak pula menunjukan sebarang masalah kesihatannya malah sihat wal'afiat serta makan makanannya seperti biasa ...Tetapi masalah lain pula yang timbul iaitu bulunya gugur serta berkurangan dengan banyaknya...
Kenapa ini berlaku??? dan sudah tentu ada sebab-sebabnya....
Psychogenic Alopecia
  ~Psychogenic Alopecia adalah masalah saikologi yang boleh dihadapi oleh kucing iaitu berasakan jiwa tidak begitu aman serta tenteram.
Kenapa kucing alami Psychogenic Alopecia:
~Ini adalah kerana ianya berasa terlalu takut,bimbang,tertekan kerana keadaan persekitarannya yang berubah secara mendadak seperti penukaran ke tempat tinggal baru,tempat najisnya terlalu kotor,kehadiran haiwan baru dalam kawasannya,melalui perjalanan yang jauh seperti menaiki kereta yang agak lama dan sebagainya yang boleh membuatnya rasa tergugat serta tertanya-tanya....


Tindakannya: 
~Untuk menenangkan dirinya. kucing akan menghabiskan seluruh masa jaganya dengan hanya menjilat bulunya secara berlebihan walaupun tidak perlu bersihkan dirinya.
Juga dapat dilihat kucing lebih banyaka mengigit seolah-olah mengunyah bulunya di tempat tertentu.
~Ini kerana kucing berfikir dengan menjilat bulu-bulunya ,air liur "saliva" dapat memberikannya pelindungan.


***Disebabkannya terlalu taksub menjilat bulunya , sebahagian bulu-bulunya akan gugur dan tidak sempat digantikan dengan bulu barunya***

Homestay kucing kembali lagi

Almaklum lah...mulai minggu depan ada antara kita akan bercuti bersempenakan hari raya haji...
Kucing-kucing pun sibuk pula kena bertandang ke "taman asuhan kucing"....sebab ada yang tidak boleh ikut balik kampung bersama tuannya...

Hari ini, sudah 4 ekor kucing comel-comel belaka datang "check in" menginap di Homestay KucingUtara ..lama juga mereka ni akan tinggal di sini lebih kurang seminggu.

"Boboy" kucing persian, bulat & montok badannya sangat comel serta mempunyai bulu yang cantik.
Lebih mirip kepada Garfield....
Kucing campuran persian+domestic ...datang bersama ibunya dan adiknya(gambar di bawah)..
Adiknya yang agak malu-malu ..kedua-dua ekor kucing ini agak besar serta berat badannya kerana makan makanan premium dari Dryfood Iams...
**Minggu depan ada lagi sepasang kucing persian pula nak bertandang dan mungkin sehari sebelum raya**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...