Geng Meow

Thursday, December 30, 2010

Pemeriksaan sendiri kesihatan kucing

Melakukan pemeriksaan kesihatan secara fizikal sendiri adalah untuk mengenalpasti samada kucing kita ini sihat ataupun tidak dan merupakan perkara yang penting juga dalam pemeliharaan kucing.Maklumlah, kucing bukannya dapat memberi kita tau samada ianya sakit ataupun tidak...Ini antara perkara-perkara asas yang boleh kita lakukan sendiri.

1) Mata- matanya tiada tanda jangkitan seperti berwarna kekuningan ataupun kemerahan dan matanya yang sihat adalah nampak bersinar dan jernih.Sentiasa mencuci lelehan air matanya yang terkumpul dengan putik kapas basah terutamanya untuk kucing Persian peke nose.
2) Mulut-Berwarna "pink, keadaan gusinya yang elok iaitu tiada kemerahan gusi di giginya serta nafasnya juga tidak berbau.
3) Telinga-Periksa samada terdapat "earmites" di telinganya iaitu keadaan telinganya adalah bebas dari sebarang lebihan tahi telinga yang berwarna kekuningan pekat seperti lilin.Cucian selalu juga adalah penting.


4) Hidung- keadaan hidungnya tiada tanda perubahan warna dan sentiasa bersih serta tiada sebarang lelehan hingus yang dikeluarkan berlebihan.
5)Bulu-Periksa samada terdapat ketulan di dalam kulit, gumpalan bulu kusut,kutu,kelemumur dan sebagainya.Bulu sihat adalah berkeadaan nampak bersinar dan lembut.
6) Punggung"Anus"-Periksa samada tiada terdapat sebarang keputihan seperti butir beras di "anus"nya yang menunjukkan dijangkiti parasit dan juga sebarang kesan pendarahan dipunggungnya.
***Jika kita selalu memeriksanya dapat mengesan awal berkemungkinan kucing kita mengalami gangguan kesihatannya dan boleh mendapatkan rawatan lanjut dari Vet,,ini juga dapat mengurangkan kos jika 100% kita harapkan kepada Vet semata-mata***

Tuesday, December 28, 2010

Kanser Kulit Kucing

Kanser kulit boleh juga terjadi kepada kucing sebagaimana kanser kulit yang terjadi kepada kita.Awal ataupun cepat mengesan kanser kulit dan disusuli rawatan dari VET adalah yang yang terbaik untuk mencegahnya.Ini kerana kebanyakan kucing mati kerana kanser kulit kerana terlewat mengesan kanser kulit yang sudah lama bertapak di kulitnya.
Jenis Kucing Berisiko Kanser Kulit:
Kanser kulit tidak terjadi kepada jenis/baka kucing yang khusus saja ,semuanya adalah masih sama berisiko dan di antara faktor yang menyebabkan kucing berisiko tinggi adalah:
1) Kucing dewasa berumur antara 6 ke 15 tahun.
2) Kucing berbulu putih-kerana tiada pigment kulit yang melindunginya dari sinaran matahari
3) Bulu nipis ataupun tiada di bahagian telinga,hidung & keningnya

Pemeriksaan awalan:
1) Ketumbuhan di kulit
Periksa sebarang ketumbuhan ataupun ketulan yang mungkin terjadi di bawah kulitnya.Kawasan kanser kulit ini akan berubah warnanya serta mengeras sikit.
***Pemeriksaan selalu perlu dibuat jika terdapat ketulan dan jika ianya semakin membesar ,ini berkemungkinan mempunyai"Melanomas" sejenis tumor yang akan membesar dan perlu dapatkan rawatan segera dari VET***
2) Gatal-gatal
Kucing akan selalu mengaru-garu di bahagian yang terjadinya kanser kulit kerana ianya membuatkannya rasa gatal.
3) Gigitan
Kucing juga akan menjilat serta menggigit-gigitkan kawasan badannya yang dijangkiti.
***Tingkah laku 2 & 3 sama seperti ketika dia membersihkan dirinya ketika dihinggapi kutu**

4) Botak
Kawasan yang dijangkiti akan membotak serta sentiasa digigit & digarunya kerana berasa terlalu gatal-gatal
5) Pendarahan kulit
Jika terjadi pendarahan kulitnya di kawasan kanser kulit ianya agak lambat kering dan berhenti.Juga sebarang kecederaan yang dialaminya lamabt sembuh.
6) Warna Hidung
Warna hidungnya juga berubah jika terjadinya kanser kulit iaitu warnanya menjadi putih jika hidung asalnya merah jambu(pink) ataupun menjadi kemerahan jika hidung asalnya putih.
***Dengan pemeriksaan melalui darahnya dapat dikenalpastikan samada ianya mengalami kanser kulit, dapatkan rawatan dari Vet***

Monday, December 27, 2010

Key Chain Kucing

Akhirnya..hampir selesai sudah cuti akhir tahun sekolah untuk tahun 2010.Biasalah bila keluar bercuti tu & berkunjung ke tempat yang menarik ..mestilah cari cenderahati untuk buat kenang-kenangan..Cenderahati yang berkait dengan kucing ni susah gak nak lepaskan peluang ..mesti terbeli punya..
Apa yang menarik adalah kedua-dua "Key Chain" ni hampir serupa tapi beli di tempat yang berbeza iaitu satu dibeli di R&R ,Sungai Perak dan satu lagi pula dari Kuching ,Sarawak..

"Key chain" kucing dari Sungai Perak...bentuknya agak memanjang di bahagian ekor...

"Key chain" kucing dari Kuching Sarawak...bentuknya agak membulat di bahagian ekor kerana terdapat bebola angin & bila dipicit akan mengeluarkan bunyi...
 
Kedua-dua "Key chain" kucing dilihat secara bandingan & kedua-duanya lebih kurang sama saja dari segi saiznya dan hasilan rupa bentuk kucing...comel...

Saturday, December 25, 2010

Kucing kampung curi ikan

Semasa makan tengahari tadi di sebuah kedai makan..tiba-tiba ternampak muncul entah dari mana,seekor kucing kampung berwarna oren (boleh dianggapkan "stray cat") mengonggong seekor ikan kembung mentah...Terus dibawanya mendekati di tepi meja makan bersebelahan dengan pasu bunga besar...dengan penuh hati-hati diletakkannya kemudian melihat keadaan sekelilingnya dan rasanya semuanya dah selamat, terus dimakan ikan kembung itu sampai habis....kenyang!!!
 Kucing kampung sedang mencari "medan selera"nya untuk menikmati ikan kembung 
Bila diajukan kepada tuan kedai makan ini, kucing curi ikan kembung ...Dia hanya senyum saja..Mungkin sudah biasa dengan perangai kucing ini...Lagipun, ini lebih baik dari sesetengah kucing yang berada di kedai makan lebih suka meraih simpati untuk sisa makanan dari pelanggan yang sedang menjamu selera.Lagipun, sisa & baki makanan kita tidak sesuai untuk kucing..

Kucing kampung sedang menjamu selera>Menu tengahari "ikan kembung mentah"<
Kucing ini tidak langsung pedulikan orang sekelilingnya dan sudah pasti kucing sebegini tidak akan meminta-minta makanan dari sesiapa..cuma sudah pandai "mencari" rezekinya sendiri...Walaupun dihampiri tidak langsung menunjukkan rasa takut malah boleh disentuhnya dan ini bermaksud kucing ini sudah biasa serta menerima kehadiran manusia....

Friday, December 24, 2010

Kucing Sakit Perut

Jika kucing mengalami sakit perut ianya akan mengalami cirit-birit, muntah ataupun kekadang tu menjadi sembelit(sukar membuang air besar).Keadaan ini terjadi disebabkan beberapa faktor dan antaranya kerana susu yang diminumnya(mudah terjadi kepada anak kucing), makanan yang dimakannya,bebola rambut(hairball) tersumbat & terkumpul di dalam ususnya.Penyakit yang dihadapinya juga  membuatkannya sakit perut seperti gangguan usus,kerosakan buah pinggang dan juga kanser.
Petua kali ini adalah berkaitan dengan pemakanannya yang menyebabkan kucing sakit perut dan sebagai rawatan di rumah

1) Puasa-Bila sakit perut , keadaan perut dan bahagian saluran pengkumuhannya sudah "letih" menjalankan tugasnya yang terlalu kerap.Dengan sebab itulah, perutnya perlu direhatkan iaitu dengan membiarkan kucing "berpuasa" untuk selama 12 ke 24 jam pertama.
***Secara semulajadi,kucing sebenarnya tidak akan makan jika ianya sakit perut dengan sendirinya***
2) Air- Air adalah penting baginya untuk diminum kerana dengan cirit & muntah badannya kehilangan air yang banyak.Penyediaan air penting baginya kerana ia akan minum untuk mengantikan air yang hilang.
***Jika kucing tidak minum langsung semasa "berpuasa" ini ,ditakuti ia mengalami dehydration", rawatan segera diperlukan***

3)Masak & buat sendiri makanan kucing-
Selepas 12- 24 jam berilah kucing makan makanan yang kita masak khas untuknya untuk mengembalikan keadaan perutnya ke normal.Masakan ini mudah saja, nasi yang direbus dengan daging ayam (buangkan tulang & kulit ayam).Jumlah nasi perlu lebih banyak dari daging ayam.
Berikannya makan sikit-sikit sepanjang hari sehingga tiada lagi muntah & cirit-birit serta "poo"nya menjadi pejal sikit.Selalunya dalam masa 3 - 4 hari untuk "recovery" ataupun pemulihannya.Setelah normal kembali, barulah diberikan makanan yang biasa dimakannya.

***Petua ini sebagai garispanduan saja, tindakbalas kucing mungkin berbeza dan tidak dapat membantu kepada kucing yang sakit perut kerana penyakit, jika masih tiada kesan langsung selepas dirawat sendiri perlulah dapat perhatian dari Vet***

Wednesday, December 22, 2010

Homestay Kucing Akhir Tahun 2010

Hanya berbaki lebih seminggu saja lagi sekolah pun akan mulai persekolahan tahun baru.Cuti panjang sebulan ni pun dah tinggal seminggu saja, cuma hujung minggu ni dan minggu depan ada sikit cuti untuk wargakerja sempena Krismas & Tahun baru.
Rasanya, Boboy@ GiGi adalah kucing terakhir datang menginap beberapa hari di minggu lepas di Kucingutara homestay untuk tahun 2010 ini...Kepada yang tidak sempat tu & tempahan "bilik kucing" yang ditolak tu ,,maaflah ya sebab bila masuk hujung tahun ini biasa la sibuk sikit..Insyaallah jumpa lagi di tahun hadapan...

Boboy@GiGi ..sudah datang sini buat kali keduanya...suka buat muka manja

Boboy@GiGi ..sudah biasa dengan rumah Kucingutara...free roaming memanjang...
Boboy@GiGi ..sudah datang sini buat kali keduanya...suka buat muka manja
Boboy@GiGi ..bilik ini belum pernah masuk lagi sebelum ni ..jadi buat tanda dengan mengesel-gesel badannya ke pintu

Tuesday, December 21, 2010

Kucing suka melihat luar di tingkap

Kucing kesayangan kita yang dibela di dalam rumah(indoor cat) memang gemar sekali melihat luar melalui tingkap dan telah terbukti mengikut kajian serta pemantauan tingkap laku kucing oleh beberapa pakar kucing seperti Melissa R.Shyan-Norwalt-Animal Behaviorist dari IAMS company & Dr Jill Villarreal-Animal Behaviorist Scientist dari PURINA.
A'at kucing persian,salah seekor kucing kesayangan KucingUtara sedang melihat melalui tingkap dan selalu dilakukannya selepas sarapan pagi pada pukul 8 pagi setiap hari.

Hasil Kajian: 
Melissa R.Shyan-Norwalt-Animal Behaviorist dari IAMS company,melalui pemerhatian & bancian  keatas 340 pemilik & pembela kucing(indoor cat),mendapati 84%(577 ekor kucing) dari aktiviti kucing seharian adalah melihat luar melalui tingkap dan hampir 5 jam sehari dihabiskannya.
Antara benda yang dilihatnya adalah burung,kucing luar,binatang lain seperti serangga,pokok ,orang lalu lalang serta kereta yang bergerak.
 Dr Jill Villarreal-Animal Behaviorist Scientist dari PURINA pula merumuskan kucing akan menghabiskan 21% dari masanya dalam sehari (ini juga menunjukan bersamaan 5 jam juga jika ditukarkan ke jam) melalui permerhatian video camera yang dipakaikan kepada kucing.

A'at sedang memerhati burung yang terbang pagi
A'at lebih sukakan tingkap ditingkat atas berbanding tingkap di tingkat bawah dan mungkin kerana pandangan lebih meluas.
Sebabnya?:
Hasil kedua-dua kajian ini mengambarkan kucing "indoor" kurang terdedah kepada cahaya matahari secara fizikal kerana terkurung di dalam rumah serta kurangnya pendedahan kepada hidupan luar & alam semulajadinya.
***Berikan peluang kepada kucing kita supaya menikamati alam sekeliling ini juga dapat mengurangkan tekanan kepadanya dan biarkannya mencari "port" tingkapnya yang bersesuaian baginya***

Monday, December 20, 2010

Hello Kitty Hospital

Sebuah hospital bersalin di Yuanlin,Taiwan mengunakan sepenuhnya "Hello Kitty" sebagai temanya.Idea ini diserapkan dari pandangan dari isteri,emak dan anak perempuan Pengarah hospital ini, Tsai Tsung Chi yang amat sukakan & meminati kartun "Hello Kitty" serta juga dapat mengurangkan tekanan bagi ibu yang bersalin.
Hospital ini adalah yang pertama di dunia menggunakan tema "Hello Kitty" dan mendapat hak penggunaan karekter Hello kitty dari Sanrio Co.ltd.

Jururawat hospital memakai uniform berwarna pink bersertakan apron dengan image "Hello Kitty"

Keadaan bayi yang baru dilahirkan ,semuanya bertemakan "Hello Kitty"

Saturday, December 18, 2010

Penyakit yang mudah dihidapi Anak Kucing

Anak kucing yang baru dilahirkan dan juga yang sedang membesar berisiko menghidapi beberapa penyakit.Ini bergantung kepada tahap kesihatannya terus dari ibu kandungnya samada semasa mengandung dan juga menyusui.
Antara penyakit yang mudah & boleh dianggapkan selalu dihidapi anak kucing adalah jangkitan cacing (tapeworm,hookworm & roundworm), kurap kucing(ringworm) & Toxoplasmosis sejenis penyakit dari parasit "Toxo".

Cacing-Parasit:
1) Tapeworm-jangkitan ini berlaku sekiranya anak kucing termakan kutu semasa menjilat bulunya atupun termakan tikus yang mempunyai cacing ini.
2) Hookworm-Anak kucing berkemungkinan sudah dijangkiti cacing ini semasa dalam kandungan ibunya atuaupun dijangkiti melalui susu ibunya ataupun memakan tikus yang dijangkiti.
3) Roundworm-Cacing ini juga boleh berpindah kepadanya melalui penyusuan ibu ,dimana ibunya adalah pembawa cacing ini.

Kurap kucing (Ringworm)-
Sejenis penyakit kulit disebabkan kulat "fungus" dan ini mudah dijangkiti bagi anak kucing yang hidup dipersekitaran yang kotor ataupun tinggal dalam populasi yang tinggi sepertimana anak kucing liar yang terdedah antara satu sama lain yang mungkin tahap jangkiatan kulat sudah pun berada dalam kelompoknya.

Toxoplasmosis
Parasit yang boleh merebak kepadanya melalui pemakanan daging mentah ataupun daging yang sudah dijangkiti parasit ini.Ini sangat mudah merebak kepada kita melalui najis kucing.
***Sebab itulah kebanyakan penyayang kucing akan memberi ubat cacing kepada anak kucing bila tiba masanya***

Friday, December 17, 2010

Risiko Hantavirus Tikus kepada Kucing & Manusia

Dianggarkan hampir 35 jenis penyakit yang disebarkan oleh tikus dan penyebaran adalah melalui gigitan,makanan ataupun air yang dicemari najisnya.Terutamanya air kencingnya.

 Hantavirus:
Ini adalah salah satu virus yang dibawa serta disebarkan tikus dikenali Hantavirus.Walaubagaimanapun,jika kucing dijangkiti hantavirus ini,tiada kesan menunjukkannya akan jatuh sakit ataupun sebarang simptom yang ianya dijangkiti.Agak sukar bagi kita untuk memastikannya samada dijangkiti ataupun tidak!!!!!

.Bagaimana kucing dijangkiti Hantavirus?
Kucing akan dijangkiti virus ini sekiranya membunuh serta memakan tikus yang sudah dijangkiti hantavirus.Namun,seperti yang dikatakan tadi,kucing tidak menerima sebarang kesan walaupun dijangkiti virus ini dan tidak membahayakannya serta menunjukkan tanda-tandanya.
Bagaimana Hantavirus tersebar kepada kita?
Melalui sentuhan secara fizikal bangkai tikus yang sudah dijangkiti hantavirus.
Kucing yang membawa pulang tikus yang ditangkapnya berkemungkinan berisiko mempunyai virus ini.Kekadang tu ,kucing membawa balik tikus yang di bunuhnya tetapi tidak makan ataupun baki bangkainya terbiar.Semasa membuang bangkai tikus ini kita terdedah dijangkiti virus ini.
****Memakai sarung tangan ketika menyentuhnya adalah wajib,kemudian letakan didalam beg palstik bersama bahan peluntur"bleach" & ditanam didalam tanah,Sarung tangan perlu dibuang dan tangan perlu dibasuh dengan sabun anti-bakteria***

 

Simptom kepada kita dijangkiti hantavirus:
Jika dijangkiti hantavirus, terdapat 2 jenis penyakit yang mungkin dialami iaitu HFRS(Hemorrhagic Fever RenalFailure) dan HPS (Hantavirus PulmonarySyndrome) dan antara simptomnya:
~Pening atupun sakit kepala
~Muntah-muntah
~Cirit-birit
~Demam
~Sakit-sakit badan & otot
~Batuk jika jangkitan pernafasan
~Kerosakan buah pinggang
Malah ada juga kes kematian atas sebab virus ini....
***Hati-hati bila mengendalikan bangkai tikus samada yang dibunuh kucing ataupun yang mati diluar sana,kerana simptom dijangkiti hantavirus adalah seperti demam biasa dan perlu diagnosis untuk kepastian***

Thursday, December 16, 2010

Apa kucing buat semasa kita keluar bekerja?

Apa kucing kesayangan kita akan buat selepas kita keluar bekerja dan hanya pulang sebelah lewat petang nanti? Disebabkan sifat ambil-tahu dari penyayang kucing, mereka telah meletakkan mini video cam di "collar" leher kucing...
Jom tengok video ini sepanjang lebih kurang 4 minit(yang sudah dieditkan walaupun rakaman sebenarnya lebih kurang sepanjang hari)...mungkin kita boleh belajar sesuatu darinya.....

Wednesday, December 15, 2010

Menangani kucing nakal

Kucing Nakal
Memang agak sukar juga bila kucing kesayangan agak nakal dan bersifat agresif serta suka memanjat , bermain apa saja yang terlintas difikirannya , suka melompat ke sana sini ,malah meja makan adalah tempat yang paling suka baginya melompat...
Ada juga yang akan mengigit kita dengan kuat ketika mengangkatnya seolah-olah melawan balik tindakan kita.

Kesalahan kita menangani kucing:
Apabila perbuatan nakal yang dilakukan oleh kucing,sesetengah kita secara spontannya memukul, menjentik telinganya dan pelbagai cara lain secara fizikal menyakitkan kucing..agar ianya berhenti berkelakuan begitu.
Kucing tidak akan faham makna "hukum" ini didalam fikirannya,yang diambil faham dari kucing adalah terus menganggapkan dirinya sudah terancam dari kita selama-lamanya kerana telah disakiti.
Kucing juga akan menganggapkan kita sebagai "musuh" utamanya bila kita sudah mula memukulnya, walaupun sudah lama bersama serta mengenali kita. Ini berlaku di sesetengah penyayang & pembela kucing dan mereka merasa hairan kenapa kucingnya yang sudah lama dibela menjadi agresif ,garang serta akan mengigit bila cuba memegangnya.


Cara terbaik menghukum kucing:
1) Spray air- Gunakannya untuk menyembur air kepada kucing untuk menakutkannya tetapi tidak menyakitinya...Jika disembur, kucing akan terhenti kerana terkejut.
Ataupun...
2) Hembus ke mukanya, ini juga cara lain untuk menghentikannya.

***Jangan sesekali memukul kucing kerana kucing adalah kuat pendendam & ianya akan menjadi lebih ganas & garang lagi serta bertambah agresif di masa hadapan**** 

Tuesday, December 14, 2010

Bintik hitam di hidung Kucing

Bintik-bintik hitam seperti tahi lalat dapat dilihat di permukaan kulit hidung kulit dan sesetengahnya seperti bentuk bulatan,cincin disekelilingnya ataupun memenuhi sebahagian besar hidungnya.Adakah ini memudaratkannya ataupun menyakitnya?

Sebenarnya bintik-bintik hitam ini tidak langsung menyakitinya sama seperti "freckle" ataupun balar iaitu bintik-bintik putih kekuningan yang boleh kita lihat di kulit orang putih di bahagian muka.
Secara saintifiknya, ianya dikenali "Lentigo Simplex" dan ini bukannya barah..Tidak perlu dirisaukan walaupun pada mulanya hanya 1-2 bintik dan semakin merebak serta memenuhi kulit hidungnya.
Bintik-bintik hitam ini juga boleh terjadi di lidah, kelopak mata serta juga tapak kakinya.Secara umumnya kucing yang berwarna oren ,kucing berbulu corak "calico" paling mudah mempunyai bintik-bintik hitam ini.Kucing putih juga tidak terkecuali.

***Anggaplah hanya tahi lalat untuknya, dan tidak perlu dicuci-buangkannya semasa "grooming" kerana hidung adalah segala-galanya bagi kucing.Jika rosak ,maka kucing ini sama dengan keadaannya buta****

Sunday, December 12, 2010

Kebaikan Labu"Pumpkin" untuk Kucing

"Pumpkin" ataupun labu adalah sumber makanan yang kaya dengan fiber serta mempunyai jumlah air yang banyak.Ianya adalah sumber semulajadi dan juga mudah didapati malahan murah harganya untuk merawat kucing yang mengalami cirit ataupun malah sembelit.


Pumpkin yang dimakan oleh kucing akan menyerap air dari usus kucing yang mengalami masalah cirit dan fiber dari pumpkin pula akan melembutkan najisnya untuk sembelit.Kedua-dua faktor ini mengimbangi jumlah air dalam "najis"nya semasa proses pengkumuhan.Dengan ini, najisnya akan menjadi separa keras/lembik dan kembali kepada normal.


Jika kucing mengalami masalah ini, pumpkin boleh membantunya mengembalikan kepada hasil asal najisnya serta hasilnya dapat dilihat dengan cepat.
Pemberian pumpkin ini boleh dibuat kepadanya dengan mencampurkan sedikit ke dalam makanannya kerana agak sukar bagi kucing mahu makan buah ini.Lebih mudah, dapatkan pumpkin dalam tin di pasaran,campurkan 1-2 camca dalam makanannya.

***Sekiranya kucing yang mengalami cirit ataupun sembelit bersertakan berak berdarah ataupun muntah pula perlu di rawat oleh Vet segera***

Saturday, December 11, 2010

Kucing Parsi campuran kampung

Semasa membelek-belek album lama yang sudah tak disentuh buat beberapa tahun semasa membersihkan rumah hari ini , terjumpa pula gambar kucing parsi campuran kampung kesayangan.Kucing ini hanya makan ayam rebus ataupun ikan rebus dan dibela di awal tahun 90an dahulu semasa bujang.


Baka:Campuran parsi (ibunya parsi ,bapanya kucing kampung)
Umur hidupnya: 2 tahun saja, mati dilanggar kereta.
Jantina: Jantan
Nama Timangan: Johan (Sempena nama dari iklan susu thema "membesar sebagai johan")
Kegemarannya: Sangat suka menaiki kereta
Kelemahannya: agak kurang pandai bergaduh dengan kucing lain selalunya kalah....

***Tinggal dalam kenangan,,,,, ajalnya tiba agak awal juga****

Kenapa Air Kencing kucing Berbau Kuat

Bau hancing kencing kucing terlalu kuat & busuk bukan main lagi, tidak tertahan dibuatnya.Ini lebih memeningkan kepala lagi jika kucing pula suka "pancut" merata-rata walaupun tersedia kotak pasir untuknya.
Berbagai alasan yang menyebabkannya berbuat begitu antaranya adalah untuk pensempadan kawasannya dan ada juga sebab yang lain....
Masalah utama adalah baunya masih tertinggal,walaupun sudah mencuci tempat yang dikencingnya.

Unsur air kencing kucing:
Air kencing kucing terhasil dari 3 unsur utamanya iaitu Urea,Uric Asid dan Urochrome serta juga bahan-bahan yang lain seperti Ammonia,air,sodium,phosphate,sulphate,creatinine dan klorid.namun begitu kandungannya berbeza serta bergantung kepada diet kucing kita.
~Urea: unsur ini bertindak menyebabkan kencingnya menjadi melekit dan melekat selepasnya kering.
~Urochrome: Unsur ini menghasilkan warna air kencing menjadi kuning.
Kedua-dua unsur ini boleh serta mudah dibuang-cucikan dengan pencuci biasa yang terdapat dirumah.

~Uric Asid:Ini adalah unsur dalam kencingnya yang mengeluarkan bau yang terlalu kuat serta meninggalkan kesan kotoran degil.Baunya bergantung kepada kepekatan uric asid yang terhasil dan jika kucing kita kurang minum air maka jadi pekat uric asid dalam kencingnya.
Ianya agak sukar dihapuskan baunya walaupun secara fizikal sudahpun bersih bahagian yang dikotori.Ini kerana bahan cucian biasa tidak dapat menghilangkan kristal garam "Salt Crystal".Saki baki kristal garam ini akan mengeluarkan baunya kembali jika terdedah kepada kelembapan..Kita akan rasakan kucing kita kencing lagi,sebenarnya tempat yang kita cuci itu belum dihapuskan sepenuhnya kerana saki baki kristal garam ini.

Friday, December 10, 2010

Nama Kucing kesayangan orang terkenal

Memang agak susah bagi kita untuk menamakan kucing terutamanya bagi pemilik kucing yang sudah memiliki kucing.Kucing pula kalau beranak tu ,sehingga 5 ekor anak-anak kucing baru..pening kepala dibuatnya bila nak memikirkan nama-nama untuk mereka.
Keadaan ini juga mungkin dihadapi oleh pemilik baru , maklumlah perkara pertama yang dibuat adalah menamakannya tetapi mahukan nama yang berlainan sikit dari biasa....bukan yang biasa kita dengar seperti Comel,comot,tompok.......


Ini antara nama-nama kucing yang dimilik oleh orang ternama/terkenal serta celebriti dan mungkin ada antara nama yang sesuai untuk kucing kita:
~Yoko Ono>>Kucing kesayangannya: Charo,Misha & Sasha
~Martha Stewart>>Kucing kesayangannya: Beethoven, Teeny,Vivaldi & Verdi 
~Witney Houston>>Kucing kesayangannya: Marilyn Miste
~Cyndi Lauper>>Kucing kesayangannya: Weasel
~Kim Novak>>Kucing kesayangannya: Pyewacket
~Elizabeth Taylor>>Kucing kesayangannya: Jeepers Creepers
~Marilyn Monroe>>Kucing kesayangannya: Misou
~Julie Newman>>Kucing kesayangannya: Bird
~Barbara Delinsky>>Kucing kesayangannya: Chelsea
~Kirsten Dunst>>Kucing kesayangannya: Tasmania
~Shawnae Jebbia(Miss USA)>>Kucing Kesayangannya:Meatball

~Robert Wagner>>Kucing kesayangannya: Dweezil & Moon
~Muhammad Ali>>Kucing kesayangannya: Icarus
~James Dean>>Kucing kesayangannya: Marcus
~Gary Oldman>>Kucing kesayangannya: Soymilk
~OJ Simpson>>Kucing kesayangannya: Sheena
~Greg Norman>>Kucing kesayangannya: Telegram Sam
~Nick Nolte>> Kucing kesayangannya: Kitty
~Charles Dickens>>Kucing kesayangannya: Master's cat
~Mat Greonig>>Kucing kesayangannya: Frosty
~Dick Van Patten>>Kucing kesayangannya: Hansel & Helen

Thursday, December 9, 2010

Kucing betina Waktu Heat

Waktu "Heat" adalah masa kucing betina "Queen" yang matang sudah mencapai tahap keinginannya untuk mengawan dan ini berlaku dalam jangkamasa tertentu.Kucing betina "Queen" yang dalam masa Heat ini akan membuat pelbagai aksi untuk menarik perhatian kucing jantan supaya "bersama" nya.

Umur matang kucing parsi:
Selalunya ,secara putara kucing parsi betina akan mengalami "heat"nya yang pertama  bermula seawal muda umurnya 5 bulan dan ada juga selewat sehingga 10 bulan untuk matang.
Waktu "Heat":
Kucing parsi betina akan mengalami waktu "Heat"nya secara puratanya 2 ke 4 kali setahun dan setiap waktu "Heat"nya akan berpanjangan selama 2 ke 3 minggu bergantung kepada "penerimaan" kaum kucing jantan.
Waktu "Heat" nya berhenti:
Sekiranya kucing betina & jantan dengan jayanya melaksanakan tugas mereka, Waktu "Heat"nya akan berhenti dalam masa 4 hari.
Jika tidak berjaya walaupun sudah bersama dengan kucing jantan, kucing parsi betina akan tetap berterusan dalam keadaan galak "Heat" selama 7 ke 10 hari lagi serta mula tunjukkan "Heat" nya secara fizikal denagn aggresif lagi di hari ke 15 dan sekali lagi di hari ke 21.

***Terjadi juga kes di mana ,kucing parsi betina yang sudah matang tapi belum pernah mengawan akan sentiasa tunjukkan keadaan "Heat"nya setiap bulan****

***Tiada apa yang dapat kita lakukan untuk menghentikan "Heat"nya selagi kucing betina tidak dapat "habuan"nya melainkan dengan cara pemandulan***

Tuesday, December 7, 2010

Cuti Sekolah December 2010

Cuti sekolah tahun ini agak ramai juga kucing-kucing kesayangan (kucing yang bernama manja) datang bertandang ke KucingUtara...untuk penjagaan sementara sementara tuan mereka keluar bercuti.
Penjagaan mereka ini tidak begitu menyusahkan , selagi makanan, minum dan tempat tidur terjaga serta bebas bermain dengan toys di ruang tamu, namun terhad di dalam rumah saja.
Cuaca tahun ini agak sejuk sikit kerana selalunya hujan di sebelah petang, apa lagi kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan tidur,,,tidur,,,tidur lagi....
Tidur...lena...tidur...tidur..ZZZzzzZZZZzzzz
Ini nama-nama kucing comel yang bertandang:
~Boboy
~Tuah
~Joni
~Abby
~Eyjay
~Comel
~Manja

ZZzzzzZZZZzzzz....sampai ternganga ...

Monday, December 6, 2010

"Deworm" Kucing Kesayangan

Cacing adalah parasit utama yang menganggu serta mengugatkan kesihatan kucing semenjak dilahirkan.Antara cacing yang selalunya "menumpang" hidup di dalam badan kucing adalah cacing hookworm,tapeworm dan roundworm.

Cara atasi cacing:
Cara yang selalu diambil untuk mengatasi masalah cacing kepada kucing adalah kaedah "Deworming" ataupun pembuangan cacing iaitu dengan pemberian ubat makan berbentuk tablet ataupun titisan.
Jenis ubat cacing:
Ubat cacing untuk kucing adalah terdiri daripada Praziquantel,Pyrantel pamote.
Pemberian ubat cacing secara berkala/berjadual:
Yang paling baik adalah diberikan ubatnya 3 kali seminggu ataupun sebulan sekali selama 3 bulan dan kemudiannya setahun sekali.

Bagaimana ubat cacing berfungsi:
Ubat cacing hanya membunuh cacing yang sudah matang/dewasa dan selalunya dalam masa 2 minggu ataupun lebih tetapi ubat caing tidak akan mengganggu ataupun menghapuskan telur-telur cacing.
Dos yang pertama-Akan membunuh cacing yang matang tetapi tidak telur-telur cacing yang berada di dalam ususnya.
Dos yang kedua-Membunuh pula cacing sudah matang/dewasa yang menetas dari telur-telur sebelum ini dan masih ada lagi penghasilan telur-telur cacing tetapi jumlahnya sudah berkurangan.
Dos yang ketiga-Membunuh pula cacing sudah matang/dewasa yang menetas dari saki baki telur-telur sebelum ini dan dipercayai tidak ada lagi telur cacing dihasilkan kerana "deworming" sudah membunuh semua cacing induk sebelum ini.
***Tiada lagi cacing yang menumpangnya,namun sebagai langkah pencegahan, ubat cacing akan diberikan setahun sekali****
***Ubat cacing tidak akan menghapuskan telur-telur cacing dan hanya membunuh cacing sahaja dan boleh dilihat didalam najisnya ataupun melalui muntahnya terkandung cacing dihapuskan oleh ubat cacing***

Black Cat -kepercayaan kucing hitam

Sejak dari dahulu lagi kucing hitam dianggapkan sebagai pembawa sial ataupun semangat jahat dan selalu dikaitkan dengan unsur sihir ,ilmu hitam dan sebagainya.
Namun begitu, kepercayaan ini lebih berunsurkan karut & tidak dapat menyelesaikan sebarang masalah malah lebih membuatkan manusia menjadi kejam seperti yang pembunuhan kucing secara besar-besaran di Eropah pada zaman dahulu serta membuatkan manusia menjadi malas & lemah.
Kepercayaan terhadap kucing hitam di seluruh dunia:
Dunia Barat
Britain-jika terjumpa kucing hitam melintas laluan seseorang,ianya membawa tuah.
Scotland-Jika kucing hitam berada di ruang hadapan rumah,ianya membawa kekayaan
Italy-Jika kucing hitam duduk di sebelah orang yang sakit ,mautnya sudah hampir.
Italy-Jika seseorang ternampak kucing hitam bersin ,ianya petanda tuah baik & nasib yang baik.
Ireland-Membunuh kucing hitam boleh menyebabkan hidup dalam nasib buruk"sial" selama 17 tahun
Ireland-Jika kucing hitam melintas seseorang di bawah cahaya bulan mengambang, mautnya akan tiba.
Germany-Jika kucing hitam melintas dari kanan ke kiri bermakna nasib tidak baik tetapi jika kiri ke kanan pula adalah membawa tuah.
Romania-jika terjumpa kucing hitam melintas laluan seseorang,ianya membawa sial.
Republik Czech-jika terjumpa kucing hitam melintas laluan seseorang,ianya membawa sial.
Latvia-Jika anak kucing hitam dijumpai dalam tempat simpanan makanan "silo",bermakna penuaian hasil tanaman adalah lebih baik.
Belanda-Jika kucing hitam berada ditengah perbualan manusia, dipercayai kucing akan menyebarkannya.
DuniaTimur-
Jepun-jika terjumpa kucing hitam melintas laluan seseorang,ianya membawa tuah.
China-Kucing hitam pembawa kemiskinan
India-jika terjumpa kucing hitam melintas laluan seseorang,ianya membawa sial.
Asia tenggara-Jika kucing melangkah mayat,mayat akan terjaga & hidup.
***Di Eropah mempercayai jika kucing hitam dijaga & dibela oleh isteri nelayan semasa suami keluar ke laut dapat mengelakkan sebarang kecelakaan di lautan***

Saturday, December 4, 2010

Penjagaan Kucing Putih

Sesetengah penyayang kucing lebih gemar memiliki kucing yang mempunyai satu warna (solid color) dan samada kucing yang berwarna putih ataupun hitam.Kucing yang berwarna putih lebih digemari kerana mempunyai keunikan pada warna matanya.
Baka-baka terutamanya seperti Persian, Siberian,American shorthair,Maine Coon dan juga baka-baka yang lain juga memiliki bulu berwarna putih.

Perkara yang perlu kita tahu mengenai kucing putih:
~ Kulit telinga sensitif- Bulu di telinganya adalah nipis dan sedikit serta kulit telinganya terlalu sentitif kepada dedahan cahaya matahari boleh menyebabkan "sunburn".Jika dibiarkannya selalu terdedah boleh mengundang kanser kulit.Kucing ini lebih sesuai untuk kucing belaan "indoor".
~ Memiliki mata dua warna-kebanyakan kucing berwarna putih memiliki warna matanya yang agak unik iaitu dua warna dan selalunya disebelah matanya berwarna biru dan mengakibatkannya kurang sensitif kepada bunyian.


~Warna bulunya -warnanya adalah hasilan secara biologi dari protein yang membentuk bulu dan warnanya.Tidak disarankan mewarnakan bulunya kerana bahan kimia yang terdapat pada pewarna boleh meracuninya ketika ia menjilat/membersihkan dirinya.
~Pembersihan-Bulunya yang putih mudah dikotori dan mandian selalu adalah diperlukan terutamanya untuk kucing yang berbulu panjang.
***Kucing putih lebih sesuai dibela di dalam rumah sebagai "indoor cat" kerana faktor keunikan dirinya dan mudah manja kerana selalu beinteraksi dengan manusia***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...