Tuesday, January 11, 2011

Burung Hantu tercedera

Entri kali agak lain dari topik yang selalu ditulis.. Ianya mengenai seekor anak burung hantu yang tercedera.
Petang tadi terjumpa pula seekor burung hantu yang tercedera akibat kemalangan dan ianya tidak berupaya lagi untuk terbang kerana kecederaan di bahagian sayap kanannya serta juga rusuk kanannya agak membengkak.Disebabkan kesian melihat keadaannya yang mungkin tidak boleh selamat jika dibiarkan di situ..jadi ambilnya untuk dirawat.

 Burung hantu yang tercedera ..kuku-kakinya sangat tajam perlu gunakan kain ketika memegangnya ketika memberi antiseptik untuk mencuci luka-lukanya serta ubat sapu...

Keadaan kecederaannya di bahagian kanan...hujung sayapnya patah serta kelopak matanya juga cedera sikit
Nasib baik ada sangkar extra untuknya.. dan Burung Hantu ini dinamakan "CiCi"...Harap-harap tu ianya akan sembuh..

2 comments:

myQza said...

x pernah tgk burung hantu secara live

Kucing Utara said...

sya pun 1st time bela burung jenis ni...Kalau nk tengok burung hantu secara live serta boleh pegangnya..boleh cuba di Penang Birdpark..tmpat lain X pasti plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...