Thursday, January 27, 2011

Daisy Kucing Maine Coon sudah bersalin

Di awal pagi hari ini 27th Januari 2011, kucing Maine coon yang bernama "daisy' dengan selamatnya melahirkan anak-anaknya seramai lima ekor tanpa sebarang masalah dan semua anak-anaknya sihat tanpa sebarang gangguan dari segi fizikalnya...
Daisy sudah pun mengharungi pengalaman pertama dalam hidupnya sebagai ibu dan melahirkan anaknya di dalam jangkamasa ulangan bersalin lebih kurang pada kadar setiap 30 minit hinggalah anak kelimanya lahir...

Daisy menyusui anak-anaknya dan empat ekor dari anak-anaknya berwarna dwi-warna iaitu hitam & putih tetapi pelik juga yang seekor ini saja berwarna oren & putih dan mungkin diturun-baka dari sebelah "daisy" yang mempunyai beberapa warna campuran...termasuk kekuningan

Keadaan "daisy" sedang menyusui anak-anaknya serta menjilat-jilat anak-anaknya dan sentiasa memeluk anak-anaknya untuk memberi tahap suhu badan yang optimum.... Nampaknya "daisy' secara nalurinya tahu menjaga anak-anaknya serta tidak menunjukkan sebarang masalah sikapnya untuk menjadi ibu...
Tips selepas dilahirkan:
***Di waktu awal kelahiran ini adalah yang terpenting untuk memastikan ibu kucing boleh menjaga sendiri anak-anaknya, tetapi JANGAN SESEKALI MENGAMBIL ANAKNYA kerana ibu kucing akan memberi ataupun melepaskan tanggungjawab kepada sesiapa yang ambil anaknya.Ini dapat dilihat,jika kita mengambil anaknya kemudian meletakkan kembali kepadanya kemungkinan ia tidak akan peduli lagi anak itu tadi***

Jojo "abah" ...sudah pun mempunyai anak termasuk anak "daisy" menjadikan anak-anaknya seramai 10 ekor... Hitam & putih warna anak-anak kucing ini diturun-baka darinya....

11 comments:

Supernova said...

comeyy laa daisy ngn ank2 dy. hehe.

Unknown said...

comelnye....kucing2

Nurdiyana Yaccob said...

comelnya anak kucing baru lahir....debab debab semuanya...yg penting semua sihat...

DeQdEq tak penah tau plak klu kita amik ank kucing yg baru lahir dr ibunya, ibu kucing tak nak jaga terus...

Sharz said...

daisy and anak2 die comel sgt!!!
tak lupe bapanya jojo..
=D

Kucing Utara said...

Terimaksih suma sbb beri sokongan & Daisy yg patut dpt credit ni..hehe
..Alhamdulilah semuanya selamat & comel pulak anak2nya..terutamanya yg berbadan hitam serta berdada putih...

Betul tu DeQdEq...kucing mmg pantang klau ambik anaknya masa ni..kena tunggu lpas 2 weeks..

Nurdiyana Yaccob said...

oooo....kalau lepas 2 minggu dh boleh la pegang anak dia ye..

Kucing Utara said...

ya..sbb masa ni secara semulajadinya anak2 kucing sudah buka mata sepenuhnya...jika kita ambik pun dia sudah boleh cari ibunya bila diletakan balik...
Xpayah la ambik awal2..biarkan mereka habiskan masa dgn ibunya lagipun klau ambik pun ia tidur je...yg terbaik selpas ia dah mula berdikari..selpas tumbuh gigi,buka mata,boleh berdiri dgn stabil,mula nk merayau2...

meowwmania said...

wahh bestnya ada kitten!!!

tahniah yer Daisy, smoga jadi ibu yg baik kepada anak-anak kamu yg bakal nakal hehe..

Uji Hussein said...

Sukanya kucing!Kirim salam peluk cium kat kucing2 awak tu ye.

imah said...

imah fobia kucing.. theheh

Kucing Maine Coon said...

Salam kenal ya kak, saya masih baru dan lagi seneng2nya melihara kucing :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...