Geng Meow

Saturday, January 22, 2011

Keperluan makanan anak kucing

Makanan adalah penting untuk sesiapa saja ketika melalui proses tumbesaran dan perlu yang benar-benar mengandungi kuantiti & kualiti zat makanan yang mencukupi untuk membantu tumbesaran.Sama seperti bayi kecil sehingga ianya membesar dan begitu juga bagi anak kucing tidak kurang pentingnya.
Bagi tahun pertama anak kucing adalah masa yang perlu diberikan perhatian tentang pemakanannya kerana di ketika inilah ianya memerlukan zat yang mencukupi untuk membentuk otot,tulang yang kuat ,system sarafnya dan lainnya.

Keadaan biologikal yang berlaku kepada anak kucing:
~ Anak kucing akan mengandakan berat badan 3 kali ganda untuk 3 minggu pertama usianya dan ini memerlukan makanan yang berkhasiat serta berkalori tinggi untuk mencapai keadaan ini.
~Perut anak kucing semestinya masih kecil dan kerana untuk memenuhi kehendak tumbesarannya,ianya akan makan sekerap yang mungkin.
**Memberinya makan makanan kucing yang dirumus untuk anak kucing adalah diperlukan kerana pengeluar makanan kucing sudah mengambil kira faktor ini.Dry food untuk anak kucing adalah yang terbaik**
~Memberinya makan 3-4 kali sehari adalah yang terbaik sehingga ia berusia 6 bulan.
~Semasa umurnya mencapai ataupun melewati 4 -7 bulan ianya akan mengurangkan pengambilan makanannya, ini kerana mengalami proses penukaran gigi susu ke gigi kekal.Ianya akan makan sikit-sikit sebab tidak selesa.
~Semasa berumur 6 bulan , walaupun sudah dianggap masuk peringkat matang umur namun ia masih memerlukan makanan yang berformulakan untuk anak kucing kerana ini akan meneruskan tumbesarannya.
****Selalunya sesetengah dari kita sudah menukarkan ke makanan kucing dewasa ketika berumur 6 bulan,ini tidak digalakkan kerana boleh memperlahankan tumberasan zaman remajanya,akhirnya merasakan kucing kita kurus serta tidak besar****
~Semasa ianya menyambut harijadinya yang pertama ,masa inilah dianggapkan sudah dewasa sepenuhnya dan ketika inilah diberikan makanan kucing dewasa seperti kucing lain...

1 comment:

Bay said...

Wow! Very interesting blog you had here! Wish to connect with you on Google Friend Connect! Cheers! =) (http://whimsicalss.blogspot.com/)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...