Nufnang Ads

Thursday, January 20, 2011

Musang Pulut datang waktu subuh

Terkejut juga..pagi tadi semasa waktu subuh yang sunyi & sejuk ..bila terdengar bunyi riuh rendah & bising datang dari sangkar burung ...bunyi suaranya agak pelik...Apa lagi teruslah keluar tengok-tengok apa yang tidak kena ni pepagi buta...
Mulanya tu ingatkan seekor kucing jantan berwarna hitam yang menganggu burung di dalam sangkar tetapi rupa-rupanya seekor Musang pulak.
Ini gambar musang yang dapat diambil dan musang ini jenis musang pulut (Common Palm Civet)yang selalunya terdapat di negara kita.

Musang pulut cuba masuk dan mendekati sangkar burung tetapi kerana "flash" camera membuatnya rasa takut dari terus beredar.
***Dulu kawasan perumahan ni adalah kawasan sawah padi serta berhutan sikit mungkin ada lagi spesis ini yang masih hidup di kawasan berdekatan...pernah juga diberitahu yang ada musang berkeliaran diatas bumbung tapi susah juga nak percaya masa tu sebab kawasan ni sudah pun hampir 90% adalah rumah teres dan tiada pun semak-hutan di sini...Bila lihat sendiri baru tahu.....***

4 comments:

KUREKURE COMEL said...

ish2....musang....bhaya jgk....

Cat4U said...

betul tu...mulanya ingatkan kucing..tapi muncung kepalanya yg pnjng baru perasan yg ni musang..

sI tEDI said...

alamak! mcm tediberlah skali pandang!

apple said...

saya nak pelihara musang!! mana bleh dapat musang ekk?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...