Geng Meow

Monday, January 3, 2011

Tanda kucing sakit

Walaupun kita sudah memberikan layanan yang terbaik untuk kucing kesayangan kita seperti memberinya makan yang cukup kaya dengan zat yang diperlukannya(seperti makanan premium),tempat tinggal yang selesa serta bersih, namun tiada jaminan yang kucing kita tidak akan mendapat penyakit kerana jangkitan penyakit bukannya di tangan serta kuasa kita.
Untuk itu, perlulah kita mengenali tanda-tanda yang berkemungkinan ianya diserang ataupun mendapat penyakit.
Tanda-tanda awal yang berkemungkinan kucing kita sakit:
Tanda yang kita boleh lihat serta rasainya secara fizikal
1) Muntah-muntah berterusan lebih dari 24 jam
2) Cirit-birit berterusan lebih dari 24 jam
3) Sembelit ataupun susah buang air besar lebih dari sehari ataupun 2 hari.
4) Selalu bersin, batuk ataupun membunyikan kerongkongnya untuk mengeluarkan sesuatu.
5) Matanya berair serta kemerahan
6) Ketulan ketumbuhan dapat dirasai di badannya
7) Kencing ataupun berak berdarah
8) Tetiba kucing menjadi kurus ataupun turun berat badan secara mendadak
9) Kucing menjadi gemuk secara mendadak

Tanda ini pula ditunjukkannya melalui sikap ataupun tingkah lakunya berubah mendadak
1) Tiada selera makan untuk beberapa hari(selalunya lebih dari 3hari)
2) Tetiba menjadi pemalu dan suka menyembunyikan dirinya seperti di bawah katil,sofa dan sebagainya
3) Tiba-tiba ianya mengelak ataupun tidak suka dipegang/didukung
4) Tidak mengunakannya "tandas"nya dengan sempurna lebih suka "membuang" merata-rata
5) Walaupun asalnya kucing ini sangat manja, tetiba akan mengigit ataupun mencakar jika disentuhnya
6) Tidak berminat lagi menjilat bulunya.
7) Nampak lesu dan banyak tidur
8) Selalunya bernafas kencang walaupun tidak aktif

30 comments:

fara feroza said...

huhu

Saya suka tulis2

fara feroza said...

kalau kucing farah, kalau diorg sakit suke dok lam bilik air..tak tau nape..sejuk kot...sedih..:(

Cat4U said...

kucing Fara ni..menyembunyikan dirinya..dan bilik air jadi port pilihannya..bukan sebab sejuk..

Anonymous said...

kcg sy diam je sjak akhir2 ni..x aktif..mkn pn xnk..smlm muntah2..tp nk dpegang dan sgt manje tb2..biase x sk dpegang..nape ye..

Cat4U said...

sya x bleh nk komen sbb Xdapat tngok kucing ni...selain dr diatas..jika umurnya masih muda dlm 5-6 bulan tu mngkin masalah penukaran gigi susu ke gigi kekal..
apapun yg penting ..KALAU DIA XMKN LANGSUNG LEBIH 3HARI>>kena jumpa vet
Mkn sikit tu..xdak masalah besar..

Taman Raudhah said...

salam...betul ke y saya dengar kalau hidung kucing tu kering pun menandakan dia sedang sakit...mitos atau fakta? kebanyakkan nya mmg hidung kucing basah kn....

Cat4U said...

setahu sya..idung kucing jdi pucat dan tidak berwrna pink..itu tndanya sakit..

Afiqah Nabilah said...

Assalamualaikum.Nak tanya ni,kenapa Elmo kencing,air kencingnya warna merah dan coklat?Kalau dia sakit,tolong bagitahu dia sakit apa.

Cat4U said...

Waalaikumussalam...
slalunya kencing berwarna kuning "amber"..jika warna merah atupun cokat bersertakan bau yg KUAT Ammonia ..berkemungkinan :
1) Masalah berkaitan buahpinggangnya ataupun jangkitan kuman...
Vet boleh tntukan dgn urine test...

jika warna merah atupun cokat..Xbau kuat..masalah kurng air..

Afiqah Nabilah said...

thank you.

Hisham Marmin said...

As salam. Tips yang bagus dan berguna untuk pengetahuan/info kucing yang sakit. Info yang berguna :). Terima kasih kepada penulis!

K.U. said...

sama2..

JustAsimplePerson :D said...

Kalau kucing kita tetibe je bernafas laju2.. tpi x sakit pon!!! Kenapa ye??

K.U. said...

kucing bernafas laju2 tu atas bbrapa sbb antara kepanasan, ketakutan , keletihn dll akibt/kesan dri persekitaran..sila baca dlm blog ni iaitu kadar nadi kucing adalh tinggi jika dibndingkn dgn kita

Aisha Maria said...

Ibu kucing sy nmpk chat tp tiba2 mti hari ni.sblum ini sy perasan,perut nya tetap buncit walaupun lpas bersalin dn dy nmpk chat ja.sy nk tny,adakh ank2 nya yg menyusu akn terkena pnyakit si ibu.sbb ank2 nya selalu tidur,xlalu mkn n xaktif seperti dulu?

Kucing Utara said...

berkmngkinn terjgnkit

Aisha Maria said...

Ok tq.erm,mcm mna kalo ibu kucing hilang lpas beranak.susu apa kita patut bg utk ank nya?kalau xbg,apa yg sesuai sbg gnti?

Kucing Utara said...

berikn susu utk kitten sperti toplfe kitten milk

husna cemerlang said...

Asalamualaikum ......
Saya nak tanya kucing saya jarang buang air besar
Ni dah beberapa hari kucing saya tak buang air besar .
Nafasnya seperti semput dan dia semakin gemuk .
persoalannya kenapa kucing saya susah nak buang air? .

Kucing Utara said...

wassallam ..beriknnya maknn wetfood atupun mknn basah seprti sup ayam utk galakknnya ambik air

Anonymous said...

kucing sy da xmmbuang air bsar 2 hri..lpas tu kt tepi prut dye mcm ad bnjol...cmne nie dye bwu 3-4bln cmtu..

Moshi Da said...

Hai soalan last tu sya jga nak tau jwpnnya..sebab kucing sya jg mengalami begitu...hari ini nampak kucing sya terbaring kesakitan ada benjolan kat bwh perut tu..check kat kotak najis dia takde bekas buang najis hari ni..mcm kencing pun takde..kesian sgt nampak kucing sya tahan kesakitan the dia mcm sembelit kot..?

Kucing Utara said...

ni berkemngkinan sembelit iaitu sukar nk membuang sbb kandungn air dlm najis kurang..ini disebbkn kurang fibre dlm mknnnya..jika ni maslahnya beriknnya pumpkin rebus 1-2sudu sehari utk lawasknnya

happy ;) said...

Salam, mohon bantuan, ank kucing saya umur 6minggu, tiba tiba badan susut, tetapi masih makan dan bermain2. Cuma ibu dia taknak bagi susu. Sy dh bagi susu khas utk ank kucing dan dia minum. Bila pegang badan terasa tulang especially tulang di pinggul.

Kucing Utara said...

salam...cacing antara puncanya jdi begini..sila berkn ubat cacing ataupun deworming di klinik

Anonymous said...

Assalamualaikum, kucing saya 4 hari dah sakit. Tak pasti dia demam ke sembelit. First day dia sakit dia makan sikit, tapi esok nya dia takde selera makan dah. Berak cirit birit, muntah dia air berbuih je. Sebab dia minum air tu kot. Badan dia panas tapi dah ok sekarang. Cmne ni ye?

Anonymous said...

salam, Kucing saya dah 3 hari demam, klinik private mahal tak mampu nak beri dia rawatan kat sana. Ada cara tak nak baikkan kucing saya mcm dulu??? Takut dia kenapa kenapa

aisha said...

Kucing saya tak nak makan langsung. Sya ada dengar beri air kelapa muda boleh membantu menyembuhkan. dah cuba masukkan tapi dia tak telan. Perut dia kosong dah entah berapa hari tak tahu. Sya risau. Boleh tolong??

Kucing Utara said...

AIr kelapa ni penawar ..Insha allah dpt mmbantu

Missy said...

assalam...kucing sy dh dua hari mcm xleh jalan..kaki belakang die cm lemah, bile dipegang die mcm terkena renjatan elektrik,tersentak2..kenapa ye..huhu..pastu mata die sentiasa kuar tahi mata..dh bersihkan still ade lg..boleh tolong bg nasihat x..sy baru start bela kucing, kurang mahir dr segi penjagaan..thank u..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...