Geng Meow

Thursday, February 17, 2011

Bulu ekor kucing gugur dan membotak

Agak kecewa juga bagi penyayang kucing, yang asalnya bulu ekor kucing yang lebat serta berbulu kembang tiba-tiba menjadi botak dan bulunya menjadi kekurangan.Ini sudah tentu ada sebab-sebabnya kenapa bulu ekor kucing menjadi begitu.....photo di bawah menunjukkan bulu ekor kucing yang berkurangan.

Kenapa???
Ekor kucing mempunyai sejenis kelenjar yang dikenali sebagai "Sebaceous Gland" ataupun dialih-bahasakan "Kelenjar Penghasilan Minyak".Ini hanya terjadi kepada kucing jantan yang mempunyai kelenjar ini.

Bila ia mengeluarkannya??
Kucing jantan akan mengeluarkan sejenis "minyak" melalui kelenjar ini bila teransang seksnya dan secara biologinya dikenali "Androgen"iaitu ransangan dari hormonnya.

Kesannya:
Minyak yang terhasil berlebihan akan melekit di ekornya dan kesan sampingannya bulu-bulunya akan gugur kerana kesan diselaputi minyak ini dan boleh menyebabkannya mudah dijangkiti kuman.Keadaan bulu ekor kucing yang membotak serta gugur ini dikenali sebagai "Stud tail".Walaupun begitu ini hanya masalah komestik pada bulunya saja.

Rawatan & penjagaan:
1- Mencuci ekornya sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan shampoo yang boleh mengeluarkan minyak dari ekornya
2- Cucian dengan antiseptik juga boleh membunuh kuman yang menjangkitinya
3- Membuang gumpalan bulu yang melekit
***Tiada apa yang boleh memberhentikan penghasilan minyak dari kelenjar ini kerana ianya berkaitan dengan kehendak nalurinya terhadap seksual ,dan dengan pemandulan saja yang boleh mengelakknya terjadi***

5 comments:

meowwmania said...

baik dah mandulkan semua :)

Cat4U said...

Kalau dh mandulkannya itulah jln terbaik...lgipun dia kurang skit "pancut' sana sini...

Rosmawati Yusof said...

T/kasih beri banyak informasi tent. kucing. I love cat, tooo...

iqbalsyarie said...

Kalau nama pun kucing... memang sentiasa comel!

http://iqbalsyarie.blogspot.com/2011/02/jangan-jadi-abdullah.html

(itu kisah srama, atau lucu)

m.q said...

bagus info ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...