Nufnang Ads

Sunday, February 27, 2011

Kebaikan Minyak Ikan Kod untuk Kucing

Minyak ikan kod sangat berfaedah kepada kucing samada melalui pemakanan ataupun sapuan minyak ke kulit serta bulunya.Minyak ikan kod memang mudah untuk diberikan kepada kucing kerana kucing mudah tertarik kepada bau dan rasanya.Ianya juga boleh diberikan kepada anak kucing.

Kebaikan Minyak ekstrak dari hati ikan Kod :
~Membantu merawati kulit kucing yang kekeringan dan juga menyihatkan bulunya.
~Mengurangkan masalah sakit sendi tulang untuk kucing
~Mengandungi kaya dengan lemak ynag baik untuk kucing sebagai sumber tenaga
~Kaya dengan protien
~Vitamin D dapat membantu menguatkan tulang,otot dan sarafnya
~Kaya dengan Vitamin A untuk kesihatan matanya dan juga menambah-baik sistem imunisasinya
~Kaya dengan Fatty Omega-3 yang membantunya dalam penjagaan kulit serta bulu akan menjadi sihat bersinar.Omega-3 juga boleh menyihatkan jantung,otak dan matanya serta juga dapat mengelakkan masalah arthritis kepada kucing.


Pemberian kepada kucing juga adalah tidak merbahayakannya namun perlulah diberikan mengikut dos yang sesuai kepadanya untuk elakkannya mengalami masalah kegemukan kerana minyak ikan kaya dengan lemak.Tahap aktivitinya seharian perlu diambil kira dalam pemberian minyak ikan.Terdapat di dalam pasaran dalam bentuk kapsul kemudian, perlu dicampurkan dengan makanannya.Pastikan mengikut dos yang disarankan dan tiada gunanya memberikannya secara berlebihan.


***Kebanyakan makanan premium makanan kucing sudah diadun mengikut sukatan piawainya yang bersesusaian untuk kucing dan tidak perlu lagi tambahan minyak ini.(Kita akan rasa berminyak jika memegang makanan kucing yang premium ini tidak seperti makanan yang murah tidak terasa berminyak)***

3 comments:

meowwmania said...

oh! bergitu...

nice post! ;)

ctpayong said...

boleh beri some info.

bulu kucing gugur agak banyak. noticed sejak sy bawak dia ke vet sbb kaki dia kena gigit. is there a possibilty because the antibiotic or the medicine.

Cat4U said...

Ctpayong..mcm2 sbb bulunya gugur sperti dlm entri sbelum ini..
kalau sbelum ini kucing Ctpayong Xjadi mcm ni..nmpak gayanya ianya kesan antibiotik tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...