Tuesday, February 1, 2011

Kelemumur kucing

Kucing pun menghadapi masalah kelemumur pada "rambut" atau bulunya sepertimana yang terjadi kepada rambut kita terutamanya yang berambut panjang dan mudah untuk kita mengenalpastikan kelemumur rambut kita.Tetapi bagi kucing pula agak susah sikit untuk kenal kelemumurnya dan selalunya terkeliru dengan bulu mati yang luruh kerana kedua-duanya nampak sama saja sekali pandang.


Punca kelemumur kucing:
1) "Sunburn" iaitu terdedah kepada cahaya matahari di jangkamasa yang panjang terutamanya kucing yang bebas berkeliaran dan kulitnya yang rosak kerana "terbakar" menghasilkan debu kulit ataupun kelemumur.
2) Udara persekitaran yang kering-juga menyebabakan kulit kucing menjadi kering
3) Dalam rawatan-sesetengah ubat yang diberikan kepada kucing menyebabkan kulitnya kering.
4) Penyakit- Diabetes & thyroid menyebabkan kelemumur.
5) Kutu-kutu juga menyebabkan kulitnya rosak dan terhasil debu kulit mati.
5) Terlalu gemuk- Kelemumur mudah terjadi di ekornya kerana ia terlalu gemuk dan tidak tercapai baginya untuk menjilat ekornya ketika "self grooming".

Cara atasi kelemumur kucing:
1) Mandian sebulan sekali dengan shampoo untuk kelemumur dan jangan berikannya mandi dengan air panas seperti shower air panas yang terdapat di rumah.
2) Elakkannya ataupun kurangkannya terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama (Kita mungkin dapat lihat ,di waktu tengahari kebanyakan kucing luar akan tidur di bawah kereta dan sebagainya).
3) Bagi kucing yang agak gemuk pula perlulah dibantunya "grooming" bahagian yang tidak tercapai olehnya.Terbaik kuruskan sedikit berat badannya.
4) Jika ia makan dryfood sebagai makanan utamanya ,perlulah diberikan sekurang-kurangnya seminggu sekali makanan yang basah (seperti makanan dalam tin ataupun semi-moist food yang dijual di pasaraya)
5) Kutu-hapuskan kutu yang ada padanya

3 comments:

Nurdiyana Yaccob said...

tak sangka plak kucing pun ada masalah kelemumur...igt manusia je...

tapi tu lah...byk juga penyakit yg ada kt manusi...ada juga pada kucing..

ada kwan deqdeq selamatkan kucing jalanan, sekali kucing tu ada aids..

eyna azmi said...

eyna takut kucing ...dan tak pernah pelihara kucing

Unknown said...

Sy ada kucing..n sy rasa telinga dia ada kelemumur..sbb mcm kelemumur n bulu kt telinga jd nipis .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...