Saturday, March 5, 2011

Oshin Kucing Persian

Ini adalah kisah seekor kucing bernama "Oshin" yang sekarang ni sudah pun berbadan dua "ngandung". Insyaallah dalam masa dua minggu lagi, akan menjadi ibu buat pertama kalinya dalam hidup.Dulunya semasa kecil didalam jagaan di sini, ia dinamakan "NoNa", namun selepas diambil tuan barunya menamakannya "Oshin" dan sekarang tinggal di KL....Seronok juga dapat melihat kembali anak kucing yang pernah bersama kami suatu ketika dulu....

Gambar "oshin" semasa berumur sebulan dan sangat aktif bermain bersama saudara kembarnya seramai 5 ekor...

Gambar ini pula diberikan oleh tuan barunya ketika berumur 5 bulan dan tidak begitu gemar diambil gambarnya , mungkin malu-malu kot.....dan juga tidak gemar disikat bulunya...

Gambar "Oshin" sekarang sudah pun dewasa berumur setahun dan sudah pun berkahwin dan berbadan dua..
***Perubahan besar dapat diperhatikan dari tumbesarannya terutama sekali dari segi warna bulu-bulunya ,walaupun semasa kecil warnanya lebih kepada kelabu tetapi warna sebenarnya adalah kehitaman.Kucing juga boleh menjadi saiz yang besar serta sihat jika diberikan makanan yang berkhasiat kepadanya.Oshin ini di jaga baik oleh tuannya dengan memberinya makanan premium****

4 comments:

Eliza Sulaiman said...

comel nyaaaaaaaa!!!

geram !!!!

meowwmania said...

cantiknya Oshin...secantik namanya :)

Fantastic Ajane said...

oshin.. cantik nama tu kn...

Kucing Utara said...

sedap nama ni...mmg pandailah tuannya letak nama..ala jepun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...