Monday, March 21, 2011

Umur Matang Kucing

Kucing secara umumnya mencapai umur matangnya sebagai tanda kedewasaannya ketika menjangkau umur antara 8 ke 10 bulan secara puratanya untuk kesemua jenis kucing kerana ketika ini secara fizikal tumbesarannya sudah pun sempurna.Ada juga di antara baka kucing yang cepat matang dan juga lewat matang umurnya.

Umur Matang Kucing:
~Umur Kucing Betina>>Umumnya kucing betina mencapai umur kedewasaannya semasa 5 ke 6 bulan dan secara tindakbalasnya akan mula menunjukkan tanda-tanda "heat" galaknya buat pertama kali dalam hidupnya.
~Umur Kucing Jantan>>Seperti manusia juga ,umur kematangan kucing jantan agak lewat berbanding kucing betina iaitu ketika ianya mencapai umur antara 9 ke 12 bulan.
**Walaupun kedua-duanya sudah sampai umur matang ketika ini, namun ianya masih terlalu muda bagi mereka untuk menghasilkan anak dan masa yang sesuai adalah ketika ianya berumur 18 bulan terutamanya bagi pembakaan**

Umur kedewasaan penuh kucing:
Kucing yang sudah mencapai umurnya 18 bulan adalah sudah memasuki alam umur dewasa iaitu ketika inilah ianya sesuai untuk berpasangan ataupun berkeluarga kerana sudah bersedia dari segi fizikal & rohaninya.
Terdapat dan terjadi juga kepada sesetengah baka kucing dari kelompok persian yang terlalu lewat capai umur kedewasaan penuh iaitu selepas 2 tahun.(Pengawanan berlaku tetapi tidak mengandung dan hanya terjadi selepas umurnya mencapai 2 tahun).

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...