Nufnang Ads

Thursday, March 17, 2011

Warna Air Kencing Kucing Petunjuk Kesihatannya

Warna air kencing kucing boleh digunakan sebagai rujukan tentang tahap kesihatannya serta juga sebagai petunjuk tentang kemungkinan penyakit yang dihidapinya.Air kencing kucing secara normal adalah berwarna kekuningan ataupun "amber".Senarai ini adalah rujukan kandungan dalam air kencing kucing yang normal:
>Air 95%
>Urea 2%
>Chloride 0.6%
>Sulphate 0.18%
>Phosphate 0.12%
>Creatinine 0.1%
>Sodium 0.1%
>Ammonia 0.05%
>Uric Acid 0.003%






Warna air kencing kucing yang berkemungkinan berisiko
~Warna coklat cair ataupun merah kehitaman- petunjuk kepada air kencingnya mengandungi darah dan berisiko mengalami barah pundi kencingnya.Antara tanda-tanda yang ditunjukkannya adalah kucing kerap kencing, menjerit kesakitan ketika kencing.
~Warna kuning pekat coklat ataupun kehijauan bersertakan keadaan air kencingnya berbuih-ini petunjuk kemungkinan risiko masalah pada hatinya ataupun masalah jangkitan bakteria.
~Warna merah jambu "pink"ataupun kebiruan-ini kemungkinan kesan sampingan dari ubat yang dimakannya




***Dengan pemerhatian terhadap warna air kencingnya dapat memberikan petunjuk awal berkemungkinan kucing yang sihat juga boleh mengalami penyakit dan perlu dapat rawatan dari vet.Sampel air kencing yang diambil dalam masa 24jam adalah penting untuk ujikaji bagi keputusan yang tepat***

6 comments:

meowwmania said...

penah dulu kencing kcg kite kuning sgt2...bila bawak jumpa Vet pon dah terlambat tak dpt nak diselamatkan :(

Juz Call Me Sharz said...

kalu die punye warna kencing macam kencing kite ok ke tak ok???

Cat4U said...

kalau color mcm tu ok la..

dyenuurfa said...

minat kucing..
mmg becita cita nak jd veterinar :)
blog yg sgt berinformatif untuk pemilik kucing :)

~misz syafa~ said...

salam..saya ada beberapa perkara musykil tentang kucing saya..kalau tidak keberatan diharap saudara dapat berikan pendapat mengenainya..

kucing (umur : dalam 5 bulan) saya mengalami masalah kencing berwarna kuning pekat..kuantitinya juga sedikit iaitu lebih kurang 3ml-5ml serta tidak aktif..sejak akhir2 ini, dia suka duduk di dalam bilik air..(mungkin lebih selesa krn kerap membuang air)

Cat4U said...

lebih baik rujuk kpd vet dn bawa air kencingnya...sbb wrna kuning pekat ada petnjuk air kencing bercampur darah..ini berkaitan dngn sakit diabetes, buah pinggang serta juga batu karang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...