Nufnang Ads

Saturday, April 30, 2011

Ben & Bobo datang homestay kucing

Petang tadi hari ini pula datang sepasang kucing ke Homestay Kucingutara juga buat pertama kalinya untuk beberapa hari saja.Kedua-dua ekor ini dari baka kucing tempatan berbulu pendek ataupun dikenali sebagai kucing kampung.Namun begitu susuk tubuh badannya bersaiz besar dan agak berat juga kedua-dua ekor ini...

 Ben & Bobo ketika sampai di Homestay KucingUtara

 Ben adalah kucing jantan yang berwarna oren ataupun dikenali sebagai "ginger cat" dan memang sudah menjadi perangai kucing jantan bila datang ke tempat baru, ianya akan membunyikan "hisssh'nya  sehingga rasa tenang.

BoBo pula adalah kucing betinayang berwarna hitam putih ataupun dikenali sebagai "Bicolor cat" dan agak tenang saja bila datang ke tempat baru serta mudah menyesuaikan dirinya.Apa yang menarik mengenai BoBo adalah tidak berekor dan ini bukannya semulajadi tetapi akibat kemalangan.


3 comments:

Aida Omar said...

sian bobo tapi so cute la..geram2

Botak said...

bobo handsome.,
tapi sayang sekali., sekali kucing betina daa.. :P

MaMa AiNi said...

slm kenal...mama ade 5 ekor kucing kat rumah..cantik kucing ni kan !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...