Wednesday, April 20, 2011

Fakta menarik mengenai kucing yang kita sayangi

Disertakan disini adalah beberapa perkara yang menarik tentang fakta mengenai kucing samada dari segi sejarah,sifatnya dan mari kita kenalinya lebih mendalam sebagai pengetahuan umum..


a>Kucing yang paling tua ataupaun yang paling lama hidup pernah direkodkan dalam buku "Guinness Book of Record" adalah kucing bernama "CREAM PUFF" yang dimiliki oleh Jake Perry dan ianya meninggal dunia kettika berusia 38 tahun pada tahun 2005...
***Umumnya jangkahayat kucing adalah antara  15 ke 20 tahun***
b>Maine coon adalah kucing yang paling besar dan boleh mencapai berat badannya sehingga 11 kg.
***Purata berat badan kucing biasanya adalah 4 ~ 5 kg***
b> Isaac Newton adalah pencipta "cat flap" iaitu pintu kecil untuk kucing yang dibuat khas di bahagian bawah pintu bgi membolehkan kucing keluar masuk secara bebas.
c>Kucing ynag berbulu corak "tortoiseshell" adalah selalunya betina
d> Kucing yang berbulu oren ataupun dikenali sebagai "ginger cat" kebanyakannya adalah jantan berbanding betina.Iaitu bilangan jantan melebihi betina.


e>kucing putih yang bermata biru kebanyakannya hampir 90 % adalah pekak.
f> Kucing perlukan daging dalam diet pemakanannya kerana protein daging dapat membekalkannya "taurine" dan tanpa protein kucing boleh jadi buta.
g>Susu tidak sesuai untuk kucing kerana sistem penghadaman kucing tidak boleh menghadamkan laktosa dan boleh sebabkannnya cirir-birit.
h>Kucing bersama-sama manusia sejak 10000 tahun lagi berdasarkan penemuan kubur lama neolithic yang berusia 9500 tahun di mana dijumpai tengkoraknya bersama manusia di Cyprus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...