Monday, May 30, 2011

Cara Menyusu Botol anak kucing

Anak kucing yang masih terlalu muda di bawah umur 4 minggu hanya bergantung hidupnya 100% dari susu ibu kucing.Tetapi bagi kucing yang tiada ibu kucing di sampingnya akan mengundang maut baginya samada ibunya hilang kerana kehendak alam semulajadi seperti kematian ataupun kerana campurtangan manusia yang membuang anak kucing yang masih kecil...

Susu rumusan yang sesuai untuk anak kucing:
Hanya susu yang dirumuskhas serta diadunkan untuk anak kucing sahaja yang sesuai baginya dan ini kerana pihak pembuat makanan asas untuk kucing lebih arif apa yang diperlukan oleh anak kucing.Salah satu darinya adalah seperti photo di atas.Susu lembu yang ada di pasaran yang kita ataupun bayi kita minum TIDAK bersesuaian langsung untuknya dan anak kucing akan mengalami cirit-birit.
Bagaimana Menyusuinya sendiri?
Alatan yang digunakan adalah "syringe" picagari yang bersaiz kecil dan lama=kelamaan boleh ditukarkan kepada botol susu kecil setelah ianya mulai pandai menghisap sendiri.
>Penggunaan "syringe" lebih kepada menyuapkan susu ke dalam mulut sebagai permulaan dan ianya tidak perlu menghisap dan sudah pasti anak kucing akan meminum air susu yang dipancutkan kedalam mulutnya.Secara semulajadinya, anak kucing akan mula menghisap hujung "syringe" setelah beberapa kali diberikan melalui cara ini.
>Penggunaan botol susu pula setelah ianya mulai tahu menghisap setelah diberikan dengan "syringe" dalam beberapa hari.Botol susu adalah yang terbaik untuknya kerana ianya menghisap sendiri.

Keadaan anak kucing yang baru berumur 4 minggu lebih diberikan susu secara "syringe".

Bagaimana Cara Menyusuinya:
  1. Anak kucing akan memberontak dan meronta-ronta ketika disusui, dengan itu perlu di"bedung"kan dengan kain seperti bayi kecil
  2. Secara tidak langsung ,ianya akan membukakan mulut kerana rasa tidak selesa serta "menangis".
  3. Gunakan "syringe" susu untuk menyusuinya dna ini juga akan membuatkannya akan minum susu serta berhenti "menangis".
  4. Susu yang dibancuh adalah suam  dan lebihan susu perlu dibuang segera dan tidak boleh lagi di simpan walaupun dalm peti sejuk untuk elakkannya sakit perut.
  5. Susuinya untuk setiap 3jam sekali
Keadaan anak kucing yang baru berumur 4 minggu lebih diberikan susu secara "syringe" dan sudah pandai menghisap susu sendiri selepas 3 hari.
Keadaan anak kucing yang baru berumur 4 minggu lebih yang sudah pandai menghisap susu diberikan dengan botol susu dan ia akan kawal sendiri hisapan susu serta akan minum sehingga kenyang.Kekadang tu tertidur ketika penyusuan....

***Nasihat: JANGAN BUANG ANAK KUCING SESUKA HATI KERANA ANAK KUCING YANG MASIH KECIL TIDAK AKAN HIDUP JIKA TIADA SUSU DARI IBUNYA ,INI SAMA JUGA KITA MEMBUNUHNYA *****

26 comments:

adik412 said...

thanks at lot....

Ana said...

Allah je yang dapat membalas jasa baik anda dengan info berguna ini..

Kucing Utara said...

Sama2...Segala Pujian adalah hakNya

mychickenfloss said...

Thanks a lot. Baru tau susu lembu x boleh..no wonder kucing tu terkencing je..seekor dah mati..tggl dua ekor..tapi yg seekor ni mcm dah tak bermaya..susu kucing yg dirumus khas ni..ada ke jual kat pasaraya?

Kucing Utara said...

susu utk kucing hanya dijual di petshop...

mychickenfloss said...

Guess what..smlm pg petshop..susu dah abis..sy pg agk lewat..then x smpt cr kedai lain.balik2..tgk that kittty dah selamat ke rahmatullah..sedih..huhuhu

Anonymous said...

hai pemilik blog. :) saya bersyukur sgt dpt jumpa blog yang penuh info ini..terima kasih sgt2 :)

saya nak minta nasihat. anak2 kucing 5 ekor khilangan ibunya. dh 2 hari dia menolak minum botol susu kucing yang saya beli. saya asyik fikir mana satu silapnya. susu x sdap ke sb asyik marah2 dan memberontak..saya rsa kesian tp rasa bersalah gak nak asyik paksa die minum..harap dapat bantu saya dan kucing2 nih..terima kasih sgt!

Kucing Utara said...

mmng dia akn meronta2/mmberontak sbb dia masih kecil lgi perlukn ibunya...beriknnya sikit2 pun xpa cuma perlu kerap setiap 2 jam ...jika matanya belum buka lgi

! ❀ ainie sempoy ❀ ! said...

baru cuba kasi kucing sy menyusu tadi ,,ternyata susah sgt!!
kecian pulak tngok die meronta - ronta..

! ❀ ainie sempoy ❀ ! said...

berapa ml air dan berapa sukatan susu die ek?

Kucing Utara said...

arahan bancuhan ada di labelnya

noyue ibrahim said...

sy ade anak kucing (mungkin dlm 3-4 minggu umurnya. even dah diberi susu tapi ank kucing tu still lg mengiaw. ape perlu sy buat ye?

Unknown said...

thanks for info berguna ni. anak kucing saya bru usia 4minggu... badan die dah mula lemah tak bermaya,dan mengalami cirit-birit. ibunya seakan menolak untuk menyusukannya,munkin anak kucing dah mula tumbuh gigi. sy bercadang untuk menyusukannya dgn susu khas untuk kucing.mampu ke die bertahan hidup?. sy risau die tak mampu hidup sebab dah hampir 3 hari sakitnya berlarutan,badan die dah mula cengkung.

haryani ibrahim said...

thanks for the info... bg sket2 je ank kcg tu minum.. sbb meronta2.. 2 ekor yg kecik ok.. lg 2 ekor agak besar.. xabis2 mmberontak nk ibu dia.. cian lak tgk...

Anonymous said...

Kucing saya baru 6 hari, jumpa di tempat parking. Emaknya tak de. Saya bawak balik sebab kalau biar kat situ, mungkin dilanggar kereta.

Saya terus membeli susu rumusan kucing. Elok je dia meminumnya. Kelmarin suami saya membeli susu kambing. Katanya susu kambing paling elok untuk kucing.

Sekarang kucing saya dah tak berselera untuk minum. Badannya lemah.

Apa perlu saya buat?

Kucing Utara said...

kitten yg diambil tu xnyatakn anggran umurnya jdi susah jgak nk bgi petua..ok anggaplah ianya bawah 4 mnggu jdi perlu diselimutkn kerana badan xboleh regulate body temperature lgi,,perlu dicucikn punggungnya (belum pndai buang lgi),,apa yg disusukan sudah betul dn berikn sehari 5-6kali sikit2 pun xpa ..dn sehari skali berikn juga air glukose utk tenaga

Unknown said...

Hye. Sy baru adopt seekor anak kucing. Umur dalam lingkungan 1-2 months old. Sy ade beli susu kambing tp die tak mahu minum. Mungkin perlu menggunakan syringe atau botol susu khas. Baru kejap ni die menghisap bahagian tgn sy sperti menyusu pde ibu kucing.sehingga terlntok tdo di tgn. Kesian tgk. And susu kambing yg sy beli ni tiada cara2 membuat susu di labelnya.

Kucing Utara said...

sila gunakkn syringe ataupun botolsusu sbb kitten xpandai lagi

Unknown said...

Tolong bgtaw macam ne nak jaga kucing umur seminggu..glukose nak dapat mane???

Unknown said...

Berapa ml susu ya setiap kali diberi? Sebab saya ada jumpa anak kucing lebih kurg umur dlam 3 ke 4 minggu. So far, setiap kali saya beri dia susu 3 jam sekali, dia akan minum 9 ke 10.5ml. Adakah itu normal atau kene beri lebih?

Kucing Utara said...

cukup tu sebb beri munum kerap.

Unknown said...

Salam.. saya baru jumpa kitten anggaran umur 4 minggu.. sbb dah lewat mlm n kitten menangis, saya bagi susu lembu dicampur air suam, bg minum guna syringe..

Kitten meronta2, tp saya paksa juga sbb nk bg dia kenyang.. Alhamdulillah dah tido.. tapi saya risau esok kerja n tkde sapa nak nagi dia minum.. sedih smpai tak blh nak tido fikir kan dia..

Saya harap dia kuat ��

Unknown said...

Xpe.. bg ja lpas balik keja.. pastikan sblum pegi keja bg dia minum cukup2.. saya bg anak kucing saya bawah 2 minggu susu kambing kurma LAZZ sbb xde modal nk beli susu kucing.. selang seli ngan air suam.. tgk ok ja.. saya guna syringe 3ml 3 kali setiap 5 jam.. ok ke?

Unknown said...

Asslamualaikum... Rse rugi plak xgoogle cara bgi susu...sbb sy ade ank kucing sakit.. Usia anak kucing dlm 20hri mcm tu... Siap bg ubt n susu...dlm 4hri keaadan nmpak dh ok..kpala n tngn dh begerak cikit2..hri ke5 dia dh xde... Ke saya dah tersalah bg minum atau atau salah bg.. Xtau la.. Rase menyesal n sedih sbb xtau nk jaga anak kucing.

Nurul nafisah said...

Susu beapher da jual x di petshop?

DELISHA ERMINA ❤️ said...

maaf berapa ye sukatan untuk baby kucing usia yg nk msuk 2 mggu..berapa sudu kecik ? sy nk kan kepastian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...